Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar

    350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar
    Bersempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005

    Oleh: SHUKOR BIN MAT

    Di Tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah lahirnya pekan purba yang dahulunya di kenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya bertukar nama menjadi bandar Kangar’ 

    Tahun 2003-2005 merupakan Tahun Melawat Perlis, iaitu satu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menarik minat pengunjung dan pelancong melawat Perlis. Tarikh 2003 dipilih bersesuaian dengan tempoh genapnya usia 350 tahun pekan Kangar, di mana asas pertumbuhannya bermula pada tahun 1653 M. Walaupun aktiviti perdagangan dan pengangkutan di sini wujud lebih awal lagi daripada tarikh tersebut, tetapi pertempatan kekalnya hanya bermula pada tarikh tersebut. 

  • ADAT BERSAWAH DI PERLIS

    ADAT BERSAWAH DI PERLIS

    Oleh : REJAB F.I.

    DALAM sejarah purba - semenjak berlakunya Revolusi Pertanian- bermula kira-kira tahun 7,000 sebelum Masihi, manusia telah mulai hidup bermasyarakat dan bertamadun. Semenjak itulah manusia telah merubahkan tradisi hidupnya daripada berpindah-randah kerana mencari makan dari hasil buruan binatang di dalam hutan, kepada penghidupan menetap dan mengusahakan pertanian.

  • ADAT ISTANA DI PERLIS

    ADAT ISTANA DI PERLIS

    Oleh: RAMU ISMAIL

    Bagi membincangkan mengenai adat istana di Perlis adalah sesuatu yang agak menyulitkan kerana dari asal perlantikan Raja Perlis, ia tidak diselitkan dengan adat-adat khas disebabkan keadaan semasa ketika itu. Perlis terasing dari Kedah pada tahun 1839 apabila Kedah yang ketika itu diperintah oleh Raja Siam bersetuju untuk menjalankan dasar "pecah perintah" negeri tersebut bagi mengatasi ancaman orang-orang Melayu terhadap pemerintahan Siam itu.

  • ASAL USUL NAMA KAMPUNG SANTAN KOTA

    ASAL USUL NAMA KAMPUNG SANTAN KOTA

    Oleh : OMAR BIN YAACOB dan NORASMAH HASSAN

    ASAL usul nama sesuatu tempat adalah berkait­an dengan satu-satu kejadian atau peristiwa yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang, apa lagi dari generasi muda. Setengahnya berkaitan dengan satu-satu kepercayaan. Melalui pelajaran sejarah kita mengetahui asal usul tempat-­tempat seperti Singapura, Melaka, Taiping, Kuala Lumpur dan sebagainya.

  • BAGAIMANA PERLIS MENDAPAT NAMA

    BAGAIMANA PERLIS MENDAPAT NAMA

    Oleh: Muhamad bin Harun

    Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang terkecil sekali di Malaysia. Negeri Perlis terletak diantara Garisan Lintang 6 Dan 7 Utara, panjangnya 32 batu dan lebarnya 15 batu. Keseluruhan luasnya lebih kurang 316 batu persegi dan mempunyai penduduk seramai 220,000 orang. Seperti diketahui umum Negeri Perlis dahulunya merupakan sebuah jajahan Kerajaan Kedah dan dalam tahun 1839 Perlis menjadi sebuah negeri berdaulat.

  • BANDAR KANGAR

    BANDAR KANGAR

    Oleh : ALWI SUDIN

    Bandar Kangar ibu negeri Perlis Indera Kayangan merupakan bandar terbesar di negeri ini dan di Utara Semenanjung Malaysia. Di bandar inilah letaknya pejabat dan jabatan kerajaan yang menjalankan pentadbiran negeri Perlis. Bandar Kangar ini membangun dan berkembang pesat, selaras dengan kemajuan yang sedang melanda negara kita Malaysia. Di samping kepesatan pembangunan infrastrukturnya Kangar juga sedang diperindahkan dengan pelbagai bunga-­bungaan serta dipenuhi dengan pepohon yang hijau merendang.

  • BEDUAN MUNGKIN LENYAP DI PERLIS

    BEDUAN MUNGKIN LENYAP DI PERLIS

    Oleh: ABD. GHANI ON dan ADNAN JAHAYA

    NEGERI Perlis, seperti negeri-negeri yang lain juga mempunyai perkembangan budayanya yang tersendiri, Cuma beberapa unsur kesenian dinegeri ini saja yang mempunyai jalinan-jalinan budaya dan kesenian dari negeri-negeri lain.

  • BUKIT BESI HANGIT

    BUKIT BESI HANGIT

    Oleh : ALWI SUDIN

    Semenanjung Tanah Melayu terletak di penghujung selatan Tanah Besar Asia. Tataletaknya yang menganjur jauh ke selatan boleh diumpamakan sebagai jambatan yang menghubungkan Tanah Besar Asia dengan pulau-pulau di selatan dan Lautan Pasifik. Justeru demikian, gerakan merantau atau pengembaraan yang merupakan aktiviti tradisi orang-orang purba khususnya dari Tanah Besar Asia ke selatan semuanya terpaksa melalui atau menempuhi Semenanjung Tanah Melayu.

  • BUKIT LAGI Lambang Identiti Bandar KANGAR

    BUKIT LAGI
    Lambang Identiti Bandar KANGAR

    Oleh: RAMU ISMAIL

    BUKIT LAGI adalah lambang identiti bandar Kangar. la seolah-olah sebagai "mercu tanda" kepada ibu negeri Perlis itu. Tingginya hanya antara 300 ke 500 kaki. Panjangnya dari bandar Kangar ke Gua Cenderawasih atau dahulunya disebut Gua Sarni kira-kira tiga kilometer.

  • BUKIT LAGI Yang Ku Kenali

    BUKIT LAGI Yang Ku Kenali

    Oleh : Shukor Mat
    Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis

    “Asal Bukit Lagi adalah daripada sebuah pulau yang dikelilingi oleh lautan pada zaman pra sejarah dahulu. Ianya dikenali sebagai PULAU LAGI”

  • CIKGU MALEK MENURUNKAN BENDERA UNION JACK DI PERLIS

    CIKGU MALEK MENURUNKAN BENDERA UNION JACK DI PERLIS

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Beliau berjuang bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Dato' Senu bin Abdul Rahman, Tan Sri Mohd. Khir Johari dan Allahyarham Tun Sardon Zubir. Perjuangan mereka menuntut kemerdekaan negara. Ketika itu beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis yang selalu bertemu dengan tokoh-tokoh UMNO itu.

  • GUAR SYED ALWI

    GUAR SYED ALWI

    Oleh : ALWI SUDI

    Guar Syed Alwi sebuah perkampungan yang terletak di pinggir Bandar Kangar iaitu pusat pentadbiran dan ibu negeri Perlis. Kampung ini berada di bahagian selatan dan jaraknya lebih kurang dua kilometer dari pusat Bandar. Lokasinya ialah di sebelah timur Jalan Raja Syed Alwi (dikenali dengan Jalan Kuala Perlis lama). Kedudukannya dilaluan utama menjadikan kampung ini begitu mudah diresapi dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku. Lantaran itu kampung ini lebih awal menerima kemajuan dan sentiasa bersedia menerima apa jua perubahan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan. Sesuatu yang menarik dan unik di kampung ini ialah generasi tuanya boleh dikatakan keseluruhannya bertutur dalam bahasa Siam.

  • Jalan-jalan Lama di Bandar Kangar

    Jalan-jalan Lama di Bandar Kangar

    Oleh: RAMU ISMAIL

    Mungkin tidak ramai di kalangan pengunjung Bandar Kangar mengetahui terdapat banyak jalan lama dalam bandar tersebut. Ada di antara jalan itu yang hanya tinggal nama sahaja. Jalan sudah tiada lagi.

  • KAMPUNG KUBANG TIGA

    KAMPUNG KUBANG TIGA

    Oleh : ALWI SUDIN

    Kampung Kubang Tiga terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Chuping dan Kawasan Parlimen Padang Besar, negeri Perlis Indera Kayangan. Kampung ini terletak kira-kira tiga puluh kilometer arah utara Bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis. Pekan terdekat dengan Kampung Kubang Tiga ialah Padang Besar, iaitu bandar di sempadan antara negeri Perlis dengan negara Thai. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan kampung ini tidak ada jalan raya yang membolehkan penduduknya bergerak ketempat lain dengan motokar, bas dan sebagainya. Perhubungan kampung ini dengan dunia luar hanyalah melalui jalan kereta api, jalan basikal atau berjalan kaki. Kampung ini boleh dianggap sebagai sebuah tasik yang dilingkungi oleh pepohon hutan belantara yang menghijau.

  • KEDATANGAN ORANG CINA KE KANGAR

    KEDATANGAN ORANG CINA KE KANGAR

    Oleh: ALWI SUDIN

    MINAT terhadap Semenanjung Tanah Melayu berpunca pada mulanya hubungan China dengan Kerajaan Funan. Dipercayai sebuah kerajaan besar atau gugusan kerajaan di hilir Sungai Mekong. Sejak tahun 200 Masihi, kerajaan tersebut mula mengembangkan penga­ ruhnya ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun orang Cina menyedari akan adanya hasil-hasil pengeluaran Semenanjung Tanah Melayu di pasaran Funan, namun barangan asing yang paling diminati mereka ketika itu adalah barangan mewah dari Asia Barat yang disebut dalam sumber Cina sebagai "Perdagangan Parsi".

  • KOLAM DI JALAN KOLAM BANYAK BERJASA KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

    KOLAM DI JALAN KOLAM BANYAK BERJASA KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Kolam di Jalan Kolam, Kangar banyak berjasa kepada penduduk tempatan. Kolam tersebut terletak di perkarangan Kompleks Warisan Negeri dan Muzium Negeri sekarang. Walaupun saiznya hanya seperti perigi biasa, tetapi airnya dikatakan tidak pernah kering termasuk pada musim kemarau teruk melanda Perlis.

  • KOTA INDERA KAYANGAN

    KOTA INDERA KAYANGAN

    Oleh: ALWI SUDIN

    PADA zaman pedang, tombak, keris, lembing dan sebagainya menjadi alat senjata peperangan, kota atau tembok begitu penting dalam strategi pertahanan. Tembok Besar Cina telah dibina semasa Dinasti Chin dan diperkukuhkan oleh Maharaja Shih Huang Ti. Panjang tembok ini 2410 kilometer dan tingginya leb1h kurang 10 meter, merupakan kubu atau kota pertahanan yang mengagumkan serta menakjubkan buatannya hingga pada zaman ini. Begitu juga Kota Bastille di Perancis, A Famosa di Melaka, Kota Kuala Kedah merupakan antara ribuan kota atau tembok pertahanan zaman silam di seluruh dunia.

  • KUBANG TIGA TIDAK LAGI TERPINGGIR

    KUBANG TIGA TIDAK LAGI TERPINGGIR

    Oleh: ADNAN JAHAYA

    SUATU ketika dahulu nama Kubang Tiga begitu terpinggir malah tidak ramai yang mahu menyebutnya. Mereka seolah-olah benci mendengar nama kampung yang terletak di tengah hutan dalam kawasan Oran itu apatah lagi penduduknya sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah seperti samun dan penyeludupan.

  • KUDRAT MEMERANGI HUTAN GELAM MASIH TERPAHAT DI HATI PENEROKA

    KUDRAT MEMERANGI HUTAN GELAM MASIH TERPAHAT DI HATI PENEROKA 

    Oleh: AD NAN JAHAYA

    MELIHAT sawah yang terbentang luas di Perlis mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada generasi muda tetapi bagi segelintir para peneroka sawah, ia melambangkan ketabahan serta kegigihan mereka yang tidak ternilai. Walaupun kebanyakan peneroka sawah pada awal abad ke-20 sudah meninggal dunia tetapi saki-baki peneroka yang masih hidup tidak pernah jemu untuk mengirnbas kembali usaha-usaha mereka membangunkan kawasan sawah menggunakan kudrat mereka sendiri.

  • MAKANAN TRADISI MASYARAKAT PETANI

    PEKNGA
    MAKANAN TRADISI MASYARAKAT PETANI

    Oleh: FATIMAH TAHA 

    Peknga berasal daripada perkataan 'tempek di belanga ''. Oleh kerana bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk di sebelah utara sering menggunakan perkataan-perkataan ringkas seperti 'pi' untuk pergi, 'mai' untuk mari, 'Tarinai' untuk tari inai, kerana itu kata nama 'tempek di belanga' menjadi 'Peknga '.

Page 1 of 3