Rabu, 07 Februari 2018 10:14

Izrail Sibuk Di Gaza : Antologi Cerpen

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

... Kalau kamu rajin meneliti sejarah, sewaktu pengisytiharan Israel, bukan sedikit yang membantah, malah George Marshall, Setiausaha Amerika tegas memberi amaran kepada Presiden Truman. Kata Marshall, Kalau kamu mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, dan saya punya peluang untuk mengundi dalam pilihan raya, saya akan mengundi keluar kamu!” – ‘Izrail Sibuk Di Gaza’, hal. 143.

Melalui kulit buku yang menonjolkan peluru hidup, pembaca sudah pasti akan menggambarkan penceritaan penuh di dalamnya – soal peperangan, kelukaan, keperihan hidup, trauma dan kematian yang mengelilingi. Namun tidak semuanya mengambil tema sedemikian. Buku setebal 216 halaman ini membuka halaman jiwa dengan “Senja Istanbul”. Kisah persahabatan lama antara Ziad dan Necmi sewaktu zaman pengajian universiti di Jordan teradun dalam percakapan menyangkut hal-hal perjuangan ‘Kurdish’ yang digemburkan sebagai puak pelampau. Sedikit melebarkan pemikiran, sedikit menawarkan hiba. Cerpen terakhir,  “Aaman Yuda”, turut menumpukan titik pemikiran yang dicernakan peristiwa yang berlaku di sekitar kejiranan Ilyas, di bumi Manchester, satu-satunya penuntut dari Malaysia. Tentang keterasingan Ilyas yang semirip Yuda kucing peliharaannya. Tentang Richard Parker, si anjing jiran hadapan rumah yang gemar mengacah dan mengejar Yuda. Tentang Peter yang berminat dengan Islam dengan cuba merapati Ilyas yang dilihat seperti tidak bersedia dihampiri rakan bukan muslim. Cerpen-cerpen karya 17 pelajar pelbagai jurusan bahkan sebahagian besar mereka merupakan pemenang hadiah sastera berprestij ini wajar ditekuni. 

Maklumat Tambahan

  • Pengarang: Fahd Razy, Rebecca Ilham, Shahkang (Penyelenggara)
  • Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad
  • Tahun Terbit: 2014
  • No. Panggilan: M 899.2333010803 IZR
  • Lokasi: PN PC3
Baca 280 kali

Tinggalkan Komen

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang