Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis merupakan ruang serbaguna yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan sesuai digunakan untuk pelbagai program rasmi mahupun tidak rasmi, termasuk seminar, bengkel, ceramah, tayangan, majlis perasmian serta aktiviti kebudayaan.
Auditorium ini mempunyai kapasiti tempat duduk tetap untuk 140 orang dan boleh menampung sehingga maksimum 164 orang.
Maklumat Sewaan
- Hari sewaan: Isnin hingga Sabtu
- Kadar sewaan: RM600 sehari
- Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang




Pakej Auditorium & Pakej Tambahan
Pakej Auditorium
- Meja & Peralatan
- Meja pendaftaran (bankuet)
- Meja penceramah (bankuet)
- Extension wire – 2 unit
- Skrin Digital LED
- Resolusi: Full HD 1920px × 1080px
- Saiz: 480 cm × 273 cm
- Sistem Siar Raya (PA System)
- 4 × main speaker
- 2 × woofer
- 2 × stage monitor speaker
- Kerusi Bankuet
- 140 unit (maksimum 164 unit)
- Susunan teater
- Pendingin Hawa & Kipas
- Centralized air conditioner
- 6 × kipas dinding
- Pentas
- Saiz: 3.1 m × 7.7 m
- Settee VIP
- 3 unit sofa moden
- Lectern/Rostrum
- 2 unit
- Mikrofon
- 2 × mikrofon berwayar
- 2 × mikrofon tanpa wayar (cordless)
- Ruang Makan
- VIP (Aras 1): 2 × meja bulat & 10 × kerusi bankuet
- Jemputan (Aras bawah): dilengkapi meja dan 150 unit kerusi plastik
- Kemudahan Tambahan
- Akses WiFi
Pakej Tambahan
- Sistem Pencahayaan Pentas
- RM200.00 / sehari
- Kerusi Bankuet Tambahan
- RM2.00 / unit (maks. 24 unit)
- Settee VIP Tambahan
- RM5.00 / unit (maks. 2 unit)
- Mikrofon
- Berwayar: RM5.00 / unit (sehari)
- Tanpa wayar: RM10.00 / unit (sehari)
- Clip tanpa wayar: RM10.00 / unit (sehari)
- Meja Bankuet Tambahan
- RM5.00 / unit (maks. 4 unit)
Syarat-Syarat / Peraturan Sewaan Auditorium
- Penyewa hendaklah mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh penggunaan auditorium.
- Penyewa persendirian atau syarikat swasta diwajibkan menjelaskan bayaran sewaan sebelum tarikh penggunaan.
- Kadar bayaran sewaan termasuk penggunaan kuasa elektrik, sistem pendingin hawa, sistem siar raya (PA System) beserta pengendali, penyediaan tempat, penyelenggaraan, serta peralatan seperti kerusi, meja, mikrofon dan lain-lain.
- Bagi penggunaan ruang untuk jamuan makan, penyewa hendaklah mematuhi syarat berikut:
- Penyewa perlu mengurus sendiri pembekal makanan dan memastikan pembekal tidak menggunakan bekalan air perpustakaan untuk membasuh peralatan, serta tidak membuang sampah atau sisa makanan ke dalam longkang. Semua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan.
- Penyewa bertanggungjawab memastikan susun atur meja dan kerusi dikembalikan seperti keadaan asal selepas digunakan.
- Penyewa bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan dan mematuhi semua peraturan perpustakaan sepanjang berada di kawasan perpustakaan. DILARANG Merokok, makan dan minum di dalam dewan.
- Semua kenderaan penyewa hendaklah diletakkan di kawasan parkir yang disediakan. Kawasan parkir di bahagian hadapan perpustakaan adalah khusus untuk pengguna dan kakitangan perpustakaan sahaja.
- Penyewa dilarang menampal atau memasang banner/streamer/hiiasan menggunakan gam, pelekat, stapler atau apa-apa kaedah lain pada dinding atau peralatan auditorium.
- Pihak perpustakaan berhak membatalkan sewaan serta-merta sekiranya penyewa gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan.
