OverDrive menyediakan kandungan e-buku pelbagai jenis bahasa yang boleh dipinjam oleh pengguna secara dalam talian. Kandungan keseluruhan e-buku yang dilanggan PNM sebanyak 14,000 buah merangkumi pelbagai perkara. Selain e-buku, pengguna boleh mengakses koleksi digital lain seperti buku audio (audiobook), buku audio beserta pembaca (read-along) dan juga video. Pengguna boleh meminjam sebanyak 10 buah koleksi selama 7 hari manakala bagi koleksi video selama 5 hari.

PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari  iTunes Store (untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android). Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia".

Platform: 

   

Cara-cara untuk mengakses PNM Overdrive

Pengguna Umum

Langkah 1: Daftar sebagai ahli u-Pustaka. Log masuk dan pilih pangkalan data OverDrive

Langkah 2: Klik pada butang “sign in” dan pilih sama ada ingin log masuk menggunakan akaun u-Pustaka atau Library Card Number

- bagi pengguna umum, sila gunakan kaedah “sign in” yang dikhaskan menerusi Library Card Number dan anda boleh memilih mana-mana satu (pnm001 hingga pnm999)

- bagi ahli u-Pustaka yang berdaftar, pilih opsyen “sign in” menggunakan ID dan kata laluan u-Pustaka

langkah 3: Anda boleh mencari tajuk dengan menekan “search” atau “advance search”. Setelah jumpa dengan buku yang ingin dipinjam, tekan “borrow

Langkah 4: Klik “read now in browser” untuk terus membaca. Untuk paparan yang lebih menarik, sila muat turun aplikasi LIBBY di telefon pintar anda.