Accessibility Tools

YM. RAJA HAJI AHMAD BIN RAJA ENDUT

YM. RAJA HAJI AHMAD BIN RAJA ENDUT, OBE., PJK.
Menteri Besar Perlis Pertama

YM. Dato' Raja Haji Ahmad bin Raja Endut, lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 15 Jun 1892, pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perlis dari 1 Februari 1948 hingga 20 September 1954.

BUTIR-BUTIR PERSEKOLAHAN

Menerima pendidikan awal di sekolah melayu dan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

 

PERKHIDMATAN KERAJAAN

  1. Y.M. Dato' Raja Haji Ahmad merupakan Menteri Besar yang pertama setelah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. 
  2. Jawatan Menteri Besar ketika itu ditentukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan taraf atau kedudukannya adalah sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan sahaja.
  3. Y.M. Dato' Raja Haji Ahmad merupakan Menteri Besar yang pertama setelah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.
  4. Kerjayanya bermula pada tahun 1913 apabila beliau telah memasuki Perkhidmatan Kerajaan Melayu (MAS).
  5. Pada tahun 1932, telah dilantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Malaya (MCS).  Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Larut dan Matang.
  6. Beliau menjawat jawatan Menteri Besar Perlis bermula pada 1 Februari 1948 hingga 20 September 1954.

 

SUMBER ARTIKEL

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil.XVII, 2005