Rabu, 07 Februari 2018 10:04

Tidak Dapat Dipisahkan : Kumpulan Puisi

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Bagaimanakah mungkin wujud bergelar orang gila memerintah sebahagian negeri dunia. Daripada Julius Caesar hingga Basyar Assad al-Hafiz orang genius dipermainkan angin akal”. –“Uji Rahmat”, hal. 94.

Naskhah setebal 110 halaman ini merautkan keupayaan lestari fikir yang tinggi menerusi laras bahasa sederhana namun diksinya cantik tersusun ketika tokoh penyair hebat anak jati negeri Perlis ini mengungkapkan setiap pandangan jujurnya mengenai sesuatu isu. Tokoh penyair hebat ini sangat sinonim dengan puisi-puisi amat pendek tetapi padat makna, ringkas namun mendalam setiap lapisan kata. Seperti percikan kata ini, “Sering kita mendengar perbualan atau percakapan seperti melihat daun merimbun di atas pokok. Buahannya tersembunyi sedikit sekali.” – “Tersembunyi dan Sedikit”, hal. 78. Memuatkan 105 buah puisi bernafaskan perenungan kehidupan masyarakat daripada sekecil komuniti setempat sehingga protes jua sindir setajam rencong kepada penguasa-penguasa besar dan rakus pemerintah dunia pemilik veto yang laparkan kuasa. Antara yang menarik dibaca lapisan kata karya penerima ‘Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis 1998’ juga ‘Sasterawan Islam Abad 20’ ini ialah, “Kafilah”, “Teguh Diri”, “Rusia dan Amerika”, “Perut dan Akal”, “Sayap”, “Cukuplah”, “Kaki”, “Dua Pokok”, “Aku Bunuh Kau” dan “Langit Tanpa Kediaman”. Kumpulan puisi, “Tidak Dapat Dipisahkan” ini merupakan naskhah terakhir beliau sebelum tokoh penyair ini menutup jendela kehidupan sebagai karyawan prolifik Malaysia dan Asia Tenggara pada 24 Mac 2014.

Maklumat Tambahan

  • Pengarang: Nahmar Jamil
  • Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad
  • Tahun Terbit: 2016
  • No. Panggilan: M 899.231 NAH
  • Lokasi: PN PC1
Baca 372 kali

Tinggalkan Komen

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang