Ookbee Buffet merupakan perkhidmatan pangkalan data berasaskan penggunaan aplikasi mudah alih sepenuhnya yang menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya.

Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet.

Platform: 

 

Cara-cara untuk mengakses Ookbee Buffet.

Langkah 1: Pastikan anda telah mendaftar sebagai ahli U-Pustaka. Klik di sini untuk mendaftar.

Langkah 2: Membuka akaun dan aktifkan akaun sebagai pengguna Ookbee. Klik di sini untuk membuka akaun.

Langkah 3: Muat turun aplikasi Ookbee Buffet dengan mengimbas QR di bawah.