ADAT BERKHATAN DI NEGERI PERLIS
Oleh: ABD. GHANI ON
SEPANJANG zaman yang lalu sehinggalah pada hari ini adat resam dan adat istiadat Melayu telah mengalami berbagai-bagai corak perubahan. Segala perubahan ini bukanlah diterima atau diamalkan dengan serentak oleh seluruh masyarakat Melayu bahkan di sesetengah tempat sesuatu perubahan itu diterima dan diamalkan dengan cepat oleh masyarakatnya. Manakala di tempat-tempat yang lain pula, penerimaannya terlalu lambat dan ada juga tempat-tempat yang sedikit benar menerima perubahan itu.
Sehingga bentuk, corak dan pelaksanaannya boleh dikatakan hampir menyerupai sifat yang asli. Maka kerana itulah kita dapati aturan adat resam orang Melayu mengenai sesuatu perkara itu sedikit sebanyaknya berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain.
Penyelidikan telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tebal dan kukuh dengan kepercayaan dan adat resam dalam melaksanakan sesuatu perkara seperti permainan-permainan asli, tarian-tarian dan berbagai-bagai lagi.
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menafikan bahawa banyak adat resam Melayu adalah tiruan adat resam agama Buddha atau Hindu iaitu agama yang mula-mula mem pengaruhi penduduk Gugusan Kepulauan Melayu ini. Adat resam ini masih dipakai dan diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu hingga kini.
Salah satu adat resam yang masih dikekalkan hingga kini ialah adat berkhatan atau bersunat. Sungguhpun pada masa sekarang adat tradisi ini agak kurang mendapat sambutan dan dilakukan secara besar-besaran seperti pada masa dahulu, tetapi ada juga segelintir masyarakat Melayu yang masih mengamalkannya.
Menurut salah seorang penduduk yang ditemui iaitu Ustaz Haji Abd. Khalil bin Haji Adnan dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat, Perlis, bila umur seseorang kanak-kanak lelaki berketurunan Melayu mencapai umur lebih kurang IO atau 12 tahun, kedua ibu bapanya akan menetapkan hari untuk mengadakan majlis berkhatan atau menyunat anak mereka itu. Pada kebiasaannya, ibu bapa yang mempunyai anak sebaya umurnya berpakat untuk menyunatkan anak-anak mereka serentak, kerana cara ini akan memeriahkan lagi majlis tersebut serta mendapat kerjasama dan memudahkan kerja bersunat dijalankan.

Ustaz Haji Abd. Khalil
Sewaktu diadakan upacara berkhatan, biasanya satu majlis kenduri di adakan pada hari itu juga iaitu pada sebelah pagi. Setelah selesai majlis kenduri tersebut, barulah dijalankan adat bersunat pula.
Terdapat di sesetengah tempat, adat istiadat yang lain turut diadakan pada masa majlis berkhatan itu berlangsung. Misalnya jika kanak kanak itu telah khatam membaca al-Quran maka majlis berkhatam al-Quran turut disertakan. Bila sampai harinya, pagi-pagi lagi kanak kanak lelaki yang hendak disunat itu dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indafi seperti pakaian pengantin. Mereka didudukkan di atas seb1dang tikar berhadapan dengan guru yang mengaJar al-Quran serta tetamu-tetamu yang hadir lalu membaca surah-surah tertentu di dalam al-Quran. Setelah selesai, kanak-kanak itu disuruh mencium tangan gurunya dan bersalaman dengan tetamu-tetamu. Serentak dengan itu jamuan pun diedarkan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Lazimnya bagi keluarga yang berada, mereka akan menghadiahkan sepersalinan lengkap kepada guru berkenaan.
Menurut Ustaz Haji Abd. Khalil lagi, ada di sesetengah tempat, kalaulah seseorang anak itu hendak disunatkan maka kepala kanak-kanak itu akan dicukur sehingga licin. Setengahnya pula akan disimpan jambul atau ekor yang panjang di kepala kanak-kanak itu dan akan dicukur pada hari bersunat tersebut. Dalam hal ini, menurut kepercayaan orang tua-tua, tujuan mereka berbuat demikian kerana hendak menurut perbuatan nenek moyang mereka yang terdahulu. Kalau tidak berbuat demikian maka kanak-kanak itu akan mendapat sakit atau sebagainya. Tetapi pada masa sekarang, perkara itu tidak wujud lagi.

Kanak-kanak ini berehat di tempat yang disediakan khas selepas disunatkan Encik Darus Hassan
Saya telah berkunjung ke rumah Mudim (gelaran tukang sunat) Encik Zakaria bin Ayub di Pekan Air Hitam, Kedah yang masih lagi menyumbangkan khidmatnya dan mewarisi tugas tersebut dari nenek moyangnya. Tetapi malangnya, saya tidak bertemu dengannya. Jadi saya hanya berkesempatan menemubual pembantu atau pengapit mudim Zakaria 1aitu Encik Darus bin Hassan di Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis. Menurut Encik Darus, peralatan yang digunakan oleh Tuk Mudim ialah :
- Pisau (sebilah pisau khas untuk menyunat)
- Penyepit (diperbuat daripada tandukJ m - Ubat luka
- Kain putih (untuk membalut)
- Kertas wau (untuk membalut)
- Benang (untuk mengikat)
Sementara peralatan yang perlu disediakan oleh kedua ibu bapa kanak-kanak yang hendak disunatkan itu ialah :
- Sirih pinang selengkapnya (di dalam piring atau tepak sirih)
- Sebiji buyung air
- Sebatang batang pisang 1v - Piring yang berisi abu
- Kain putih panjang lima hasta atau kain sarong yang tidak berjahit
- Duit sebanyak RM25.15 atau lebih (menurut kemampuan ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk bersedekah kepada mudim).
Apabila tiba masanya, kanak-kanak yang hendak disunatkan itu disuruh mandi sama ada di sungai atau di telaga sepuas-puasnya sehingga sejuk. Selepas itu barulah dimandikan dengan air di dalam buyung yang telah dijampi oleh Tuk Mudim. Akhirnya kanak-kanak itu akan diberi makan sekapur sirih bertujuan untuk memberangsangkan mereka.
Setelah itu, kanak-kanak tadi akan didukung atau diletakkan di atas bahu dan seterusnya dibawa naik ke rumah. Dalam hal ini, orang tua-tua atau dewasalah yang banyak memainkan peranan mereka.
Kanak-kanak itu akan didudukkan secara bercelapak di atas batang pisang yang telah disediakan. Piring yang berisi abu akan diletakkan di bawah kelangkang kanalc-kanak 1tu sebagai bekas untuk menahan darah. Tuk Mudim pun segera menyunatkan kanak-kanak tersebut. Sebaik sahaja selesai mencantas kulit di hujung kemafuan kanak-kanak itu, maka dengan cepat Tuk Mudirn membalut kemaluan yang telah disunatkan itu. Kanak-kanak itu akan dibawa ke tempat tidur yang disediakan khas untuk mereka. Mereka dilarang bergerak kerana takut darah akan keluar banyak atau sebagainya.
Selepas majlis berkhatan selesai, orang-orang kampung yang berjiran akan datang untuk meraikan kanak-kanak tesebut dan juga mengambil hati kedua ibu bapa kanak-kanak itu.
Sementara itu, kanak-kanak yang berkhatan tadi dikenakan beberapa pantang-larang bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa keburukan pada diri mereka sendiri. Di antara pantang-larang itu ialah sepert1jangan melangkah bendul kerana takut lambat baik, jangan minum air banyak nanti takut bengkak tali air dan sakit sewaktu hendak membuang air kecil, jangan melangkah tahi ayam takut nanti kemaluan itu akan menjadi busuk dan lambat baik dan sebagainya. Selain itu, kemaluan kanak kanak itu tidak boleh dilihat oleh orang perempuan kerana takut lambat sembuh dan pantang memakan makanan yang boleh menjadi nanah yang akan menyebabkan kemaluan itu lambat baik atau sembuh.
Tetapi pada masa sekarang, sedikit demi sedikit, diperhatikan dengan peredaran zaman serta pengaruh sains dan teknologi dari Barat, upacara berkhatan secara tradisi ini tidak lagi mendapat sambutan oleh kebanyakan orang Melayu, baik di bandar ataupun di kampung. lbu bapa pada hari ini lebih suka menyunatkan anak-anak mereka dengan cara yang lebih moden, mudah, ringkas, cepat sembuh dan jauh lebih selamat iaitu bersunat di hospital atau di klinik-klinik oleh doktor dan jururawat yang terlatih dan mahir.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN OLEH TUK MUDIM
i). Pisau
ii). Penyepit (daripada tanduk)
iii). Ubat Iuka
iv). Kain putih (untuk membalut)
v). Kertas wau (untuk membalut)
vi). Benang (untuk mengikat)
Rujukan
l. Adat Resam dan Adat lstiadat Melayu
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi, DBP, Kuala Lumpur, 1986.
2. Tahyul dan Kepercayaan Haji Mohtar Haji Md. Dom
Temuramah
I. Ustaz Haji Abd. Khalil bin Haji Adnan Kampung Bunga Emas, Simpang Empat, Per/is.
2. Encik Darus bin Hassan
Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 6, 1994
