Accessibility Tools

KUDRAT MEMERANGI HUTAN GELAM MASIH TERPAHAT DI HATI PENEROKA

KUDRAT MEMERANGI HUTAN GELAM MASIH TERPAHAT DI HATI PENEROKA 

Oleh: AD NAN JAHAYA

MELIHAT sawah yang terbentang luas di Perlis mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada generasi muda tetapi bagi segelintir para peneroka sawah, ia melambangkan ketabahan serta kegigihan mereka yang tidak ternilai. Walaupun kebanyakan peneroka sawah pada awal abad ke-20 sudah meninggal dunia tetapi saki-baki peneroka yang masih hidup tidak pernah jemu untuk mengirnbas kembali usaha-usaha mereka membangunkan kawasan sawah menggunakan kudrat mereka sendiri.

Tanpa penggunaan peralatan moden, mereka menggunakan kapak, parang dan gergaji untuk menebas dan menebang pokok-pokok besar yang ada kalanya mengambil masa hingga sepuluh tahun untuk dibereskan.

Walaupun binatang buas dan ular berbisa adalah antara penghalang usaha mereka tetapi cabaran utama penerokaan itu ialah membersihkan hutan gelam yang melaut luasnya.

Pokok gelam atau nama saintifiknya "Melaleuca Leucadendron" tumbuh begitu banyak di selatan Perlis terutama dalam kawasan lembab dan berair.

Penduduk tertua Kampung Tok Kaya dekat Kuala Perlis, Encik Hamid bin Hamad @ Omar yang kini berusia lebih 100 tahun berkata, pokok gelam tumbuh di mana-mana sahaja di selatan negeri ini.

 

TERTUA

Bagairnanapun, katanya, usaha menghapuskan pokok-pokok berkenaan menyebabkan generasi kini sudah tidak mengenali pokok gelam yang batangnya boleh dijadikan balak.

Encik Hamid berkata beliau menggunakan sepenuh kudrat kurniaan Tuhan untuk membina kehidupan sebagai pesawah dan beliau tidak dapat mengingati jumlah pokok gelam yang tumbang dikapaknya ketika itu. Seorang lagi peneroka, Encik Jahaya Musa, 65, kini berbangga mengusahakan tanah seluas 0.7 hektar di Kampung Long Boh dekat sini sejak awal tahun enam puluhan setelah bertungkus-lumus menerokainya selama satu dekad.

"Kami mengambil masa sepuiuh tahun untuk menebang pokok gelam bermula sekitar tahun 1950," katanya.

MENEBANG

Beliau yang kini menetap di Bintong dekat sini berkata penat lelahnya membuahkan basil apabila kawasan yang dibersihkannya telah menjadi sawah yang subur dan dua tahun lalu, beliau memperolehi sijil hak milik tanah yang dipohonnya sejak lebih 20 tahun.

Ketika itu, sejauh mana kemampuan peneroka membersihkan hutan gelam itu, sebanyak itulah tanah yang bakal menjadi milik mereka.

"Sawah tidak wujud dengan sendirinya kalau tanpa kudrat peneroka seperti kami," kata Encik Jahaya.

Menurutnya, semasa kerja-kerja membersihkan hutan gelam, beliau membina sebuah pondok yang tiang dan lantainya dibuat daripada batang gelam manakala atap dan dinding daripada kulit pokok yang sama.

Katanya, kulit pokok gelam begitu liat dan tidak mudah pecah bila dikoyak dan ia me­mudahkan para peneroka sepertinya ketika itu menjadikan kulit pokok itu sebagai atap dan dinding pondok.

Seorang lagi pesawah, Encik Salleh Che Mat, 59, berkata Kampung Long Boh juga pernah dikenali sebagai Kampung Gelam kerana ketika itu terlalu banyak pokok gelam.

Mengimbas kembali keadaan sekitar tahun lima puluhan, beliau berkata matahari hanya dapat dilihat selepas pukul l 0.30 pagi kerana terlindung oleh pokok-pokok gelam yang besar dan tinggi.

Encik Salleh berkata beliau masih menyimpan dua pokok gelam yang berusia kira-kira 30 tahun di pinggir rumahnya untuk tatapan generasi akan datang.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Encik Ku Azmi Ku Aman mengakui pokok-pokok gelam semakin pupus di Perlis dan hanya beberapa tempat yang masih boleh ditemui pokok­ pokok itu yang antaranya termasuk Kampung Long Boh, Tanjong Gelam, Tasik Melati dan Padang Gelam. 

Antara kawasan sawah yang terbina daripada usaha membersih hutan gelam termasuk Tanjong Gelam, Tok Kaya, Tok Mali, Kampung Peladang, Long Boh, Sungai Baharu dan Utan Aji kini boleh diusahakan dua kali setahun.

Bagaimanapun tinjauan rambang mendapati pokok-pokok itu mulai pupus dan sukar ditemui di kawasan-kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Encik Ku Azmi Ku Aman mengakui pokok-pokok gelam semakin pupus di Perlis dan hanya beberapa tempat yang masih boleh ditemui pokok­ pokok itu yang antaranya termasuk Kampung Long Boh, Tanjong Gelam, Tasik Melati dan Padang Gelam.

Menurutnya, seperti pokokjati yang banyak terdapat di Perlis, pokok gelam juga mengambil masa selama 30 tahun untuk matang.

Encik Ku Azmi berkata jabatan itu bercadang untuk mengusahakan tanaman gelam di pinggir ampangan Timah Tasuh kerana pokok itu juga mempunyai potensi ekonomi disebabkan kayunya keras.

Selain itu, katanya jabatan itu juga akan mengkaji kesesuaiannya untuk menanam pokok­ pokok gelam di bahu-bahu jalan.

Pengurus Stesen Luar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (PRIM) Perlis, Encik Ahmad @ Omar bin Hassan berkata pokok gelam juga tumbuh di Australia dan Pulau Maluku di samping kawasan-kawasan berpaya dan tanah beris di negara ini.

Katanya, di kawasan habitatnya, ketinggian pokok gelam boleh mencapai 25 meter tetapi tidak semua batangnya lurus.

Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa kegigihan dan ketabahan para peneroka sawah di negeri ini terpancar daripada usaha memerangi pokok gelam.

Persoalannya sekarang, apakah generasi muda mampu mencontohi kegigihan dan ketabahan itu untuk mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar?

 

SUMBER ARTIKEL 

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 7, 1995