Carta Fungsi

CARTA FUNGSI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

  • Mengendalikan Pendaftaran Keahlian. 
  • Mengendalikan Pinjaman bahan untuk pelanggan perpustakaan.
  • Mengendalikan Perkhidmatan Bahan dan Alat Pandang Dengar.
  • Menyelaras aktiviti gerakan membaca peringkat daerah dan negeri dengan penganjuran bersama oleh pelbagai agensi.
  • Menjalankan aktiviti Galak Guna Perpustakaan.
  • Menyelenggarakan lawatan dari sekolah, institusi pengajian tinggi dan pelbagai agensi.
  • Mengendalikan Perkhidmatan Maklumat Masyarakat.
  • Membuat penyusunan bahan dan bacaan rak.
  • Memberi penerangan mengenai perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan.
  • Menyampaikan perkhidmatan pinjaman dan rujukan buku-buku untuk penduduk di setiap rangkaian serta menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dan yang berada di dalam keadaan baik, kemas dan terkini.
  • Merancang dan menyelaras perkhidmatan rujukan dan maklumat  dan mempromosikan Perkhidmatan rujukan dan kandungannya kepada khalayak yang disasarkan
  • Menjadi pusat kegiatan akademik, kemasyarakatan dan kebudayaan kepada setiap kategori masyarakat.
  • Menjadi pusat pentadbiran Perpustakaan Cawangan, Pekan, Komuniti,  Desa dan Bergerak.
  • Memberikan kerjasama kepada jabatan-jabatan lain untuk menjayakan aktiviti perpustakaan.
  • Membantu dan memberi nasihat kepada orang awam dan institusi untuk mewujudkan perpustakaan
  • Menyediakan Statistik Perkhidmatan Perpustakaan dan menganalisa Statistik Perkhidmatan Perpustakaan
  • Mewujudkan jaringan kerjasama antara individu, institusi dan NGO.
  • Mempromosikan program dan perkhidmatan perpustakaan
  • Mengendali user education program untuk menggalakkan penggunaan sumber maklumat bahan-bahan perpustakaan dengan lebih berkesan
  • Memperolehi satu koleksi bahan perpustakaan yang lengkap dalam pelbagai bentuk selaras dengan keperluan pengguna.
  • Mengurus perolehan bahan, koleksi perpustakaan sama ada melalui pembelian atau sumbangan berdasarkan polisi perolehan kerajaan dan mengurus bahan hadiah dan pertukaran.
  • Mengurus penyelenggaraan bahan perpustakaan untuk memastikan koleksi berkualiti dan relevan serta membuat Laporan Perangkaan sekali sebulan.
  • Bertanggungjawab membuat pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi perpustakaan bagi menjamin koleksi kemas dan menarik.
  • Mengkatalog dan mengkelas bahan perpustakaan mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC).
  • Memasukkan dan menyelenggara data-data dalam sistem pengurusan perpustakaan bersepadu secara berterusan bagi memastikan data-data yang di masukkan ke dalam sistem mematuhi kehendak piawaian antarabangsa.
  • Mengurus proses teknik bahan perpustakaan.
  • Agihan dan penghantaran bahan mengikut rangkaian perpustakaan iaitu Perpustakaan Pusat, Daerah, Pekan, Desa dan Bergerak.

 

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN

  • Menyelaras projek pembangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
  • Mengurus dan merancang anggaran belanjawan Pembangunan
  • Menyelaras penyaluran peruntukan pembangunan untuk projek Perpustakaan Awam seperti
  • Perpustakaan Cawangan
  • Perpustakaan Pekan
  • Perpustakaan Desa
  • Perpustakaan Bergerak
  • Perpustakaan Komuniti
  • Merancang projek pembangunan perpustakaan di negeri Perlis
  • Merancang dan menyelaras khidmat perundingan dalam bidang perpustakaan khususnya dari aspek pembangunan kepada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta.
  • Mengawasi mengkaji dan menilai perkhidmatan perpustakaan di Perpustakaan Cawangan, Pekan, Desa, Komuniti dan Bergerak serta mencadang kepada pengarah mengenai perubahan dan perkembangan seterusnya.
  • Menyediakan jadual perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
  • Merancang dan mengurus aktiviti penyelengaraan perpustakaan.

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Pentadbiran Am
  • Perjawatan
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Personel
  • Tatatertib
  • Cuti
  • Kursus/ Latihan/ Seminar
  • Pengurusan Stor
  • Inventori / Pelupusan
  • Pengurusan Aset
  • Prestasi Pembekal
  • Keselamatan
  • Perolehan Kelengkapan &   Peralatan jabatan
  • Perolehan jabatan
  • Pengurusan kenderaan
  • Pengurusan Mesyuarat utama Jabatan
  • Penyediaan Laporan
  • Mengurus dan mengawal peruntukan serta perbelanjaan jabatan
  • Menyediakan belanjawan tahunan
  • Memproses borang tuntutan perjalanan, elaun dan lain-lain kemudahan rasmi
  • Memproses semua tuntutan bayaran
  • Memproses pesanan kerajaan
  • Merancang, menyelaras dan mentadbir projek pengkomputeran di PPANPs.
  • Memberi khidmat sokongan dalam pembinaan struktur data.
  •  Menyediakan fasiliti dan kemudahan peralatan untuk kemudahan bidang ICT
  • Menyelaras rangkaian komputer setempat.
  • Menyelenggara pembinaan dan pengemaskinian Laman Web.
  • Bekerjasama dengan institusi lain dalam mewujudkan rangkaian tertentu.
  • Merancang projek-projek Knowledge Management yang baru setiap tahun.
  • Mengenalpasti kandungan atau maklumat yang perlu di ‘digital’kan.
  • Mengenalpasti pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk dikongsi bersama organisasi dalaman.
  • Membuat penilaian serta penganalisaan pangkalan data/ perkakasan/ perisian sama ada untuk pembelian, langganan atau sewaan.
  • Menyelaras dan memantau semua projek-projek Knowledge Management.
  • Menyelaras penyebaran dan promosi produk / inisiatif Knowledge Management bagi tujuan perkongsian ilmu sama ada di dalam jabatan atau kepada pelanggan dan masyarakat.
  • Menyediakan Khidmat bantuan ICT dan penyelenggaran di setiap rangkaian perpustakaan

 

BAHAGIAN KORPORAT DAN KUALITI

  • Meningkatkan imej korporat jabatan
  • Menjalinkan Smart Partnership
  • Mendapatkan dana dari pihak korporat dan swasta
  • Menyediakan reka bentuk grafik bagi tujuan promosi
  • Menjalankan publisiti bagi aktiviti perpustakaan
  • Mengendalikan lawatan rasmi
  • Menghasilkan penerbitan jabatan
  • Menyebarkan informasi kepada masyarakat
  • Menjalinkan hubungan antara jabatan
  • Mengendalikan Hari Bertemu Pelanggan
  • Menerima dan menguruskan aduan pelanggan
  • Memberi maklumbalas komen akhbar
  • Menguruskan komen dan maklumbalas  kepuasan pengguna
  • Menjalankan kajian impak
  • Menjalinkan hubungan baik dengan pihak media
  • Pengurusan Kualiti
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa
  • Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK di peringkat Jawatankuasa, Pemilik Proses, Jabatan, Bahagian dan Unit.
  •  Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.
  • Menyelaraskan maklumat mengenai segala maklumbalas pelanggan yang diterima bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.
Attachments:
Download this file (CARTA_FUNGSI.pdf)Carta Fungsi349 kB

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang