MATRI MENGUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM DI PERLIS
Oleh : OMAR YAACOB

1. PENGENALAN
MATRI ringkasan nama kepada Ma'had Al-Tarbiyah Al-Islamiyah, yang terletak di atas sebidang tanah seluas 16.2 hektar di Perkampungan Tunjung, Tunjung, Mukim Beseri, Perlis, kira-kira 12 km dari bandar Kangar. Ma'had ini dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk perkampungan Tunjung dan berlatarbelakangkan pohon-pohon getah, sawah padi dan Bukit Tunjung.
la bermula dengan kemasukan 17 orang pelajar, 8 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan di peringkat Marhalah Khassah (Pra Universiti). MATRI ditubuhkan pada 17 Zul Hijjah 1407 bersamaan 20 Ogos 1987. MATRI didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis. Ma'had ini ditadbirkan oleh Al-Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain dan ahli jawatankuasanya. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Ma'had ini. MATRI merupakan sekolah rakyat yang mendapat separuh bantuan dari pemerintah, khasnya Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Kementerian Pendidikan (dari segi bantuan buku teks, buku rujukan dll.).
Ustaz Dahalan b. Mohd Zain (Mudir)
Kekuatan kewangan MATRI bergantung pada sumbangan serta jariah para dermawan sama ada dalam dan luar negeri Perlis, disamping yuran tetap dari para pelajarnya. Prasarana MATRI pada peringkat awal hanya tcrdiri daripada satu blok sahaja iaitu lebih dikenali sebagai ‘surau’. Di bahagian bawah blok induk inilah terdapat kelas pembelajaran, maktabah (perpustakaan), bilik pejabat dan pentadbiran, bilik guru dan bilik pengetua (mudir). Di bahagian atas terdapat bilik darjah dan dewan solat. Pada tahun 1990, asrama putera dan puteri dibangunkan. Pada tahun 1994,prasarana MATRI bertambah dengan siapnya satu blok akademik 3 tingkat. Ditempatkan pada tingkat dua dan tiga blok ini dengan bilik darjah untuk tingkatan satu hingga lima. Tingkat pertama merupakan penempatan sementara pelajar putera.
Terdapat juga padang bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, sepak takraw dan meja pingpong untuk melatih pelajar-pelajarnya dalam pelbagai permainan. Juga terdapat sebuah kem latihan untuk badan beruniform, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan sebidang tanah untuk latihan berkebun serta sebuah bengkel Kemahiran Hidup.
Dengan izin Allah S.W.T. pada 26 Mac 1996, blok asrama puteri yang berhampiran dengan blok induk telah terbakar. Blok induk dapat diselamatkan. Untuk menampung permasalahan kekurangan penempatan pelajar pada tahun 1997 didirikan sebuah asrama tiga tingkat untuk pelajar putera dan pada tahun 1998 didirikan sebuah sebuah asrama empat tingkat untuk pelajar puteri. Kedua-dua blok asrama tersebut telah menelan perbelanjaan melebihi dari RM1 juta. Pada tahun 1990, lepasan pengajian Marhalah Khassah pertama (Tingkatan vi) telah melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan dan luar negara. Khususnya ke Universiti Madinah. Pada tahun 1993 pula MATRl membawa lembaran baru dengan kemasukan tingkatan 1 KBSM dan seterusnya hingga tahun 1995 mereka keluar dengan kelulusan SPM yang sulung
Satu lagi peristiwa baru di MATRI, iaitu pada tahun 1995,ialah Syahadahnya diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah, kini Universiti Al-Azhar pula mengiktirafnya.
2. PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN
“Sesungguhnya kami (ALLAH) telah memuliakan anak-anak Adam dan telah mengangkat mereka di daratan dan di lautan dan kami telah melebihkan mereka atas kebanyakan dari makhluk-makhluk lain yang kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”
(Surah Al-Isra’ :Ayat 70)
Hakikat penubuhan MATRI adalah untuk membawa pengajian yang melalui beberapa tahap, iaitu tahap hadhanah, tadika, sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas, Syahadah Marhalah khassah dan Diploma Pendidikan Tinggi, Insya Allah. MATRI terus mengembangkan sayapnya ke tengah kancah pendidikan negara dengan dasar pendidikan Islamnya yang berasaskan kepada program KBSM. Dengan kemudahan yang terhad MATRI dapat juga menempa beberapa kejayaan dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM serta dalam pelbagai bidang kurikulum dan kokurikulum.
Pihak pengasas MATRI menyedari bahawa sistem pendidikan kita masih kurang dapat menyediakan asas yang kukuh dalam pembentukan insan kamil seperti yang dicita-citakan. Kurikulum yang secara sedar atau tidak meletakkan materialisma dan sekularisma di tahap atas, seolah-olah tidak adanya hubungkaitnya antara mata pelajaran (seperti matematik, sains, kejuruteraan dll dengan paksi Islam) Ilmu-ilmu Islam yang wujud pula didapati kurang berkesan dari segi perlaksanaan ataupun penghayatan dalam kehidupan insani, lantaran kaburnya halatuju pendidikan kita dalam pembinaan sahsiah tahap tinggi.
Visi MATRI untuk melahirkan graduan yang luas dengan ilmu Islam di samping ‘ilmu-ilmu dunia’ yang dapat diserasikan dengan baik-tidak kelihatan perpisahan ilmu-ilmu ini dalam pembinaan sahsiah insani yang mantap. lni tepat dengan tuntutan pendidikan Islam seperti yang diimpikan.
Pihak MATRI terus sentiasa menyemak tuntutan semasa ini dan merumuskan objektif berasaskan seperti berikut :
- Memberi pendidikan Islam secara meluas dan teratur kepada pelajar-pelajarnya.
- Memberi pengetahuan Bahasa Arab hingga ke peringkat membolehkan pelajar-pelajar memahami kitab suci Al-Quran Al-Karim, As-Sunnah An-Nabawiyah dan kitab-kitab ilmu yang berbahasa Arab.
- Mendidik pelajar MATRI dengan didikan Islam yang sempurna dan menyeluruh melalui berbagai proses yang disediakan.
- Melahirkan Muslim dan Muslimah yang Multazim dan Muntazim dengan ajaran dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian mereka.
- Melahirkan para du'ah dan pemimpin-pemimpin Islam yang bersyaksiah Islamiyah dan berwibawa dalam bidang masing-masing disamping meneliti ilmu syara dan ilmu realiti yang luas.
- Mengujudkan Rakaiz Islamiyah sebagai dasar pembentukan masyarakat Islam dari masa ke semasa.
- Melaksanakan dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah S. W.T.
- Berhadapan dengan realiti hari ini setelah bertahun mengharungi proses pendidikan Islam, maka timbullah kesedaran untuk melahirkan barisan para pelajar yang faham, sedar, dan yakin dengan ajaran Allah SWT dan sebagai pewaris Nabi (ulama’). Maka tanggal 7 Zulhijjah 1407 bersamaan 2 Ogos 1987, Ma’had Al-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri, Perlis ditubuhkan dengan kemasukan yang generasi pertama ke peringkat Marhalah Khassah.

Sebahagian dari Staf bersama Ust.Dahalan (Mudir) duduk no.5 dari kanan.
3. AHLI LEMBAGA TADBIR MATRI
3.1 Majlis Penasihat ( Hingga 2002 )
1. Prof. Dr. Abu Azam Mohd Yassin
2. Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman
3. Prof. Madya Dr. Ismail Jusoh
4. Prof. Madya Dr. Abdul Yusoff Hassan
5. Prof. Madya Dr. Abdul Hakim Mohamad
3.2 Ahli jawatankuasa
Pengerusi :
Tuan Haji Yahya Ismail
Timbalan Pengerusi :
Ustaz Omar Haji Salleh
Setiausaha :
Encik Gazali Abdullah
Penolong Setiausaha:
Encik Nordin Ahmad
Bendahari:
Tuan Haji Abdul Kadir Mohd Noor
Ahli-Ahli"
Ustaz Abdul Karim Hashim
Ustaz Abdul Hadi Othman
Encik Tajul Rahim Ibrahim
Tuan Haji Nik Ramli Nik Rashid
Tuan Haji Wan Najmi Wan Salim
Dr. Ismail Nayan
Encik Taib Hassan
Tuan Syed Omar Syed Hussin
Encik Sazali Husin
(Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis )
3.3 Ex-Office
Mudir:
Ustaz Dahlan Mohd Zain
Timbalan Mudir:
Ustaz Omar Haji Salleh
Ketua Unit Pentadbiran:
Tuan Haji Mohd Abdah Zainal Abidin
Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar:
Ustaz Abdul Karim Hashim
Ketua Unit Kurikulum:
Tuan Haji Ghazali Omar
Ketua Unit KoKurikulum:
Tuan Haji Osman Arof
Ketua Unit Tugas-Tugas Khas:
Ustaz Abdul Hadi Othman
4. STATISTIK TERKINI MATRI
4.1 Bilangan Pelajar / Staf :
Bil. pelajar - 543 (L : 286, P : 257 )
Bil. Kelas - 17 ( Tingkatan 1-V )
- 2 ( Marhalah Khassah/ Ting. VI )
Bil. Tenaga Pengajar- 41 ( 22 berijazah/diploma )
Pembantu Tadbiran -12 orang (pejabat, kawasan, asrama)
4.2 Bangunan:
Blok Tadbiran - 1 ( blok induk terdapat pejabat, martabah, musalla, 4 bilik darjah, bilik guru, bilik mesyuarat dan bilik peperiksaan )
Blok Bilik Darjah - 1 bangunan 3 tingkat
Blok Asrama Putera - 1 bangunan 3 tingkat
Blok Asrama Puteri - 1 bangunan 4 tingkat
Blok Taski – 1
Blok Sekolah Rendah – 1
Blok Sementara - 1 menempatkan koperasi dan kantin.
4.3 Pengajian Tinggi:
Sejak tahun 1990, seramai lebih 200 pelajar lepasan MATRI berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti luar dan dalam negara.
Kategori pertama ini ialah ke universiti- universiti Al Azhar, Yarmouk, Al-Bayt, Mutah, Al-iman, Madinah dll.
Kategori keduanya ialah ke IPTA seperti Universiti Malaya, UPM, UIA, UUM, UiTM, KUSZA, Kolej Perguruan dan IPTS.
5. HARAPAN DAN CABARAN
MATRI terus mengorak langkah ke hadapan dalam menyediakan pendidikan Islam yang bermutu sesuai dengan tuntutan masa dan keadaan. Ia memenuhi citarasa para pelanggannya (ibubapa, masyarakat).
Pihak pengurusan MATRI mengharapkan beberapa pendekatan dapat terus dan akan dilaksanakan, Insya' Allah antaranya :
5.1 Menggalakan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, amal jamaie, rekreasi, motivasi, perkhemahan dan berkebun. Ini termasuklah aktiviti yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum / Sukan MATRI, pihak Jabatan Pendidikan Perlis, JAIPs. Pelajar MATRI setiap tahun mengambil bahagian dalam program Hari Pendidikan Islam JPPs, perbahasan, pembacaan puisi, kuiz dll.
5.2 Sedang mengusahakan kelas-kelas komputer agar para pelajarnya tidak ketinggalan dari segi teknologi maklumat atau IT.
5.3 Terus mengemaskan pengurusan Yayasan MATRI yang salah satu aktiviti pentingnya mengemaskinikan dana hasil sumbangan para dermawan dan pihak-pihak lain.
5.4 Terus mewujudkan silaturrahim sesama warga MATRI dan juga masyarakat sekitarnya. Musalla MATRI dibenarkan mengadakan solat Jumaat untuk masyarakat sekitar termasuk Taman Melati dan Kampung Tunjung yang berjauhan dari masjid. Aktiviti amal jamaie dan bina insan sesama warga MATRI diadakan setiap tahun ( kali terakhir pada bulan Okt.2000 di Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak disertai oleh 40 staf MATRI )
5.5 Giat menjalankan usaha bagi merealisasikan wujudnya Balai Islam yang canggih dan moden pada tapak yang telah disediakan. Ia bakal menjadi ‘landmark’ MATRI yang menempatkan pejabat, maktabah, dewan serbaguna dan musalla (yang kini berada di bangunan induk, didirikan pada tahun 1987 ) Bangunan induk ini akan disesuaikan untuk bilik-bilik darjah tambahan yang sangat-sangat diperlukan.
Insya Allah usaha-usaha murni ini diberkati Allah.
Wa Allahu'alam.
(Penulis kini adalah tenaga pengajar MATRI)
RUJUKAN
Majalah tahunan MATRI, 1997 - Jilid II
Fail dan Rekod MATRI (1987 - 2000)
Cenderamata Hari Ekspo Pendidikan MATRI 2000, Mei 2000
Temubual dengan Al Fadhil Ust. Hj. Dahalan b. Mohd Zain
Mudir
Aku akan ajarkan kepada kamu perkataan, sekiranya kamu
menuturnya akan dapat menghilangkan perasaan marah. Ucaplah :
“ Auzubillahhi minas syaithonirrjiem ”.
Telah hilang daripadanya perasaan marah.
(Bukhari dan Muslim)
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 12, 2000
