MENORA
Oleh : HAIZAL DAN HANNA HUSSAINI
MENORA berkembang di negeri-negeri yang menerima pengaruh Siam ataupun yang mempunyai komuniti Siam seperti Perlis, Kedah dan Kelantan. Kesenian ini telah menjadi begitu popular pada satu ketika dahulu bukan sahaja di kalangan orang-orang Thai malah telah juga diminati oleh masyarakat Melayu. Persembahan menora melib atkan lakonan, tarian, nyanyian, lawak jenaka dan permainan alat muzik. Masyarakat Thai di negeri Perlis telah mengamalkan kesenian ini sejak negeri ini belum lagi wujud dan masih menjadi salah sebuah wilayah Negeri Kedah.