Accessibility Tools

TOKOH PEMANTUN PERLIS

TOKOH PEMANTUN PERLIS

Oleh : MOKHTAR A.K 

Sdr. Wan Khazim dilahirkan di Pengkalan Assam, Kangar, Perlis pada tahun 1933. Berpendidikan Sekolah Melayu Bintong, Sekolah Melayu Chuping dan kemudiannya ke Sekolah Arab Alawiyah, Arau hingga 3 Senawi. Terpaksa berhenti sekolah kerana menguruskan kerja-kerja di rumah, kerana bapanya telah ditangkap dan ditahan oleh Penjajah inggeis kerana menuntut kemerdekaan melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Allahyarham Dr. Burhanuddin. Bapanya ditahan selama 5 tahun. Beliau akhirnya berhijrah ke Singapura dan menyambung pelajaran ke ‘Reemin English School Singapore’ dalam aliran Inggeris. Ketika beliau di Singapura beliau banyak terlibat secara langsung dalam filem dan turut berlakon dalam 8 buah filem.

 

 

Beliau juga terlibat secara langsung dalam pelbagai seni kebudayaan. Antara bidang yang diceburi olehnya ialah berlakon, sekaligus menjadi bintang filem di Show Brothers Singapura, menjadi penyanyi, jaguh pantun peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan serta dinobatkan sebagai johan pantun peringkat Kebangsaan. Beliau juga ahli berpidato, penulis skrip drama dan bangsawan, penyair dan penari. Dalam lapangan bersilat pula, beliau adalah seorang Guru Silat. Beliau juga seorang Ketua Penerangan UMNO, AJK UMNO, AJK JKKK Kawasan Chuping, menjadi delegasi ke Singapura, Indonesia, Beijing, China. Beliau berkahwin dengan Aminah Bt. Yaakob, seorang guru dan memperoleh tiga orang anak; iaitu yang pertama Wan Khamizar, kini sebagai seorang Doktor Pakar Bedah di Hospital Besar Kangar, lulusan dari Universiti Belgium. Anak kedua, Wan Kharizal, kini sebagai Pegawai Eksekutif, bahagian Tenaga Manusia di CIMA, Chuping, Perlis. Beliau adalah lulusan Universiti di USA. Anak ketiga, Wan Khurifa Uti, masih menuntut di UiTM Shah Alam, Selangor.

Beliau mengakhiri karier hidupnya sebagai Pendakwah di Perlis sejak 1988 hingga sekarang. Beliau banyak membaca dan menghasilkan risalah dakwahnya dalam aspek Iman, Tauhid Dan Ibadat.

 

BIDANG AKTIVITI

1. Bahagian Perfileman (Dari tahun 1952 hingga 1957)

1.1.   Beliau telah berhijrah ke Singapura pada tahun 1952 dan berada di Singapura sehingga tahun 1957. Dalam tahun-tahun tersebut, beliau telah diterima masuk ke Show Brothers tanpa perlu melalui ‘screen test’. Filem-filem yang beliau turut berlakon adalah:

1.1.1. RIBUT

-Arahan Baskaran

-1955

1.1.2. ADIKKU

-Arahan Baskaran

-1954

1.1.3. KEADILAN ILLAHI

-Arahan Ramanathan

-1954

1.1.4. TAKDIR ILLAHI

-Arahan B.N. Rau

-1955

1.1.5. PENARIKBECA

-Arahan P. Ramlee

-1957

1.1.6. HANG TUAH

-Arahan Majundar

-1958

1.1.7. ANAKKU SAZALI

-Arahan Majundar

-1959

1.1.8. KUASA

-Arahan Majundar

-1965

 

Pada dekad 50-an, pengarah-pengarah filem terdiri daripada bukan Melayu, dan timbullah kesedaran dari kalangan artis-artis Melayu mencalonkan seniman Hj. Mahadi untuk mengarahkan filem ‘Permata Di Pelembahan’ sebagai langkah percubaan. Ternyata bahawa arahannya itu gagal.Untuk percubaan kedua, mereka menonjolkan

P.Ramlee untuk mengarahkan filem ‘Penarik Beca’. Mesyuarat bagi menentukan pengarah filem tersebut berlangsung di rumah P.Ramlee. Pada akhirnya filem ‘Penarik Beca’ merupakan filem anak Melayu pertama yang diketengahkan. Sdr. Wan Khazim adalah salah seorang pelakon yang terlibat bagi menjayakan filem tersebut. Akhirnya P.Ramlee mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan filem ‘Penarik Beca’.

Antara pelakon-pelakon di bawah bimbingan Wan Khazim yang berjaya diketengahkan ialah Jins Shamsuddin dan Zaiton. Seorang peserta baru, Saerah telah gagal.

 

2. Drama Pentas

Beliau banyak menghasilkan skrip-skrip drama pentas yang diarahkan sendiri.

Senarai skrip-skrip tersebut adalah seperti berikut :

2.1 Jiwa Putra Melayu

2.2 Putra Sasteria

2.3 Perempuan Semuanya

2.4 Doktor Pak Dukun

2.5 SiapaYang Bersalah

2.6 Takdir Menjelang Takbir

2.7 Lela Sasteria

2.8 Bacang Manis Lela Teruna

2.9 Bukit Chuping Gua Beringin (karya bersama Mokhtar A.K.)

 

3. Drama-drama karya orang lain diarahkan oleh Wan Khazim:

3.1. Degup Jantung- karya Usman Awang

3.2 . Gugurnya Seorang Pahlawan

- karya Usman Awang

3.3. Hilang Atau Terbilang

- karya Usman Awang

3.4. Rebus Macam Jagung

- karya Rahman Shaari

3.5. Panglima Indera Kayangan

-karya asal drama radio oleh Mokhtar A.K., diadaptasi ke drama pentas oleh Sdr. Wan Khazim dan Azizan Chin.

 

Dalam pertandingan drama yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Wan Khazim telah memenangi tujuh tahun berturut-turut tanpa kalah. Pertandingan tersebut diadakan pada dekad tujuh puluhan.

Drama ‘Takdir Menjelang Takbir’ telah dipentaskan di Panggung Kapital, Kangar sempena Hari Bekas Perajurit dan Pameran Angkatan Tentera yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Kangar.

 

4. Penghasilan Sajak

Selain dari bidang filem, drama, pantun, nyanyian, pidato, Sdr. Wan Khazim juga adalah seorang penyair. Antara sajak-sajak yang masih ada (tersimpan) ialah :

4.1. Gema Syahadah sajak ini dicipta sempena Hari Pahlawan Negeri Perlis pada 31.7.1971. Dibaca pada Hari Pahlawan tanggal 1972.

4.2.  Suara Dari Pusara

4.3.  Suara Dari Tugu

4.4.  Ibu Pertiwi

 

5. Nyanyian

Dalam tahun 1950 beliau telah menyertai orkes ‘Indera Kayangan Orkestra’ atau ringkasnya ‘IKO’. Antara pemain orkestra pada waktu itu ialah:

5.1. Yusof-Pemain Krinik

5.2. Amir-PemainTrompet

5.3. Eng Chan - Pemain Double Base

5.4. Dato Penghulu Mustaffa - Pemain Biola

5.5. Che Mat Yoh - Pemain Biola

5.6. Kamaruddin - Pemain ekudian

5.7. Ahmad - Pemain Drum

 

Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Wan Khazim ialah:

Seri Sarawak, Masmerah dan Damak

Beliau juga menyanyikan lagu-lagu asli yang lain. Boleh dikatakan semua lagu P.Ramlee dapat dinyanyikan dengan baik dan penuh emosi. Antara lagu moden yang sering dinyanyikan:

Semalam di Malaysia

Dewi Manja dan lagu-lagu nyanyian P.Ramlee.

 

Beliau pernah menyanyi dengan Orkestra Radio Malaya di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sempena menyambut Bulan Bahasa. Allahyarham bekas Perdana Menteri Tun Razak pernah menghadiahkan wang tunai RM 300.00 kepada Wan Khazim sebaik sahaja selesai menyanyi lagu ‘Dewi Manja’ dalam majlis berbalas pantun.

 

6. Pantun

 

Pertandingan Pantun antara Negeri Perlis dengan Selangor.Perlis diwakili Wan Khazim bin Wan Din dan Abdullah Ismail.
Pertandingan diadakan di DBP pada tahun 1963

 

Seni pantun atau ‘berpantun’ merupakan kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada Wan Khazim. Tidak hairanlah, beliau pernah di anugerahkan Johan pemantun di Peringkat Kebangsaan pada tahun 1966. Beliau telah terlibat secara langsung dalam Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun 1960-an dan 1970-an.

6.1. Minggu Bahasa : Syarahan dan Pantun Julai 1966 : Menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan dan mendapat Johan di Peringkat Negeri Perlis.

6.2. Bulan Bahasa : Mendapat Johan Pertandingan Bahas, Syarahan dan Pantun di Peringkat Negeri, serta mewakili Perlis dalam Peringkat Kebangsaan.

 

Peserta-peserta pilihan Pantun Bulan Bahasa Kebangsaan 1965
Foto ikhsan Mokhtar A.K

 

Sdr. Wan Khazim telah diisytiharkan sebagai pembahas Mclayu terbaik pada tahun 1965 dan Dr. How Boon Kiat daripada Kelantan diisytiharkan sebagai pescrta bukan Melayu terbaik. (Disertakan guntingan akhbar berfotostat keluaran Utusan Melayu tanggal 22 Ogos 1965). Tajuk bahas ialah ‘Isteri Yang Berpelajaran Mestilah Bekerja Daripada Menguruskan Rumahtangga’. Dr. How Boon Kiat sebagai ketua pasukan, dan Wan Khazim sebagai ketua pasukan, menentang tajuk tersebut dan memperolehi kemenangan dengan mendapat 388 mata berlawan dengan 373 yang diperolehi oleh pasukan Selangor.

1.1. Pernah mcndapat Naib Johan bahagian Syarahan di Peringkat Kebangsaan dan Johan di Peringkat negeri.

1.2. Diisytiharkan scbagai pcmantun tcrbaik di Peringkat Negeri dan Kebangsaan dalam tahun 1966

1.3. Regu pemantun Perlis yang sering menjadi wakil negeri Perlis ke Peringkat Kebangsaan ialah Wan Khazim b. Wan Din, Hanafi b. Abdullah (Pak Pi) dan Halimah bt. Hj. Hussin.

1.4. Atas nama peribadi/perseorangan, Wan Khazim telah diisytiharkan sebagai Pemantun Terbaik Malaysia pada tahun 1950-an dan 1960-an.

1.5. Beliau merupakan pemantun Perlis yang mencadangkan supaya 'Pertandingan Pantun' patut diadakan dalam Bulan Bahasa. Bcliau juga mengambil inisiatif bagi mangadakan pertandingan pantun sebagai aktiviti Bulan Bahasa serta diadakan di peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan. Cadangan Wan Khazim telah diterima pakai olch jawatankuasa peringkat negeri, dan beliau juga mcrupakan Ahli Jawatankuasa di Perlis.

Kawasan-kawasan daerah Pertandingan Bulan Bahasa di Perlis pada waktu itu adalah Mata Ayer, Kaki Bukit, Padang Besar, Beseri, Arau, Kangar, Kuala Pcrlis dan Simpang Empat.

 

Menang Peringkat Negeri Perlis ke tiga-tiga bahagian Syarahan, Bahas dan Pantun Tahun 1965

 

... sambungannya dikeluaran akan datang.

 

SUMBER ARTIKEL

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 12, 2000