Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar

    350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar
    Bersempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005

    Oleh: SHUKOR BIN MAT

    Di Tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah lahirnya pekan purba yang dahulunya di kenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya bertukar nama menjadi bandar Kangar’ 

    Tahun 2003-2005 merupakan Tahun Melawat Perlis, iaitu satu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menarik minat pengunjung dan pelancong melawat Perlis. Tarikh 2003 dipilih bersesuaian dengan tempoh genapnya usia 350 tahun pekan Kangar, di mana asas pertumbuhannya bermula pada tahun 1653 M. Walaupun aktiviti perdagangan dan pengangkutan di sini wujud lebih awal lagi daripada tarikh tersebut, tetapi pertempatan kekalnya hanya bermula pada tarikh tersebut. 

  • MATRI MENGUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM DI PERLIS

    MATRI MENGUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM DI PERLIS

    Oleh : OMAR YAACOB

    MATRI ringkasan nama kepada Ma'had Al-Tarbiyah Al-Islamiyah, yang terletak di atas sebidang tanah seluas 16.2 hektar di Perkampungan Tunjung, Tunjung, Mukim Beseri, Perlis, kira-kira 12 km dari bandar Kangar. Ma'had ini dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk perkampungan Tunjung dan berlatarbelakangkan pohon-pohon getah, sawah padi dan Bukit Tunjung.

  • NAMA BANGUNAN DATO’ MAHMUD MAT DIAMBIL SEBAGAI MENGENANG JASA ALLAHYARHAM DATO’ MAHMUD MAT

    NAMA BANGUNAN DATO’ MAHMUD MAT DIAMBIL SEBAGAI MENGENANG JASA ALLAHYARHAM DATO’ MAHMUD MAT

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Nama Bangunan Dato’ Mahmud Mat diambil daripada nama Allahyarham Dato’ Mahmud bin Mat, seorang yang begitu berjasa di Negeri Perlis dan mempunyai sejarah tersendiri dalam hidupnya, baik semasa berkhidmat di negeri Perlis mahupun di tempat-tempat lain di negara ini.

  • PADANG BANDARAN BANYAK BERJASA

    PADANG BANDARAN BANYAK BERJASA

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Apabila di sebut Padang Bandaran, pasti seluruh rakyat di negeri Perlis mengetahui tentangnya. Ia adalah sebuah padang yang menjadi tempat tumpuan rakyat daripada pelbagai pihak bagi menganjurkan segala bentuk aktiviti sejak zaman penjajah British lagi.

  • PENGKISAHAN SEKOLAH INGGERIS DERMA KANGAR

    PENGKISAHAN SEKOLAH INGGERIS DERMA KANGAR

    Dari awal-awal lagi sehinggalah masa lepas perang dunia kedua, tahun 1945 tidak ada sebuah sekolah Inggeris pun yang wujud dalam negeri Perlis ini. Yang ada pada masa itu hanyalah Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Arab iaitu Sekolah Menengah Agama Alawiyah Aran Perlis. Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendapat pelajaran Inggeris terpaksalah meng­hantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris di Pulau Pinang seperti Penang Free School.

  • RUMAH TRADISIONAL MELAYU PERLIS

    RUMAH TRADISIONAL MELAYU PERLIS

    Oleh : WAN NAN WAN MAHMUD – (FAWANA)

    Pada keluaran bilangan 6 yang lalu dikemukakan bentuk ‘Rumah Bumbung Panjang’ sebagai membicarakan Rumah Tradisional Melayu Perlis. Dalam keluaran ini akan dikemukakan pula satu lagi ciri rumah tradisional orang Melayu di negeri ini yang rata-rata masih wujud. Mungkin suatu masa nanti rumah jenis ini juga akan terhakis ditelan perubahan-perubahan zaman yang mungkin akan diganti dengan rumah-rumah berbentuk moden yang beraneka rupa mengikut selera dan kemampuan.

  • SEJARAH ASAL KOMPLEKS PENYAYANG DR. SITI HASMAH

    SEJARAH ASAL KOMPLEKS PENYAYANG DR. SITI HASMAH

    Oleh: ROSLAN BIDIN

    Tidak siapa yang inginkan dirinya susah. Mengalami kecacatan. Dan disisihkan dari orang yang dikasihi. Kenyataan ini adalah kejadian yang berkehendakkan kita berserah kepada- Nya. Sesuatu kejadian itu adalah di bawah kehendakNya. Namun kita sebagai khalifah di muka bumi ini mesti menerima realiti ini.

  • SEJARAH DAN STRUKTUR MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

    SEJARAH DAN STRUKTUR
    MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

    Oleh : OMAR BIN YAACOB

    Sejarah awal Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Perlis bermula sebelum zaman merdeka lagi. Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "Town Board Enactment F.M.S. Cap 137" melibatkan tujuh kawasan pekan. Pekan-pekan tersebut Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat, Kaki Bukit, Padang Besar dan Pauh.

  • SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SYED SAFFI SIMPANG EMPAT, PERLIS

    SEJARAH
    SEKOLAH MENENGAH SYED SAFFI
    Simpang Empat, Perlis

    Oleh : NASIR ALI

    Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang: begitu bunyi pepatah Melayu. Namun, tiadalah sekarang, kalau tiada masa lalu. Begitulah dengan Sekolah Menengah Syed Saffi, Simpang Empat, Perlis.

  • SEJARAH STADIUM DATO' SHEIKH AHMAD

    SEJARAH STADIUM DATO' SHEIKH AHMAD

    Nukilan : RAMLI ISMAIL

    Stadium Dato' Sheikh Ahmad, Kangar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia terletak di Jalan Kolam di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar. Kewujudannya adalah untuk mengganti Padang Bandaran tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutama pertandingan bola sepak.

  • SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN, PERLIS

    SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN, PERLIS

    Oleh : NASIR ALI

    MASA BERLALU PANTAS meninggalkan sejarah yang terungkap dalam kenangan. Bagi mereka yang melalui saat itu dapat merakamkan berbagai kenangan. Begitu juga Bandar Kangar yang dahulunya hanya terdiri dari beberapa bangunan penting sahaja kini sudah berubah wajah. Sama juga dengan bangunan Sekolah Kebangsaan Kangar (L) yang kini sudah tiada lagi dibelakang Pejabat Pos Kangar, di tapak bangunan Jabatan Pendidikan sekarang.