Rabu, 07 Februari 2018 10:36

Pengenalan Kepada Pengurusan Konflik Antarabangsa

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(2 undian)

Konflik merujuk keadaan apabila wujud pertembungan kepentingan serta saling bersaingan antara dua pihak. Konflik juga timbul akibat pertentangan, perbezaan, juga perasaan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Konflik akan tetap wujud dan tidak akan terhenti selagi kuasa wujud. Apa yang pasti, setiap konflik yang berlaku pasti ada solusinya. Setiap konflik yang berlaku sama ada konflik berkenaan agama, ideologi, etnik, ekonomi, politik, dan garis persempadanan pasti ada jalan penyelesaiannya. Naskhah setebal 242 halaman ini turut melebarkan pandangan penulis berkenaan aspek pengurusan konflik dengan perbezaan pendekatan yang bersesuaian. Mengandungi 9 bab utama, antara yang menarik termasuklah, “Teori Multinasional”, “Teori Pembudayaan Politik”, “Teori Feminis”, “Pertubuhan Antarabangsa Bukan Kerajaan”, “Faktor Demografi”, “Instrumen Konflik”, “Teknik Perisikan”, “Kemunculan dan Kejatuhan Ideologi”, “Kapitalisme dan Sosialisme”, “Faktor-Faktor Konflik Etnik”, dan “Menangani Konflik Sempadan”. Konflik ideologi merupakan antara konflik dan krisis terbesar mengakibatkan atmosfera antarabangsa menjadi berdebu, berkabus dan kehilangan ‘cahaya’. Bahkan sehingga kini konflik antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, antara Korea Selatan dan Korea Utara, antara dunia Arab dan Israel masih belum bertitik. Buku ini mengandungi nota akhir, indeks dan bibliografi serta turut membentangkan maklumat berkenaan teori, faktor tercetusnya konflik, jenis-jenis konflik serta faktor-faktor yang berperanan mewarnai konflik.

Maklumat Tambahan

  • Pengarang: Mohd. Fo’ad Sakdan dan Muhammad Fuad Othman
  • Penerbit: UUM Press
  • Tahun Terbit: 2012
  • No. Panggilan: M 327.16 MOH
  • Lokasi: PN PK1
Baca 375 kali

Tinggalkan Komen

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 petang hingga 6.00 petang

Sabtu minggu ke 2 dan ke 4
9.00 pagi hingga 6.00 petang