Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar

    350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar
    Bersempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005

    Oleh: SHUKOR BIN MAT

    Di Tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah lahirnya pekan purba yang dahulunya di kenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya bertukar nama menjadi bandar Kangar’ 

    Tahun 2003-2005 merupakan Tahun Melawat Perlis, iaitu satu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menarik minat pengunjung dan pelancong melawat Perlis. Tarikh 2003 dipilih bersesuaian dengan tempoh genapnya usia 350 tahun pekan Kangar, di mana asas pertumbuhannya bermula pada tahun 1653 M. Walaupun aktiviti perdagangan dan pengangkutan di sini wujud lebih awal lagi daripada tarikh tersebut, tetapi pertempatan kekalnya hanya bermula pada tarikh tersebut. 

  • PEMBANGUNAN KUALA PERLIS

    PEMBANGUNAN KUALA PERLIS

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    BERASAL dari sebuah perkampungan nelayan yang serba mundur, kini Kuala Perlis sedang bergerak ke arah pembangunan yang pesat. Berbagai usaha dijalankan dalam memenuhi matlamat tersebut. Semuanya sudah pasti untuk memberi faedah kepada penduduk Kuala Perlis sendiri di samping penduduk Perlis umumnya.

  • PEMBUKAAN PELABUHAN KUALA PERLIS Mengembalikan Nostalgia Peranannya Sebagai PELABUHAN

    PEMBUKAAN PELABUHAN KUALA PERLIS
    Mengembalikan Nostalgia Peranannya Sebagai PELABUHAN

    Oleh: RAMLI ISMAIL

    USAHA kerajaan negeri Perlis di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membina pelabuhan di Kuala Perlis mengembalikan nostalgia lama tentang peranan yang pernah dimainkan oleh kuala tersebut sebagai sebuah pelabuhan.

  • PERANAN ALOR DALAM MASYARAKAT MELAYU DI PERLIS

    PERANAN ALOR DALAM MASYARAKAT MELAYU DI PERLIS

    Oleh: RAMLI ISMAIL

    Alor atau anak sungai memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat Melayu di negeri Perlis suatu ketika dahulu. Pada masa dahulu hampir keseluruhan kawasan di negeri ini merupakan hutan. Hanya apabila dibuka Bandar Kangar dan pekan-pekan kecil lain, hutan semakin bertukar menjadi kampung dan sawah padi.

  • PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DARAT DI PERLIS

    PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DARAT DI PERLIS

    Oleh : ADNAN JAHAYA

    Lebih seabad lalu, hutan meliputi hampir segenap ruang negeri Perlis dan tiada jalan perhubungan yang lebih selesa kecuali sungai-sungai utama dan lorong-lorong kecil yang tercipta daripada himpunan kudrat manusia.