ADAT BERSAWAH DI PERLIS
Oleh : REJAB F.I.
DALAM sejarah purba - semenjak berlakunya Revolusi Pertanian- bermula kira-kira tahun 7,000 sebelum Masihi, manusia telah mulai hidup bermasyarakat dan bertamadun. Semenjak itulah manusia telah merubahkan tradisi hidupnya daripada berpindah-randah kerana mencari makan dari hasil buruan binatang di dalam hutan, kepada penghidupan menetap dan mengusahakan pertanian.
Hingga kini hampir 9,000 tahun sudah berlalunya Revolusi Pertanian itu, perkembangannya sudah menjangkau bulan. Dan, daripada beraneka jenis aspek pertanian itu kini telah begitu berjaya mewujudkan serbaneka alat-alatan moden untuk mengendalikan pertanian ini.
Kalau dulu, manusia pada Zaman Batu mengusahakan pertanian dengan menggunakan alatan daripada bahan batu-batan merupakan cangkul, kapak, lembing, pisau dan sebagainya, dari perkembangan Revolusi Pertanian kini manusia tidak lagi memerlukan ratusan tenaga atau hamba abdi untuk mengusahakan ladang yang beratus-ratus malah beribu-ribu ekar luasnya, tapi sudah memadai dengan puluhan tenaga untuk memandu jentera pertanian.
Menerusi Revolusi Pertanian inilah maka dari semasa ke semasa unsur-unsur kejenteraan telah memenuhi pertanian negara kita yang sungguh membanggakan.
KEJENTERAAN
Apabila kita mengikuti perkembangan ini, sudah pasti kita dapat meyakini bahawa pada suatu masa nanti cara-cara dan alatan persawahan secara tradisi di negeri kita ini akan lenyap sama sekali! Kerana itu, untuk pengetahuan dan kajian kepada generasi kita yang akan datang yang tidak berkesempatan menyaksikan alat-alat dan cara-cara persawahan pada masa ini tentulah berguna benar catatan-catatan begini ditulis dan disimpan. Di samping itu berguna juga kepada mereka yang ingin mendalami kajiannya tentang adat-adat dalam persawahan kita.
Untuk itu saya cuba mencatatkan di sini tentang adat bersawah di negeri Perlis yang dilakukan oleh para pesawah suatu ketika dulu sehingga dalam tahun-tahun lima puluhan atau scbelum kemerdekaan.
Dalam tahun-tahun lima puluhan dan sebelurrmya, musim bersawah di negeri Perlis bermula pada bulan Jun hingga bula September. Para petani mengenali musim bersawah ini dengan sebutan pemo. Menentukan `pemo' bersawah ini kebanyakan para petani adalah mengambil pengecaman daripada berbunganya pohon kayu (pokok `pemo') di bukit, atau berbunyinya burung malai di hutan.

Alat-alat tradisional yang digunakan dalam kerja-kerja persawahan.

Kerja-kerja "menyisir" menggunakan kerbau.
MUSIM BERSAWAH
Apabila tibanya musim tersebut, pertama sekali para petani sibuk menyediakan alatan persawahan dan petak-petak sawah mereka supaya dapat ditakungi air secukupnya. Ketika itu bersawah padi cuma mengharapkan air hujan. Orang-orang tua kaum tani mempercayai untuk menjauhkan daripada segala bencana dan mengelakkan pokok-pokok padi daripada dihinggapi musuhnya, maka hari untuk memulakan turun ke sawah ada penentuannya.
Hari-hari yang baik itu ialah: Ahad dan Khamis. Arah mengadap ketika mula menenggalakan sawah itu ada penentuannya jugaPada Hari Ahad mengadap ke arah Timur Laut, hari Khanmis ke arah Barat Daya.
Mereka memulakan turun ke sawah ini terlebih dahulu hanya mencangkul tiga lembuk di petakyang bakal dijadikan tapak semaian, atau menenggala hanya tiga keliling, kiranya pada hari tersebut ada urusan-urusan yang lain.
Perkakas yang biasa digunakan untuk menenggala tanah sawah ini dinamakan tenggala. Biasanya tenggala ini diperbuat daripada kayukayu yang tertentu. Kayu yang lazim dipilih ialah kayu halban. Boleh dikatakan semua alat tenggala (jenis kayu) menggunakan kayu tersebut. Sebabnya, kayu itu mudah dibentuk dan bentukbentuknya semula jadi yang terdapat pada pokok tersebut untuk perkakas-perkakas tenggala ini.
Perkakas atau alat tenggala itu masing-masing diberi nama seperti: lawi, sepak (di hujungnya dinamakan pai yang diperbuat daripada besi, untuk menenggala tanah), kayu buak, bahagian bawahnya dinamakan buaya, penghujungnya dinamakan salur remayung, tanduk baung, pulut pais, bentang dan kok (dipasangpada leher kerbau).
Sesudah tanah sawah itu ditenggala, untuk menghalus dan memecahkan ketulan tanah, digunakan pula sejenis perkakas yang bernama penyisir.
MENGERJAKAN TANAH
Perkakas penyisir ini mempunyai: bentang yang diperbuat daripada kayu beruas, giginya daripada kayu batang pinang atau nibung.
Sesudah tanah itu disisir dan dihaluskan, untuk meratakan permukaan tanah, dicacakkan gigi penyisir itu pada batang pisang kemudian dibadai ertinya diratakan permukaan tanah petak sawah itu. Tanah yang siap dibadai itu dinamakan tanah lumat.
Binatang yang biasa digunakan untuk membajak sawah ialah kerbau, tapi ada juga menggunakan lembu. Jika membajak menggunakan lembu terpaksa dipakai dua ekor kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Bahasa yang diucapkan sebagai suruhan kepada binatang-binatang tersebut ketika membajak ialah: cah yang bererti keluar, syok bererti masuk dan palin bererti belok.
PADI BENIH
Setelah petak semaian disediakan maka disediakanlah padi benih untuk ditabur. Padi tersebut diisikan dalam karung kemudian direndam tiga malam. Benih-benih padi yang sering digunakan pada masa itu bernama: Radin Siam, Bate, Kerajaan, Gantang Alu (untuk dibuat emping dan ranggi).
Merendam padi benih ini ditentukan pula pantang larangnya. Orang perempuan yang tidak suci adalah dilarang kerana ditakuti akan menjangkitkan penyakit kepada benih padi tersebut.
Setelah direndam selama tiga malam, padi benih itu disejat selama tiga malam pula untuk membiarkan tumbuh mata tunas dan akarnya. Setelah itu barulah `dikembur', disintuk dan diminyakkan untuk menyucikan benih tersebut
dengan harapan akan tumbuh subur.
Padi benih itu diisikan ke dalam karung lalu ditaburkan di bekas semaian yangtelah disediakan. Anak semaian itu tumbuh selama kira-kira 44 hari barulah dicabut. Cara mencabutnya ialah dengan menjadikan `cap' atau ketul, biasanya dari sembilan genggam secap. Cap atau ketul-ketul padi itu dibawa ke tanah sawah yang telah dibersihkan untuk ditanam.
Mengikut adat yang biasa digunakan oleh para petani zaman silam, serumpun anak padi di sudut petak semaian disimpan untuk penanaman terakhir - penyudah menanam.
CARA MENANAM
Mula menanam padi mengikut adatnya ialah dimulakan dengan menanam 9 perdu di salah satu sudut petak. Di tengah-tengahnya ditanam pcrdu (penanaman) yang besar sekali, dijadikan sebagai ibu. Di samping itu pula, lazimnya disertakan sebatang bemban yang muda, daun pokok cuka penuh atau daun pokok malai sebanyak tiga helai dicucuk bersama-sama perdu `ibunya'.
Lazimnya, selepas tiga hari memulakan menanam padi itu barulah ditanamkan padi seterusnya.

Kerja-kerja menanam secara tradisional.

Kerja-kerja "mengetam" padi
Menanam padi biasanya dilakukan oleh kaum perempuan. Cara menanamnya dijalankan dengan 4 atau lima jalur yang dipanggil tekap sekali lalu iaitu 2 atau 1 ke kiri, 2 ke kanan dan 1 untuk langkahan. Tiap-tiap petak ditanam redih (redih) di celah jalur tadi sebanyak dua atau tiga jalur untuk disulam jika berlaku lompang iaitu perdu-perdu padi yang telah rosak kerana dimakan ketam atau tumbuhnya tidak subur.
Setelah selesai menanam padi, anak anak padi itu dijaga sebaik-baiknya, rumput-rumput dicabut, batas bendang yang terpokah ditutupkan, air dijaga secukup-cukupnya.
Andaikata padi itu diserang dek penyakit (penyakit padi), maka petani-petani pada zaman silam mencucuk daun-daun sengeng di celahcelah perdu padi. Jika diserang oleh ulat-ulat padi dicacak tiga batang bemban. Pada batang bemban itu ditulis jampi dengan l:ujung besi yang tajam,berbunyi:
Luh besi kalam besi,
Allah menyurat padi,
Aku tuju ulat-ulat pun mati,
Aku tuju bena - bena pun mati,
Berkat doa Laillahaillallah ....
Selain itu digunakan air jampi yang dikembah seluruh petak sawah. Untuk menghalau burung daripada memakan buah padi muda atau
yang telah masak, dipasang gerogok atau dibuat orang-orang di tengah sawah itu. Daripada padi yang telah besar dan bunting itu, timbullah pula teka-teki bagi kaum tani iaitu: Apakah bendanya beranak dulu, baru bunting?
MENUAI
Ketika yang paling riang bagi para petani ialah apabila padi telah mulai masak dan boleh dituai. Lelaki perempuan, tua dan muda, terutama sekali golongan teruna dan dara berwajah riang menyambut kedatangan musim menuai atau disebut musim `mengerat padi'.
Pada masa inilah munculnya berbagai-bagai temasya atau keramaian bagi kaum tani seperti: Permainan lesung bunyi, temasya canggung, tiupan serunai batang padi, temasya menumbuk emping, permainan wau, Awang Bate, Selampit dan sebagainya. Anak-anak muda saling jelingmenjeling untuk mendapat pilihan hati masingmasing. Ketika inilah jua diadakan majlis perkahwinan.
Dalam acara mula menuai padi ini, suatu tradisi yang dilakukan para petani zaman silam ialah dengan mengadakan istiadat mula menuai padi, iaitu dengan mengadakan kenduri seluruh anak buah kampung itu diketuai oleh seorang pawang atau bomoh.
GOTONG-ROYONG
Sebelum memulakan tuaian padi, anak buah seluruh kampung itu akan bergotong-royong terlebih dulu menuai padi Ketua Kampungnya. Tok Pawang memulakan dengan jampinya yang berbunyi:
Dicincang gelanggang batang di muka pintu,
Ditentang melenggangnya datang
Anakku rupanya itu.
Dicincang rebung lumai-lumai,
Buat penuba batang ari,
Sungguh saya di seberang sungai,
Besar maksud datang ke mari.
Bukannya gantang -gantang lada,
Gantang berisi hampa padi,
Bukannya datang-datang sahaja,
Besar maksud kehendak hati.
Tiap-tiap petani, sebelum memotong padi, mereka terlebih dulu memilih setangkai padi kononnya jenis `betina' (tangkainya disaluti daun seperti kain pakai). Bila ketemui tangkai tersebut lalu diikat dengan benang tujuh warna kemudian disimpan bersama-sama perdu padi yang lain sebagai tentannya.
SEMANGAT PADI
Padi yang disimpan itu dijadikan semangat padi, dijagai dan dipagar dcngan rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang-binatang ternakan. Padi ini diambil sesudah berakhir menuai padi yang lain, diketam dijadikan gemai. Gemai itu diletakkan di sudut jelapang atau kepuk padi, bersamanya dibubuh setakar air, sebekas minyak, sintuk, sikat dan beberapa biji pisang masak.
Bahan-bahan tersebut kononnya untuk makanan dan alat-alat perhiasan kepada ‘semangat padi’ itu. Semangat padi ini dipercayai oleh orang-orang tua kaum tani sebagai manusia juga, lazimnya jenis `betina' dan juga yang jantannya. Kononnya jika tidak dijagai dan dilayani dengan baik maka dan akan murka dan berpindah ke tempat lain. Kerana itu hasil padi seseorang itu akan berkurangan dan tidak makmur lagi.
Alatan yang digunakan untuk menuai padi itu ialah: Tong berbentuk bulat dan layarnya yang diperbuat daripada tikar mengkuang atau ibus,
Untuk memotong batang padi digunakan `pisau mengerat'. BatanBbatanB padi itu setelah dipoton8 dikumpul menjadi `kedap'. Kedap-kedap itulah dipukul ke dalam tong.
diletakkan anak tangga di dalamnya. Batang-batang padi `dipukul' atau dibanting di atas anak tangga itu, buahctya bercerai dan masuk dalam tong.
Untuk memotong batang padi digunakan `pisau mengerat'. Batang-batang padi itu setelah dipotong dikumpul menjadi `kedap'. Kedapkedap itulah dipukul ke dalam tong. Jika memungut tangkai padi, lazimnya untuk dibuat `ranggi' atau `emping' digunakan `renggam' yang diperbuat daripada kayu mempunyai mata besi di aiasnva.
Alatan lain yang digtutakan ialah tikar, karung, lcecung, bujant, semuanya cliperbuat daripacla daun pokok ibus. Kerana itulah pokok `ibus' tncnjadi bahan pcnting dan utama kepada para petaui di negeri Perlis zaman silam.
Dalam abad yang kelapan belas dan sebclumnya, padi tidaklalt dipotong tetapi dipungnt dengan menggtntal<an renggam dan dijadikan 'genial'. Gemal-gemal padi itu diheret dengan menggtutakan kaki di atas pentas yang diperbuat daripada buluh. Ada juga yang mengirik padi itu dengan menggunakan gajah. Ketika itu diadakan pula temasya mengirik padi.
PANTANG LARANG
Padi yang dituai atau dihirik itu disimpan di dalam jelapang, kerubung ataupun kepuk. Mengikut kepercayaan orang-orang tua, hari untuk mengeluarkan padi dari dalam bekas-bekas tersebut sama ada untuk dimakan atau untuk dijual ditentukan juga. Hari yang dilarang ialah hari Isnin dan Jumaat. Meskipun begitu hari Jumaat dilonggarkan pantang-larangnya jika padi itu dikeluarkan dengan maksud untuk dimakan, tapi dipantang untuk dijual.

“Memukul padi” dalam proses menuai.
Untuk mengelakkan daripada keringnya hasil padi dan kemakmurannya, adalah menjadi pantang-larang yang keras kepada orang-orang perempuan menaiki bekas-bekas padi yang disebutkan tadi, terutama sekali orang pcrempuan yang 'tidak suci. Mereka percaya, kononnya semangat padi itu adalah seorartg wanita yang cantik, sekiranya orang percmpuan yang manaiki tempat menyimpan padi itu, dia akan berpindah ke tempat lain, hasil padi akan berkurangan.
Demikianlah berbagai-bagai pantang-larang dan adat bersawah padi yang dilakukan oleh para petani di negeri Perlis suatu ketika dulu, kini adat dan pantang-larang tersebut boleh dikatakan telah hapus sama sekali apabila agama Islam begitu pesat pengaruhnya menentang kekufuran di sarnping pengaruh penghidupan moden terutama sekali sains dan teknologi.
Para petani suatu ketika dulu menjaga dan memupuk adat itu sebaik-baiknya bertepatan dengan kata pepatah: Biar mati anak, jangan mati adat di samping menghindarkan sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka terutama hasil padi yang menjadi darah daging kehidupan mereka.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4, 1992
