Rujukan Pembaca

Kaunter rujukan dan penasihat pembaca terletak di tingkat satu bangunan perpustakaan. Peranan utama bahagian ini ialah membina satu perkhidmatan dengan koleksi yang lengkap untuk menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan pengguna serta melayani setiap pertanyaan rujukan dan memberi khidmat nasihat kepada pengguna yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan.  Perkhidmatan yang disediakan kepada para pengguna ialah:

Rujukan dan Penasihat Pembaca

  • Membantu pengguna yang mempunyai pertanyaan berkaitan keperluan maklumat mereka.
  • Membantu pengguna mencari dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.
  • Menyediakan koleksi bahan perpustakaan yang berkualiti.
  • Memastikan keperluan maklumat pengguna dapat dipenuhi melalui pelbagai sumber

U-Pustaka

  • Pendaftaran keahlian adalah percuma. Pengguna boleh mendaftar secara atas talian melalui URL : www.u-library.gov.my
  • Terdapat 2 jenis keahlian:
  • ahli U-Pustaka khusus untuk warganegara Malaysia (pemegang mykad)
  • keahlian atas talian terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada warganegara Malaysia atau tidak.
  • Kedua-dua jenis keahlian membenarkan anda melayari kesemua perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal U-Pustaka. Walaubagaimanapun hanya ahli U-Pustaka sahaja dibenarkan untuk meminjam bahan dari perpustakaan konsortium.
  • Portal U-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli U-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Tempahan buku juga boleh dilakukan dengan mudah di mana pengguna tidak perlu datang ke perpustakaan untuk meminjam buku sebaliknya boleh dilakukan melalui portal U-Pustaka sahaja.

Pinjaman Antara Perpustakaan

  • Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan lain sekiranya bahan tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan Awam Perlis.
  • Pengguna boleh memohon untuk peminjaman bahan bercetak seperti buku, seminar, laporan, kertas persidangan dan artikel jurnal dari perpustakaan lain jika bahan-bahan yang diperlukan tidak ada dalam koleksi Perpustakaan Awam Perlis.
  • Bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam seperti bahan dari koleksi terhad atau redspot, tesis, bahan audio visual, majalah, kamus, ensiklopedia dan bahan-bahan yang telah dihantar untuk dijilid.
  • Tiada bayaran dikenakan kepada pemohon yang hendak meminjam bahan kecuali pembayaran hanya dikenakan terhadap permintaan untuk mendapatkan salinan bahan.
  • Cara memohon perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan:
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui perpustakaan
  • Permohonan boleh dibuat melalui e-mel, borang, surat atau portal Katalog Induk Kebangsaan (KIK)
  • Semasa membuat permohonan SPP, butir-butir lengkap bibliografi hendaklah diisi seperti berikut:-
  • Buku (nama pengarang, judul dan nombor panggilan)
  • Artikel/rencana (judul lengkap majalah/surat khabar/persidangan, pengarang, judul, tarikh penerbitan,volum, nombor keluaran dan nombor panggilan)

Kemudahan Lain

Bilik Perbincangan

  • Penggunaan bilik perbincangan disediakan untuk pengguna mengadakan perbincangan dan aktiviti akademik sahaja.
  • Permohonan boleh dibuat di Kaunter Penasihat Pembaca. Pengguna perlu menulis nama di dalam buku rekod yang disediakan.
  • Terhad untuk 2 jam penggunaan sahaja. Pertambahan waktu dibenarkan sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.
  • Bilik ini boleh memuatkan 4 orang pengguna di dalam satu masa.
  • Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
  • Pengguna dilarang makan dan minum semasa di dalam bilik perbincangan.
  • Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berdua-duaan menggunakan bilik perbincangan.
  • Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengguna lain.

Perkhidmatan Fotokopi

  • Bahan-bahan rujukan di perpustakaan boleh difotokopi pada kadar semasa yang telah ditetapkan.
  • Harga yang dikenakan kepada pengguna 10 sen bagi kertas bersaiz A4 dan 20 sen bagi kertas bersaiz A3.

Perkhidmatan Cetak (Print)

  • Harga yang dikenakan kepada pengguna 30 sen bagi cetakan hitam putih dan RM1 untuk cetakan berwarna.
Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup