Perpustakaan Permainan Kanak-Kanak

thumb i play toy libraryPerpustakaan Permainan Kanak-Kanak atau dikenali sebagai “i-Play Toy Library” merupakan satu projek kemasyarakatan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Syarikat Educate To Learn (e2L). Ia memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan pembekalan produk yang berkualiti supaya kanak-kanak yang berumur 0-8 tahun menerima pengasuhan dan pendidikan awal yang terbaik. Dengan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, projek ini mendapat sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak (Korporat, Yayasan dan Syarikat Swasta) yang menerimanya sebagai suatu tanggungjawab sosial.

Sehingga tahun 2010, Perpustakaan Awam Perlis melalui sumbangan dana daripada Yayasan Emkay telah berjaya mewujudkan 4 buah i-Play Toy Library di Negeri Perlis bertempat di Perpustakaan Desa Guar Gajah, Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis, Perpustakaan Cawangan Padang Besar dan Perpustakaan Cawangan Simpang Empat.

Sehingga kini, Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempunyai 41 orang sukarelawan i-Play yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Awam sendiri.

 

VISI

Untuk memperkasakan khidmat komuniti yang berterusan mealaui program yang berterusan melaui program dan perkhidmatan yang memberi makna terutamanya kepada kanak – kanak, ibu bapa dan masyarakat setempat dalam memahami pengasuhan dan pendidikan awal kanak- kanak .

 

i play toy library 1MISI

  • Dengan penujudan Perpustakaan Permainan i-Play ( i-Play Toy Library) dalam premis Perpustakaan Awam akan memberi peluang kepada kanak – kanak berumur 0-8 tahun berinteraksi dan bermain dengan alat – alat permainan sebelum mereka didedahkan dengan bahan – bahn bacaan secara formal.
  • Menggalak dan membantu kanak – kanak untuk meningkatkan kemahiran dan perkembangan menyeluruh melalui permainan.
  • Menerapkan nilai – nilai murni yang baik yang akana membentuk generasi yang lebih seimbang dan sempurna.
  • Menggalakkan penglibatan sepenuhnya daripada keluarga, guru, NGO, PDK dan komuniti dalam melaksanakan program ini secara holistik.
  • Menawarkan peluang mengikuti latihan kepada sukarelawan dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam program yanag akan dilaksanakan.
  • Memberi peluang untuk penyelidikan dan pembangunan ( R&D) terhadap permainan tradisional dan merekacipta permainan yang baru.
  • Menjadikan Perpustakaan Awam sebagai Pusat Kecemerlangan Pengasuh dan Perkembangan Awal Kanak – kanak. Ianya akan dapat melengkapkan lagi pendidikan awal kanak – kanak di Pusat Anak Permata Negara yang diwujudkan oleh kerajaan.
  • Menjadikan Perpustakaan Awam sebagai Pusat pembelajaran seumur hidup dan riadah boleh di manfaatkan penggunaannya oleh semua gologan masyarakt
  • Mempromosikan perkhidmatan – perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Awam berdekatan masyarakat setempat.

 

i play toy library 2Kumpulan Sasaran

  • Semua kanak-kanak yang berusia 0-8 tahun di sekitar Arau, Kuala Perlis, Padang Besar dan Simpang Empat serta kampung-kampung berhampiran dengannya.
  • Semua kanak-kanak istimewa (0-14 tahun) dan kanak-kanak berisiko tinggi seperti (AIDS, kanser, dsb) yang tinggal dalam komuniti berdekatan.
  • Semua kanak-kanak yang mengikuti Pusat Dalam Komuniti (PDK) di Arau, Kuala Perlis, Padang Besar dan Simpang Empat serta yang berhampiran dengannya.

Kanak-Kanak dari rumah-rumah kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs).

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang