Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Malaysia

CONTOH CERITA RAKYAT MALAYSIA

PERTANDINGAN BERCERITA CERITA RAKYAT MALAYSIA
TEMA : CERITA RAKYAT MALAYSIA
SARINGAN : 24 MEI - 06 14 JUN 2021 (SARINGAN)

PENGELOLAAN

Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Malaysia sempena International Storytelling Festival 2021 (ISFM) adalah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan dikelolakan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada kanak- kanak berumur 9 hingga 12 tahun warganegara Malaysia.
  2. Tema Cerita rakyat Malaysia (contoh Mahsuri, Hang Tuah, dll). Peserta wajib menggunakan Bahasa Melayu ketika bercerita. Contoh : https://www.thepatriots.asia/cerita-cerita-rakyat-yang-terkenal-dalam-kalangan-orang-melayu/
  3. Peserta hanya layak menghantar satu (1) video penyertaan sahaja dan belum pernah dipertandingan di mana- mana pertandingan.
  4. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
  5. Rakaman video bercerita adalah secara melintang dan durasi rakaman tidak melebihi 3 minit iaitu sebahagian daripada cerita penuh. Peserta tidak perlu menghabiskan keseluruhan cerita. Video hanya untuk tujuan saringan sahaja. Kostum, props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita adalah dibenarkan dan memuatnaik video rakaman di platform Youtube sebelum atau pada 14 Jun 2021.
  6. Suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema (echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya. Suntingan (edit) audio dan video tidak dibenarkan.
  7. Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
  8. Pergerakan anggota badan yang dibenarkan adalah merangkumi separuh badan iaitu daripada pinggang hingga kepala sahaja.
  9. Rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah dan negeri.
  10. Penghantaran video adalah menggunakan platform Youtube (tetapan unlisted).
  11. Peserta perlu memuatnaik video rakaman di platform Youtube dan melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (klik di sini untuk MENDAFTAR) sebelum atau pada 14 Jun 2021.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati peserta melanggar mana- mana terma di dalam syarat ini.

AM

  1. Setiap peserta saringan yg memenuhi kriteria akan di berikan esijil.
  2. 14 peserta yang layak ke peringkat akhir akan diumumkan di ruangan ini, Facebook Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan melalui panggilan telefon.
  3. Konsep pertandingan akhir adalah secara langsung di platform Google Meet dengan durasi cerita 6 - 8 minit.
  4. Sebarang pindaan terma dan syarat adalah tertakluk kepada Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
  5. Perpustakaan Awam Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang perlu ditanggung oleh peserta untuk penyertaan pertandingan ini.

KRITERIA PENGHAKIMAN

  1. Tatabahasa, sebutan dan gaya - 30%
  2. Isi dan nilai cerita - 25%
  3. Kepetahan - 25%
  4. Kreativiti dan prop - 20%

HADIAH ( 14 peserta peringkat akhir)

  1. JOHAN - RM1,500.00 + sijil
  2. NAIB JOHAN - RM1,000.00 + sijil
  3. KETIGA - RM700 + sijil.
  4. SAGUHATI (11 orang) - RM250 + sijil

  PESERTA AKHIR

  1. Alwiyah Safwah Binti Baharuddin
  2. Nur Awadah Binti Mohd Adli
  3. Adyana Nafiesya Binti Ady Rizalman
  4. Chinta Sofea Binti Mahafiz
  5. Lee Jovie
  6. Nur Annisa Irwani Binti Lokman Alhakim
  7. Adam Darius Bin Mahafiz
  8. Thejasswary A/P Sekhar
  9. Nur Iesya Ilhana Binti Khairulanuar
  10. Mohamad Shukri Bin Shahruddin
  11. Amar Yasir Wildan Bin Masah
  12. Khairunnazifah Imani Binti Ishak
  13. Muhammad Amir Aiman Bin Mohd Afzainizam
  14. Iris Ramadhani Binti Noor Mohamad

  Urus Setia

Urus Setia Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Malaysia
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis.
  +604-976 4436 (Pejabat)

Jom sertai Pertandingan Bercerita CERITA RAKYAT MALAYSIA. Anda berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,500.00

Daftar Peserta
Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup