Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • ADAT BERSAWAH DI PERLIS

    ADAT BERSAWAH DI PERLIS

    Oleh : REJAB F.I.

    DALAM sejarah purba - semenjak berlakunya Revolusi Pertanian- bermula kira-kira tahun 7,000 sebelum Masihi, manusia telah mulai hidup bermasyarakat dan bertamadun. Semenjak itulah manusia telah merubahkan tradisi hidupnya daripada berpindah-randah kerana mencari makan dari hasil buruan binatang di dalam hutan, kepada penghidupan menetap dan mengusahakan pertanian.

  • Adat Lalu Di Hadapan Tetamu

    Adat Lalu Di Hadapan Tetamu

    Oleh: NORDIN SAAD

    Kunjung-mengunjung atau ziarah-menziarahi sudah menjadi satu amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini bukan saja dilakukan untuk menziarahi seseorang anggota keluarga yang sedang sakit, tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga. Malah, amalan ini juga dapat memberikan peluang kepada anggota keluarga yang masih muda atau tinggal berjauhan mengenali sanak saudara mereka sendiri.

  • ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU PERLIS: MERASI

    ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU PERLIS: MERASI

    Oleh: ALDUL GHANI ON

    Seiring detik yang berlalu, zaman pun turut diseret perubahan. Nilai kehidupan insan semakin tinggi. Dunia moden dengan segala kecanggihan teknologi memungkinkan kita menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bermutu. Tetapi dalam keghairahan menghirup udara pemodenan, usah dipinggirkan warisan silam yang dilingkari adat resam dan pelbagai budaya. Adat merasi misalnya, sudah tidak lagi diamalkan di kebanyakan tempat di negeri ini.

  • ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU PERLIS: MERISIK

    ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU PERLIS: MERISIK

    Oleh : ABDUL GHANI ON

    Di kalangan masyarakat Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Perkahwinan juga merupakan satu proses hidup yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki atau perempuan tanpa mengira taraf dan darjat.

  • ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERLIS

    ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERLIS

    Oleh : REJAB F.I.

    ALAT-ALAT kebesaran diraja negeri Perlis merupakan alat-alat yang paling unggul, dihormati dan ada di antaranya dianggap suci dan berdaulat. Alat-alat kebesaran ini digunakan sepenuhnya di dalam adat istiadat pertabalan seseorang raja.

  • ALAT-ALAT MENANGKAP IKAN AIR TAWAR

    ALAT-ALAT MENANGKAP IKAN AIR TAWAR

    Oleh : WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)

    Ikan air tawar biasanya hidup dalam paya, sawah, sungai, tali air dan juga kolam yang lama atau kolam semulajadi di kawasan-kawasan tertentu. Biasanya ikan air tawar akan membiak di tempat-tempat air bertakung atau yang tersimpan lama. Lagi lama air bertakung akan terdapat lebih banyak ikan dan besar pula saiz ikan-ikan tersebut.

  • ALAT-ALAT MENANGKAP IKAN AIR TAWAR

    ALAT-ALAT MENANGKAP IKAN AIR TAWAR

    Nukilan: WAN NAN WAN MAHMUD

    Dalam keluaran yang lalu dalam siri ini telah dikemukakan dua jenis alat menangkap ikan air tawar yang terdapat di negeri ini atau yang sering digunakan oleh penduduk setempat iaitu Serkap dan Taut. Dalam keluaran ini turut dikemukakan pula beberapa alat yang sedemikian yang sering digunakan bagi menangkap ikan air tawar.

  • ALAT-ALAT PERTANIAN TRADISIONAL (2)

    ALAT-ALAT PERTANIAN TRADISIONAL (2)

    Oleh: WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)

    PADA keluaran yang lalu, dikemukakan jenis-jenis alat pembajak yang digunakan oleh para petani dalam usaha mereka mengerjakan sawah. Sebagai sambungan dari siri tersebut, marilah kita kenali pula alat-alat yang digunakan yang ada hubungkait dengan persawahan dan seterusnya sehingga menghasilkan padi yang ditanam itu, dapat dijadikan nasi sebagai makanan kita.

  • ALAT-ALAT PERTANIAN TRADISIONAL (3)

    ALAT-ALAT PERTANIAN TRADISIONAL (3)

    Oleh: WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)

    BAGI masyarakat petani dalam usaha mereka untuk menyimpan padi yang telah dituai, sama ada padi tersebut dituai secara'membanting' (pukul) atau 'mengetam' yang dijadikan'gemal' (rujuk Bil. 6, 1994), ia akan disimpan dalam sebuah gobok padi yang dipanggil 'kerubung' dan 'jelapang'. Padi yang disimpan itu akan digunakan sebagai makanan harian dan kadang-kadang dijual sedikit demi sedikit jika wang diperlukan untuk perbelanjaan harian. Biasanya padi yang disimpan itu mencukupi untuk saraan keluarga selama setahun (sehingga musim akan datang).

  • ALU BUNYI AKTIVITI HIBURAN PETANI PERLIS

    ALU BUNYI AKTIVITI HIBURAN PETANI PERLIS

    Oleh: Rejab F. l.

    ALU Bunyi merupakan salah satu aktiviti hiburan petani (bersawah padi) di negeri Perlis suatu ketika dulu - para petani begitu berusaha mencungkil hiburan dengan menggunakan alatan dalam penghidupan mereka sehari-hari. Seperti Awang Batil (Awang Belanga) menggunakan alatan belanga/batil sebagai alat muzik gandingannya, begitu juga alu dan lesung dijadikan alat muzik di kalangan para petani.

  • BAJA TAHI KELAWAR MASIH BERFUNGSI SEBAGAI BAHAN PENYUBUR

    BAJA TAHI KELAWAR MASIH BERFUNGSI SEBAGAI BAHAN PENYUBUR

    Oleh: ADNAN JAHAYA

    KELAWAR sejenis mamalia yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah ngeri dan tahyul. Mamalia bersayap itu juga sering dimusuhi manusia kerana menjadi perosak buah-buahan. Meskipun mamalia itu dianggap musuh yang perlu dibunuh namun ia sebenarnya memberi sumbangan besar kepada kegiatan pertanian sejak zaman batu lagi.

  • BEDIANG: AMALAN TRADISIONAL ZAMAN SEBELUM MERDEKA

    BEDIANG
    AMALAN TRADISIONAL ZAMAN SEBELUM MERDEKA

    Oleh : MOKHTAR A.K.

    Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan tradisional 'bediang' telah dipraktikkan secara menyeluruh oleh masyarakat Islam di bandar mahupun di kampung-kampung. Bagi mereka yang akan bersalin atau 'beranak', bidan-bidan kampunglah yang utama dicarinya. Dan pada zaman itu memang tidak ada bidan kerajaan yang berperanan di kampung-kampung. Pada dekad itu, bidan-bidan kampung yang berpengalaman agak sukar dicari. Di dalam satu-satu kawasan atau mukim, mungkin terdapat seorang atau dua orang sahaja bidan-bidan yang berpengalaman. Contohnya, di Behor Temak terdapat seorang bidan yang bernama Tuk Mas Mala dan di Telok Berembang, Kuala Perlis, namanya Hjh. Halimah.

  • BEDUAN: KESENIAN TRADISI RAKYAT PERLIS

    BEDUAN: KESENIAN TRADISI RAKYAT PERLIS

    Oleh: REJAB F.I.

    NEGERI Perlis memang kaya dengan kesenian tradisinya seperti Tarian Canggung, Muzik dan Tarian Tarinai, Awang Batil, permainan Alu Bunyi dan baru-baru ini telah muncul kembali sebuah kesenian tradisi yang telah lama terpendam dan hampir ditelan zaman iaitu keseruan Beduan.

  • BERAS KUNYIT PENYATUAN YANG MENYUBURKAN AKAR TRADISI MELAYU

    BERAS KUNYIT
    PENYATUAN YANG MENYUBURKAN AKAR TRADISI MELAYU

    Oleh: ADNAN JAHAYA

    Beras dan kunyit adalah perkara yang berbeza. Bagaimanapun kedua unsur itu begitu berpen­ garuh apabila keduanya disatukan sebagai 'beras kunyit'. Beras kunyit amat sinonim bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Malah bagi negeri Perlis, ia menjadi penyubur tradisi Melayu yang berakar umbi sejak zaman-berzaman. 

  • BUNGA EMAS – PERSEMBAHAN RAKYAT PERLIS UNTUK NEGARA SIAM

    BUNGA EMAS – PERSEMBAHAN RAKYAT PERLIS UNTUK NEGARA SIAM

    Oleh : OMAR YAACOB

    Sebagai sebuah negeri di bawah pertuanan Siam, Negeri Perlis dikehendaki mempersembahkan ufti bunga emas dan perak kepada Raja Besar Siam di Bangkok. Semenjak tahun 1843 (II 1259) mulailah dihantar bunga emas dan perak ke Bangkok. Ia dihantar tiap-tiap 3 tahun sekali. Setelah wujudnya Negeri Perlis di bawah naungan Kerajaan Siam, negeri ini telah mempersembahkan ufti bunga emas dan perak sebanyak 22 kali ke Kota Bangkok dan yang terakhir pada tahun 1909 dipersembahkan ke London.

  • EMPING DAN RINGGI MAKANAN TRADISIONAL

    EMPING DAN RINGGI
    MAKANAN TRADISIONAL

    Oleh : MACHITA OSMAN

    Masyarakat utara sememangnya kaya dengan makanan tradisional. Bermula daripada kuih-muih sehinggalah kepada jenis lauk-pauknya. Makanan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri iaitu dari segi bentuk, rasa, warna serta proses membuatnya.

  • HARUAN Bakar Bertanah

    HARUAN
    Bakar Bertanah

    Oleh: MACHITA OTHMAN

    NEGERI Perlis kaya dengan pelbagai makanan tradisional sama ada makanan untuk sarapan pagi, minum petang ataupun untuk hidangan tengah hari dan makanan malam. Keunikan makanan tradisional negeri ini dapat dilihat samada dari segi bahan yang digunakan untuk membuatnya ataupun dari segi cara penyediaan makan tersebut.

  • Lempeng Sagu Rumbia

    Lempeng Sagu Rumbia

    Oleh: Machita Othman

    Peribahasa Melayu lahir basil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat Melayu lama. Oleh itu peribahasa dapat menggambarkan kehidupan, corak pemakanan serta nilai sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu. Misalnya peribahasa yang berbunyi "Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Peribahasa ini bermaksud untuk mendapat kesenangan atau kejayaan kita mestilah berusaha bersungguh­ sungguh.

  • MAKANAN TRADISI MASYARAKAT PETANI

    PEKNGA
    MAKANAN TRADISI MASYARAKAT PETANI

    Oleh: FATIMAH TAHA 

    Peknga berasal daripada perkataan 'tempek di belanga ''. Oleh kerana bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk di sebelah utara sering menggunakan perkataan-perkataan ringkas seperti 'pi' untuk pergi, 'mai' untuk mari, 'Tarinai' untuk tari inai, kerana itu kata nama 'tempek di belanga' menjadi 'Peknga '.

  • MUZIK TRADISIONAL Satu Kajian Peralatan

    MUZIK TRADISIONAL
    Satu Kajian Peralatan

    Oleh : REJAB F.I.

    PERALATAN untuk muzik tradisional Melayu begitu besar peranan dan pengaruhnya terutama sekali dalam konsep penghiburan, perkembangan budaya dan sastera. Tanpa peralatan ini muzik tradisional kita kurang begitu bererti dan mempengaruhi jiwa penonton. Sesungguhnya antara, kedua faktor ini muzik dan penonton mempunyai hubungan yang erat sekali. Meskipun terdapat alat-alat muzik tradisional kita yang dipergunakan semata-mata untuk hiburan sendirisendiri akan tetapi muzik tersebut begitu kuat pula mempengaruhi hati dan nurani pendengar-pendengarnya. 

Page 1 of 2