Rujukan Pembaca

PENGENALAN

Bahagian Rujukan dan dan khidmat nasihat ini bertempat di tingkat satu.

OBJEKTIF

Objektif Unit Rujukan Dan Khidmat Nasihat ini ialah:

  1. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan.
  2. Menyediakan bahan bacaan bermutu kepada pengguna.
  3. Memastikan pengguna mendapatkan bahan yang dikehendaki.
  4. Memastikan bahan bacaan yang terdapat di Bahagian rujukan ini dalam keadaan kemas dan teratur bagi memudahkan pengguna mencari bahan.

PERKHIDMATAN

Antara Perkhidmatan yang disediakan di unit ini ialah:

  1. Perkhidmatan Fotokopi
    • Bahan-bahan rujukan di perpustakaan boleh difotokopi pada kadar semasa yang telah ditetapkan.
    • Bahan-bahan rujukan tertentu seperti bahan Koleksi Perlis pula tidak dibenarkan untuk dibuat penyalinan.
  2. Perkhidmatan Rujukan Penguna
    • Perkhidmatan rujukan melibatkan khidmat nasihat pencarian maklumat oleh pustakawan dan petugas.
    • Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu bertanya di kaunter Perkhidmatan Rujukan dan Khidmat Nasihat. Staf bertugas akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan. Jika soalan rujukan anda tidak dapat diselesaikan oleh staf terbabit, beliau akan merujuk anda kepada pustakawan yang bertugas.
    • Untuk soalan rujukan mudah, seperti makna perkataan atau lokasi geografi, jawapan sebenar akan diberikan kepada anda.
    • Perkhidmatan ini boleh dicapai melalui telefon atau dengan datang sendiri ke Perpustakaan.Sila hubungi 04-976 4436 dan mohon sambungan ke Kaunter Rujukan 108.
    • Selain daripada perkhidmatan melalui telefon atau secara datang sendiri, perkhidmatan secara dalam talian juga disediakan. Anda boleh melayari laman web Perpustakaan Awam Negeri Perlis di URL perlislib.perlis.gov.my untuk melihat maklumat terkini yang di paparkan.
  3. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan atau Sistem Pembekalan Penerbitan
    • Bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan boleh diperoleh atau dipinjamkan dari perpustakaan–perpustakaan lain di Malaysia,melalui perkhidmatan Antara Perpustakaan. Pemohonan perlu dibuat dengan melengkapkan borang pemohonan Sistem Pembekalan Penerbitan yang boleh didapati dari petugas di kuanter.
  4. Perkhidmatan Akhbar dan Majalah
    • Akhbar-akhbar utama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris disediakan di bahagian sudut santai. Akhbar-akhbar dalam bahasa-bahasa lain juga turut disediakan seperti akhbar berbahasa Cina. Majalah dari dalam dan luar negara juga disediakan ruangan ini meliputi pelbagai bahasa dan bidang perkara.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang