PANTUN PERLIS
INDERA KAYANGAN 2
Susunan : WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)
Selain daripada Encik Wan Khazim bin Wan Din, terdapat beberapa orang lagi pemantun di negeri Perlis ini. Misalnya Encik Mahmud Wahid (Tokoh Awang Batil), Encik Hanafi Osman, Encik Ahmad Saad dan Puan Haton Abdullah (lihat : KURIK KUNDI MERAH SAGA, KUMPULAN PANTUN LISAN MELAYU DBP. 1990). Sekarang dipaparkan sebahagian lagi pantun-pantun yang sering bermain di mulut anak-anak Perlis hasil dari ciptaan pemantun-pemantun seperti yang tersebut di atas.