Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • HJH. MELOR BT. ISMAIL: TOKOH WANITA NEGERI PERLIS

    HJH. MELOR BT. ISMAIL
    TOKOH WANITA NEGERI PERLIS

    Oleh : ALWI SUDIN

    HJH. MELOR BT. ISMAIL ialah seorang tokoh wanita negeri Perlis. Namanya diambil berdasarkan nama kuntuman bunga yang menjadi kemegahan masyarakat desa. Hjh. Melor dilahirkan pada 5 Oktober 1922 dalam lingkungan keluarga petani di Kampung Paya, Perlis.

  • JAAFAR HASSAN Tokoh Pewaris Pembangunan Perlis

    JAAFAR HASSAN
    Tokoh Pewaris Pembangunan Perlis

    Oleh : OMAR YAACOB

    DATUK JAAFAR HASSAN (1925-1987) adalah anak jati negeri Perlis yang ditakdirkan menjadi Menteri Besar Perlis yang kelima dan yang keduanya selepas kemerdekaan. JAAFAR dilahirkan dalam keluarga yang hidup sederhana di Kampung Jarak mukim Bintong, Perlis pada 16 Mei 1925. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bintong dan setelah tamat persekolahannya, beliau menjadi guru pelatih dan bertugas di Sekolah Melayu Kayang dengan gaji bulanannya hanya enam ringgit sahaja. 

  • TOKOH PEMANTUN PERLIS

    TOKOH PEMANTUN PERLIS

    Oleh : MOKHTAR A.K 

    Sdr. Wan Khazim dilahirkan di Pengkalan Assam, Kangar, Perlis pada tahun 1933. Berpendidikan Sekolah Melayu Bintong, Sekolah Melayu Chuping dan kemudiannya ke Sekolah Arab Alawiyah, Arau hingga 3 Senawi. Terpaksa berhenti sekolah kerana menguruskan kerja-kerja di rumah, kerana bapanya telah ditangkap dan ditahan oleh Penjajah inggeis kerana menuntut kemerdekaan melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Allahyarham Dr. Burhanuddin. Bapanya ditahan selama 5 tahun. Beliau akhirnya berhijrah ke Singapura dan menyambung pelajaran ke ‘Reemin English School Singapore’ dalam aliran Inggeris. Ketika beliau di Singapura beliau banyak terlibat secara langsung dalam filem dan turut berlakon dalam 8 buah filem.

  • TOKOH PEMANTUN PERLIS

    TOKOH PEMANTUN PERLIS

    Oleh: MOKHTAR A.R.

    Sambungan daripada Bil. 12, 2000

    7.   Menjadi Pendakwah Di Perlis

    Sdr. Wan Khazim telah terlibat secara langsung sebagai Pendakwah di Perlis. Beliau sering memberi ceramah dalam aspek akidah, tauhid dan akhlak di masjid surau dan di Pusat Pengajian AI Islah di Mata Ayer.

  • Y.A.B. DATO’ HAJI ALI BIN AHMAD

    Y.A.B. TAN SRI DR. ABDUL HAMID BIN PAWANTEH, P.S.M., S.P.M.P.
    Menteri Besar Perlis Keenam

    Dr. Abdul Hamid bin Pawanteh, lahir pada 27 Julai 1944 di Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang, berkahwin dengan Elham Hamid bt. Abdullah dan dikurniakan lima orang anak: Tania, Farah, Natasya, Muhammad Sharif, dan Muhammad Jamal.

  • Y.A.B. DATO’ HAJI ALI BIN AHMAD

    Y.A.B. DATO’ HAJI ALI BIN AHMAD, AMP.,JP.,SPMP.
    Menteri Besar Perlis Keempat

    Ali bin Ahmad lahir di Behor Temak, Kangar, Perlis, berkahwin dengan Datin Som bt. Abd. Rahman dan dikurniakan lima orang anak. Beliau gemar bercucuk-tanam dan menetap di Alor Lanchang, Jejawi, Perlis.

  • Y.A.B. DATO’ HJ. JAAFAR BIN HASSAN

    Y.A.B. DATO’ HJ. JAAFAR BIN HASSAN, SPMP., DA. (Sarawak) PJK., JP.
    Menteri Besar Perlis Keempat

    Jaafar bin Hassan, lahir pada 16 Mei 1925 di Kampung Jarak, Bintong, Perlis. Beliau telah menjawat jawatan Menteri Besar Perlis yang ke-3 bermula 1 Januari 1972 hingga 31 Oktober 1981.

  • Y.A.B. DATO’ SERI SHAHIDAN KASSIM

    Y.A.B. DATO’ SERI SHAHIDAN KASSIM, SPMP, AMP.
    Menteri Besar Perlis ketujuh

    Y.A.B. Dato' Seri Shahidan Kassim dilahirkan di Tambun Tulang, Arau, Perlis pada 17 Jun 1951. Berkahwin dengan YABhg. Datin Seri Shamsiah bt. Md Yassin dan mempunyai 6 orang cahayamata.

  • Y.A.B. TAN SRI DATO’ SHEIKH AHMAD BIN MOHD. HASHIM

    Y.A.B. TAN SRI DATO’ SHEIKH AHMAD BIN MOHD. HASHIM, SPMP.,PMN.,PJK.,JP.
    Menteri Besar Perlis Ketiga

    Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim, lahir di Pulau Pinang pada 26 Disember 1896, menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perlis dari 28 Mei 1959 hingga 31 Disember 1971. Beliau berkahwin dengan Datin Putih bt. Mohd Hashim.

  • YM. RAJA HAJI AHMAD BIN RAJA ENDUT

    YM. RAJA HAJI AHMAD BIN RAJA ENDUT, OBE., PJK.
    Menteri Besar Perlis Pertama

    YM. Dato' Raja Haji Ahmad bin Raja Endut, lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 15 Jun 1892, pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perlis dari 1 Februari 1948 hingga 20 September 1954.