Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Isnin, 22 Januari 2024 15:30

MESEJ 'DEEP' DALAM AL-KAHFI

Written by
Rate this item
(0 votes)

Buku ini mengisahkan mengenai mesej-mesej yang tersirat di sebalik surah Al-Kahf. Antaranya surah ini memaparkan kisah tiga penguasa. Ia bermula dengan kisah raja yang telah memerintah dengan cara yang teramat zalim, disusuli raja zalim yang suka merampas harta kepunyaan orang-orang miskin. Namun kesudahannya amat membahagiakan, iaitu kisah Raja Agung dalam lipatan sejarah iaitu Zulqarnain r.a. yang berjihad menyebarkan agama dan membela nasib golongan tertindas. Ulama berbeza pendapat dalam mengulas bagaimana Surah al-Kahf ini berfungsi untuk menyelamatkan kita daripada fitnah al-Masih Dajjal. Dajjal ini bukanlah seumpama jin yang boleh dihembus ayat-ayat al-Quran dan dia pun melarikan diri. Kita bukan memohon pelindungan daripada Dajjal secara fizikal semata-mata, tetapi kita memohon pelindungan daripada fitnahnya.Justeru, kehadiran buku ini akan membantu para pembaca untuk mengetahui bagaimanakah surah ini mampu menyelamatkan kita daripada Fitnah Dajjal. 

Additional Info

  • Pengarang: MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR
  • Penerbit: Faqih Synergiz Training & Consultancy,
  • Tahun Terbit: 2023
Read 122 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup