Rabu, 07 Februari 2018 10:25

Saat Aku Tergelincir Lagi ...

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Hidup ini himpunan melodi. Suatu masa melodi lama terbenam, melodi baharu lebih segar untuk didengar. Namun akan tiba, melodi lama menjengah untuk menyedarkan kita. Kembalilah kepada siapa kita yang dahulu untuk menegur kita yang sekarang.”  – Mohd. Hafizul Faiz.

Naskhah setebal 187 halaman ini meruaskan himpunan penceritaan penulis merangkumi artikel, suara jiwa serta catatan bersifat peribadi yang telah mengisi dan melintasi ruang-ruang kehidupan masa lalu. Terbahagi kepada 4 bab utama, “Saat Aku Tergelincir Lagi ...”, merangkumkan sejumlah 34 buah cerita yang menancap pandangan. Antara yang menarik dihayati termasuklah, “Kawan Hujan”, “Mengenerasikan Semula Luqman”, “Hari Lahir dan Sebuah Episod Drama Kehidupan”, “Esok Mungkin Ada, Mungkin Tiada”, “Sebuah Tahun Baru, Sekujur Diri Yang Tidak Tahu”, “Senyuman Kepada Sebuah Kehidupan”, “Debu-Debu Masa”, “Dia Yang Singgah dan Pergi”, “Meyakini Sebuah Kejayaan”, “Terhukum Oleh Populariti” dan “Stesen Persahabatan Kita”. Pembaca pasti terkesan dengan sebaris ayat ini, “Waktu itu ibarat matahari. Ketika kita melihat matahari baru sahaja menampakkan diri, sedar-sedar ia sudah memacak di atas kepala.” Fahami dan hayatilah akan lapisan makna kata yang memaku jiwa : “Maka benarlah yang manusia itu berubah – atas atau bawah, naik atau turun dan ia hukum yang memenjara kita. Lihatlah berapa ramai insan yang singgah dan pergi dalam hidup kita? Dan sebahagian daripada mereka telah kita lupakan.”

Maklumat Tambahan

  • Pengarang: Mohd. Hafizul Faiz
  • Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
  • Tahun Terbit: 2015
  • No. Panggilan: M 297.57 MOH
  • Lokasi: PN PC3 PD5 PD16
Baca 357 kali

Tinggalkan Komen

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang