Koleksi IPT

Koleksi ini ditubuhkan hasil sumbangan Dana Dato’ Mokhzani Abdul Rahim seorang tokoh korporat anak kelahiran Negeri Perlis. Dengan sumbangan dana sebanyak RM50,000 pada 3 April 2005 pihak perpustakaan telah dapat menyediakan koleksi buku-buku akademik dalam pelbagai bidang perkara seperti ekonomi, politik, teknologi dan pengurusan untuk rujukan oleh para pelajar Intitusi Pengajian Tinggi serta para penyelidikan yang balik bercuti di Negeri Perlis dan perlu menyiapkan tugasan mereka.

Ianya boleh digunakan oleh semua pengguna perpustakaan tetapi tidak dibenarkan untuk pinjaman. Bahagian ini dinamakan sebagai ‘Koleksi Rujukan IPT’ dan ditempatkan dirak terbuka dibahagian pinjaman tingkat bawah bangunan Perpustakaan Awam Negeri di Kangar.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang