Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Isnin, 23 Oktober 2023 11:39

KIAMAT : Peringatan Nabi Buat Umat Akhir Zaman

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kiamat pasti berlaku pada masa dan waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Walau bagaimanapun, isyarat atau tanda-tanda kiamat dizahirkan sedikit demi sedikit berdasarkan hadis baginda Nabi SAW. Perbahasan tanda-tanda hari kiamat dipecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu pertama, tanda kiamat yang telah berlaku seperti kewafatan baginda Nabi SAW dan pembelahan bulan. Kedua, tanda kiamat yang sedang berlaku seperti pembinaan bangunan tinggi. Ketiga, tanda kiamat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku seperti munculnya mereka yang mengaku nabi palsu. Keempat, tanda kiamat yang belum lagi berlaku menjurus kepada tanda-tanda kiamat besar. Perbahasan setiap daripada tanda-tanda kiamat ini merujuk kepada kebenaran sabda baginda Nabi SAW yang dekat dengan kehidupan manusia pada hari ini. Dalam sedar atau tidak, perkara yang berlaku pada hari ini kemungkinan besar merupakan kebenaran yang telah dinyatakan oleh baginda Nabi SAW. Walau bagaimanapun, ketepatannya tidak dapat dipastikan secara jelas kerana setiap perkara itu adalah dalam ruang lingkup kekuasaan dan pengetahuan Allah SWT.

Additional Info

  • Pengarang: Khairul Asyraf Mohd Nathir
  • Penerbit: Penerbit USIM,
  • Tahun Terbit: 2022.
Read 327 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup