Press Reader

 

PressReader menyediakan kemudahan akses kepada lebih dari 6,237 judul suratkhabar/majalah tempatan dan luar negara secara mudah dan segera dalam format replikasi digital, samada dengan menggunaan komputer, telefon pintar dan tablet (versi iOS, Android, Windows 8 dan Blackberry10 - menerusi PressReader mobile apps.

Ia menawarkan pengalaman membaca yang paling menarik kepada berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ia boleh diakses dan didapati secara percuma di beberapa perpustakaan terkemuka, institusi perbankan/perhotelan, syarikat penerbangan, pejabat korporat dan kerajaan, di lapangan terbang, di lounge, sekolah-sekolah dan restoran di seluruh dunia (yang melanggan kepada PressReader).

Platform: 

   

Panduan akses

Langkah 1: Buka u-Pustaka dan login akaun u-Pustaka anda.

Langkah 2: Klik E-Resources > Online Databases dan klik pautan atau logo Press Reader.

Langkah 3: Anda boleh pilih bahan bacaan kegemaran anda (sama ada majalah atau surat khabar).

Anda juga boleh mengakses dengan memuat turun aplikasi "PressReader: News & Magazines" di MicrosoftApple App Store atau Google Play Store. Pastikan peranti anda telah dihubungkan ke talian Wifi Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar (hotspot@perlislib) atau institusi yang melanggan/menawarkan akses kepada Press Reader. Klik di sini untuk panduan penuh

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup