Accessibility Tools

PEMBANGUNAN KUALA PERLIS

PEMBANGUNAN KUALA PERLIS

Oleh : RAMLI ISMAIL

BERASAL dari sebuah perkampungan nelayan yang serba mundur, kini Kuala Perlis sedang bergerak ke arah pembangunan yang pesat. Berbagai usaha dijalankan dalam memenuhi matlamat tersebut. Semuanya sudah pasti untuk memberi faedah kepada penduduk Kuala Perlis sendiri di samping penduduk Perlis umumnya.

 

Pekan Kuala Perlis

 

Kuala Perlis terletak kira-kira 11 kilometer dari bandar Kangar. Suatu ketika dahulu ia menjadi laluan utama saudagar-saudagar dari India, Parsi dan Belanda yang datang membawa berbagai jenis barang dagangan.

Dari Kuala Perlis, bot-bot besar membawa segala jenis barang dagangan ke Kangar melalui Sungai Perlis. Pada mulanya bot-bot berkenaan dapat sampai terus ke Kangar dan berlabuh untuk memunggah barang di Pengkalan Asam.

Lama kelamaan Sungai Perlis semakin cetek dan bot-bot barang dagangan hanya dapat me­munggah barang di Tebing Tinggi atau dipanggil juga Pengkalan dalam kawasan Bintong.

Bagaimanapun Kuala Perlis terus berfungsi sebagai kawasan persinggahan kapal dagangan. Sebuah buku lama Belanda ada menyebut kisah sebuah kapal dagangan daripada negara itu pernah terbakar awal kurun ke-17 dahulu di kawasan perairan Kuala Perlis.

Ini juga telah menjadi suatu teori ke­mungkinan salah satu asas panggilan nama Ne­geri Perlis diambil daripada perkataan "Perlite" tersebut. Penduduk asal Kuala Perlis kira-kira 300 orang. Semuanya orang Melayu yang bekerja sebagai nelayan dan bersawah padi. Di perseki­taran kawasan tersebut terdapat sawah padi yang luas termasuk di Kampung Wai sekarang.

 

PERSEKITARAN

Disebabkan kesibukan penduduk tempatan turun ke laut menangkap ikan, sebahagian besar kawasan sawah di Kuala Perlis ketika itu tinggal terbiar tanpa diusahakan. Dengan sebab de­mikianlah, seorang Penghulu yang bernama Penghulu Said Awang yang menjadi Penghulu awal tahun 1900-an telah membawa masuk 20 pasangan Cina keturunan Macao dari kawasan perlombongan bijih timah di Ipoh, Perak untuk datang mengusahakan sawah di Kuala Perlis.

Sehingga sekarang kawasan sawah padi yang luas di bahagian Kampung Wai dipanggil "Padang Cina". Terdapat penduduk keturunan Cina masih terus mengusahakan sawah padi di situ di samping di beberapa kawasan lain.

Dari semasa ke semasa, Kuala Perlis terus membangun. Memandangkan ramai penduduk Perlis mempunyai kaum keluarga di wilayah Satun, selatan Thailand, Kuala Perlis menjadi laluan rakyat kedua negara, menaiki bot tambang dad Kuala Perlis ke pengkalan Satun atau Puju di negara jiran itu.

Amalan ini berterusan hingga sekarang, walaupun terdapat sebatang jalan telah dibina oleh kerajaan negeri memanjat banjaran Bukit Bintang daripada Kaki Bukit ke Kampung Wang Kelian untuk pergi ke Satun melalui jalan darat. Peranan Kuala Perlis sebagai sebuah jeti penumpang ketara lebih penting apabila ber­mulanya khidmat bot penumpang daripada kuala tersebut ke Pulau Langkawi. Perkhidmatan itu bermula sejak pertengahan tahun 1950-an hing­ga sekarang.

Pada mulanya pengangkutan penumpang tersebut menggunakan bot terbuka seperti bot Ikan, tetapi dari semasa ke semasa perubahan terus berlaku hingga kini tidak kurang 10 buah feri penumpang yang canggih berulang-alik dari Kuala Perlis ke Langkawi. Semuanya berhawa dingin.

Setiap hari beribu pelancong menggunakan jeti Kuala Perlis ulang-alik antara kuala itu ke Pulau Langkawi. Jika musim cuti persekolahan bilangan pelancong meningkat hingga 5,000 ke 6,000 orang sehari.

Kuala Perlis memang menjadi pilihan utama para pelancong yang hendak ke Pulau Langkawi kerana jaraknya yang begitu dekat Perjalanan dari Kuala Perlis ke jeti Kuah di Langkawi mengambil masa kira-kira 45 minit.

Memandangkan kepada kepentingan ter­sebut, sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk membina kongkos di hadapan bangunan Jabatan Laut, Kuala Perlis sekarang.

Kongkos An akan menempatkan gerai-gerai makanan dan minuman, surau tandas awam, kaunter jualan tiket feri, bilik penerangan untuk pelancong, ruang menunggu dan berbagai kemudahan lain lagi. Kongkos tersebut dijangka akan mula dibina bulan Ogos ini dan diharap dapat disiapkan akhir tahun hadapan.

 

KONGKOS

Memandangkan kepada kedudukan rumah tempat tinggal di persekitaran Kuala Perlis agak tidak tersusun dan paling berdekatan antara satu sama lain, satu penyusunan semula perlu sekali dilakukan. Ini amat penting untuk mengelak jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan gangguan kesihatan kepada penduduk tempatan akibat tandas yang tidak sempurna serta sistem pembuangan sampah tidak teratur.

 

Bangunan Jabatan Laut Kuala Perlis.

 

Feri-feri ke Pulau Langkawi berlabuh di jeti Kuala Perlis

 

Perkampungan nelayan Kuala Perlis

 

Atas kesedaran tersebutlah, satu program yang dinamakan Program Mempertingkatkan Alam Persekitaran Kampung Atas Air akan dilaksanakan di Kuala Perlis dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Sejumlah tujuh buah kampung di persekitar­an kuala tersebut telah dikenal pasti untuk di­bangunkan di bawah program ituyang melibatkan perbelanjaan berjuta ringgit daripada peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk memberi faedah kepada kira-kira 5,000 orang penduduk tempatan.

Di antara kampung yang telah dipilih ialah Pulau Ketam yang mempunyai 380 penduduk daripada 71 keluarga, Seberang Alor mempunyai 780 orang penduduk (160 keluarga), hujung Tanjung melibatkan 470 penduduk (96 keluarga). Kampung Tandiap melibatkan 450 pendu­duk (107 keluarga), Kampung Tanah Baru Bukit Tok Poh dengan 290 penduduk (63 keluarga), Kampung Puju mempunyai 400 penduduk den­gan 73 keluarga dan Seberang Tok Pi dengan 1,020 penduduk daripada 180 keluarga.

Sebuah pakar perunding akan dilantik untuk membuat kajian cara terperinci apa cara yang ha­rus dilakukan bagi membangunkan kampung­kampung berkenaan, bagaimanapun ia tidak akan melibatkan pemindahan penduduk, tetapi sekadar berupa suatu penyusunan semula.

Kini Kuala Perlis bergerak maju setapak lagi. la akan menjadi satu kawasan perindustrian yang serba strategik. Satu kawasan seluas 29.88 hektar telah pun disiapkan untuk dijadikan tapak fasa pertama perindustrian berasaskan perikanan. Fasa kedua kawasan seluas 40.8 hektar akan diwujudkan kemudian bersebelahan tapak fasa pertama tersebut. Di samping menyediakan tapak, pihak kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) juga memberi rundingan perkhidmatan untuk men­

dapatkan lesen dan kelulusan-kelulusan lain daripada .labatan Kerajaan supaya kilang-kilang itu dapat dibina segera.

Sehingga sekarang enam buah syarikat telah memberi persetujuan untuk membeli lot-lot tapak kilang mereka di kawasan perindustrian fasa pertama tersebut. Semua kilang berkenaan adalah berasaskan perikanan. Di samping itu, sejumlah 47 buah syarikat lagi telah membuat pertanyaan untuk membeli tapak di kawasan yang sama.

 

LOT-LOT

Menteri Besar, Dr. Haji Abdul Hamid Pawanteh yang juga Pengerusi PKENPs mem­beritahu, tujuan utama pembukaan kilang di kawasan Kuala Perlis adalah untuk memberi peluang pekerjaan sebanyak mungkin kepada rakyat di negeri ini khususnya penduduk terse­but, sebuah syarikat telah dibentuk dengan kerjasama PKENs serta beberapa buah syarikat swasta bagi menambun tanah seluas 39.2 hektar di kawasan dekat jeti Kuala Perlis sekarang.

Kerja-kerja menambun tanah tersebut melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 26 juta di­jangka akan siap pada awal tahun 1994 supaya kemudiannya dapatlah kerja-kerja menyiapkan pelabuhan bersama kompleks perniagaan serta kemudahan-kemudahan asas lain dilaksanakan.

Sekiranya segala yang dirancangkan tersebut terlaksana, Kuala Perlis sudah pasti akan berubah wajah. Ia tidak lagi hanya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan, tetapi akan menjadi satu kawasan perindustrian yang moden serta sebuah pelabuhan yang tidak kurang pentingnya di kawasan utara Semenan­jung ini.

 

SUMBER ARTIKEL 

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4, 1992