MENORA
Oleh : HAIZAL DAN HANNA HUSSAINI
MENORA berkembang di negeri-negeri yang menerima pengaruh Siam ataupun yang mempunyai komuniti Siam seperti Perlis, Kedah dan Kelantan. Kesenian ini telah menjadi begitu popular pada satu ketika dahulu bukan sahaja di kalangan orang-orang Thai malah telah juga diminati oleh masyarakat Melayu. Persembahan menora melib atkan lakonan, tarian, nyanyian, lawak jenaka dan permainan alat muzik. Masyarakat Thai di negeri Perlis telah mengamalkan kesenian ini sejak negeri ini belum lagi wujud dan masih menjadi salah sebuah wilayah Negeri Kedah.

Mengikut kepercayaan orang-orang Thai menora telah lahir di Thailand sejak sebelum negara tersebut disatukan oleh Pya Taksin. Asal usul Menora adalah dari minat seorang puteri raja di Phattalung yang bernama Srimala terhadap tarian dan bunyi-bunyian. Puteri Srimala mempunyai minat yang mendalam terhadap apa sahaja jenis bunyi-bunyian seperti tepukan gendang, kayu ataupun tempurung dan apabila terdengar sahaja bunyi-bunyian tersebut beliau akan menari. Keadaan yang aneh ini menyebabkan Raja Phattalung merujuk kepada seorang tukang tilik yang dikenali sebagai hohra untuk mendapat penjelasan. Oleh kerana hohra mempunyai sifat iri hati terhadap kelebihan Puteri Srimala maka beliau telah mencadangkan kepada Raja Phattalung supaya Puteri Srimala dibuang ke sebuah pulau kerana mengikut hohra sekiranya Puteri Srimala masih berada di Phattalung, negeri tersebut akan ditimpa bala bencana.
Puteri Srimala mempunyai minat yang mendalam terhadap apa sahaja jenis bunyi-bunyian seperti tepukan gendang, kayu ataupun tempurung dan apabila terdengar sahaja bunyi-bunyian tersebut beliau akan menari. Keadaan yang aneh ini menyebabkan Raja Phattalung merujuk kepada seorang tukang tilik yang dikenali sebagai hohra untuk mendapat penjelasan.
Tanpa berfikir panjang dan demi keselamatan negeri dan rakyatnya Raja Phattalung telah menghanyutkan Puteri Srimala bersama empat orang pengikut yang mana dua daripada mereka bernama Ta Mo Thep dan Thep Shing Hon atas sebuah rakit Untuk menampung nafkah hidup dan kerana terlalu berminat terhadap tarian, Puteri Srimala dan pengikutnya telah menubuhkan kumpulan tarian dan lakonan. Kumpulan tarian dan lakonan ini telah dinamakan Menora. Cerita yang dipersembahkan oleh Kumpulan Menora adalah berunsurkan khayalan yang melibatkan dewa-dewa dan kayangan.
MENAMPUNG
Persembahan Menora ini kemudiannya telah mendapat sambutan dan diminati oleh masyarakat Thai di Phattalung. Puteri Srimala telah menjadi sangat popular dan akhirnya Kumpulan Menora yang dipimpin oleh beliau telah dijemput ke istana oleh Raja Phattalung untuk mengadakan persembahan. Hohra yang telah membohongi Raja Phattalung berasa malu dan berusaha dengan berbagai cara untuk membunuh Puteri Srimala.
Keadaan ini telah mendapat perhatian dari dewa-dewa yang berada di syurga dan mereka bertindak membunuh hohra dan pengikut-pengikut dengan petir sebelum niat mereka untuk membunuh Puteri Srimala berjaya dilaksanakan. Lantaran ini Puteri Srimala telah dapat kembali hidup di istana dengan aman dan sempurna bersama keluarganya. Mengikut kepercayaan orang-orang Thai petir akan terus berlaku apabila Menora dipersembahkan bagi memanah atau memusnah hantu dan makhluk yang jahat. Walaupun cerita kewujudan Menora ini merupakan metos yang sukar dipercayai tetapi sekurang-kurangnya ia telah dapat menjelaskan asal usul Menora kepada masyarakat Thai dan bagi orangorang yang meminati kesenian tersebut.
Jumlah anggota Kumpulan Menora yang kecil adalah antara 10 hingga 15 orang manakala Kumpulan Menora yang besar terdiri dari 25 hingga 30 orang ahli. Saiz Kumpulan Menora juga bergantung kepada keadaan sama ada kumpulan itu menetap ataupun bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan. Jumlah anggota Kumpulan Menora juga boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada tempat dan penonton di mana mereka membuat pertunjukan.
Bagi masyarakat Thai persembahan Menora bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi juga untuk upacara membayar niat dan pemujaan roh. Oleh itu persembahan Menora juga dilakukan bersama-sama upacara ritual tertentu oleh masyarakat Thai.
MENORA
Terdapat juga masyarakat Thai yang mengadakan persembahan Menora semasa majlis perkahwinan dan kematian. Kuil-kuil Buddha yang mengadakan aktiviti keagamaan biasanya juga menjemput Kumpulan Menora untuk membuat pertunju kan.
Menora biasanya dipersembahkan pada waktu siang dan berlarutan hingga tengah malam ataupun pagi. Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian dan lakonan ialah gendang besar (krong), sepasang gendang kecil (thap), sepasang buluh (krek), serunai, seruling, sepasang gong kecil (bong) dan sepasang alat dipanggil Ching. Penari utama ataupun Menora dihiasi dengan Shern (alat yang dipakai dikepala), ekor, tali pinggamg, gelang, dan kain berwarna-warni sebagai sayap kerana watak Menora ini adalah separuh manusia dan separuh burung. Manakala watak pemburu pula akan mengenakan topeng warna merah.
Antara cerita Menora yang popular dan selalu dipersembahkan ialah Nang Sip Song dan Phra Ampai Mani. Cerita-cerita yang dipersembahkan adalah berkisar di istana dan alam ghaib yang banyak menunjukkan unsur-unsur kesaktian. Banyak juga cerita Menora yang dipetik dari epik Hindu Ramayana.
Bagi upacara memuja roh Menora dimaur kan selama tiga hari tiga malam pada bulan 6 mengikut kalendar Thai. Yada akhir hari persembahan upacara menyeru roh akan diadakan. Kedatangan roh tersebut akan disambut dengan bacaan doa selamat dan jamuan. Rob yang dipuja biasanya ialah roh nenek moyang dan bagi ahli Menora atau bekas ahli Menora roh yang datang setelah dipuja dan diseru ialah roh Srimala, Ta Mo Thep dan Thep Shing Hon. Mengikut kepercayaan orang Thai bekas anggota Menora harus mengadakan persembahan Menora tiga atau enam tahun sekali.
Sekiranya persembahan Menora bagi tujuan pemujaan roh ini tidak dilakukan, orang yang terlibat akan mendapat penyakit. Untuk mengubati penyakit yang datang dari roh yang marah kerana tidak dibuat pemujaan bomoh akan menyuruh orang sakit mengadakan persembahan Menora di samping memberi ubat-ubatan yang lain.
Bagi pemujaan roh, di samping alat-atat yang biasa digunakan dalam persembahan Menora, benda-benda lain seperti ayam, dua kepala babi, kapar, sirih, lilin dan sebagainya diperlukan juga.
Dalam mana-mana persembahan Menora tiga watak penting yang harus ada ialah hero, heroin dan pelawak atau lebih dikenali sebagai phran. Mutu persembahan menora ditentukan dari beberapa aspek seperti Larian, nyanyian dan seni lakon. Pemegang watak tertentu, semasa mengadakan tarian perlu mahir menggunakan 12 langkah asas. Setiap langkah asas mempunyai nama tertentu dan antaranya ialah "labah-labah membuat sarang", "rahu mencapai bulan" dan "teratai separuh terbuka". Penari yang memegang watak tertentu harus juga pandai mengikut rentak muzik yang dimainkan serta nyanyian dan ucapan yang dilafazkan.
RENTAK
Bagi tujuan hiburan, persembahan Menora adalah berbentuk melodrama dan komedi. Bentuk persembahan akan diubah suai mengikut tujuan dan kehendak penonton. Sekarang Meuora telah diresapi dengan unsur-unsur modcn yang melibatkan dari segi perubahan dari segi pakaian, tema cerita dan permainan muzik. Walau bagaimanapun masih terdapat Kumpulan Menora yang tetap mempertahankan keasliannya semasa membuat persernbahan.
Di Negeri Perlis persembahan Menora diadakan di tempat-tempat yang didiami oleh orang-orang Thai seperti Jejawi, Utan Aji, Beseri, Guar Nangka, Kubang Tiga, Kok Klang, Panggas dan Behor Gelam. Selagi masyarakat Thai masih berpegang kepada kepercayaan dan budaya silam, maka Menora akan terus berkembang.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4, 1992
