Rabu, 07 Februari 2018 10:34

Penduduk Bumi Sebelum Kita

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Tuanku, patik telah meringkaskan sejarah tentang manusia dengan tiga perkataan sahaja iaitu lahir, hidup dan mati.” – Kita, Sebelum Berbicara Tentang Mereka, hal. 4.

Bilakah bermulanya sejarah manusia di bumi ini? Pertanyaan dimulai wajar. Disiplin ilmu seperti antropologi, paleontologi dan arkeologi telah merungkai tulisan dan catatan seperti lakaran kuno mengenai manusia primitif ini bermula sejak ‘permulaan’ kehidupan manusia itu sendiri. Buku setebal 230 halaman ini turut merungkai ‘kehidupan’ terdahulu yang lebih lama wujud sebelum manusia menjadi penghuni tetap bumi. Para pengkaji dan ilmuwan sependapat dalam menyatakan bahawa bumi ini telah wujud lebih daripada 1000 juta tahun lampau. Tidak itu sahaja, kehidupan manusia terdahulu juga kelihatan agak bersistem dan mencipta peradaban sendiri berdasarkan penempatan. Pendapat ini juga berdasarkan penemuan-penemuan penting seperti fosil, kubur lama, artifak, juga batu bertulis mengandungi gambar. Pembaca disarankan meneliti maklumat penting dan menarik diketahui terkandung menerusi 10 bab ini. Antara yang wajar ditelusuri ialah,  “Kita, Sebelum Berbicara Tentang Mereka”, “Perbahasan Mengarut Tentang Bahtera Nabi Nuh”, “Lima Juta Tahun Sebelum Nabi Adam”, “Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Nabi Adam”, “Api Ganjil Di Bumi” dan “Misteri Mada’in Saleh, Kekal Tanda Tanya”.

Maklumat Tambahan

  • Pengarang: Muhammad Isa Dawud
  • Penerbit: Hijjaz Records Publishing
  • Tahun Terbit: 2014
  • No. Panggilan: M 297.242 MUH
  • Lokasi: PN PD5 PD15 PD17
Baca 371 kali

Tinggalkan Komen

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang