Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • BUNGA EMAS – PERSEMBAHAN RAKYAT PERLIS UNTUK NEGARA SIAM

    BUNGA EMAS – PERSEMBAHAN RAKYAT PERLIS UNTUK NEGARA SIAM

    Oleh : OMAR YAACOB

    Sebagai sebuah negeri di bawah pertuanan Siam, Negeri Perlis dikehendaki mempersembahkan ufti bunga emas dan perak kepada Raja Besar Siam di Bangkok. Semenjak tahun 1843 (II 1259) mulailah dihantar bunga emas dan perak ke Bangkok. Ia dihantar tiap-tiap 3 tahun sekali. Setelah wujudnya Negeri Perlis di bawah naungan Kerajaan Siam, negeri ini telah mempersembahkan ufti bunga emas dan perak sebanyak 22 kali ke Kota Bangkok dan yang terakhir pada tahun 1909 dipersembahkan ke London.

  • MENORA

    MENORA

    Oleh : HAIZAL DAN HANNA HUSSAINI

    MENORA berkembang di negeri-negeri yang menerima pengaruh Siam ataupun yang mem­punyai komuniti Siam seperti Perlis, Kedah dan Kelantan. Kesenian ini telah menjadi begitu popular pada satu ketika dahulu bukan sahaja di kalangan orang-orang Thai malah telah juga diminati oleh masyarakat Melayu. Persembahan menora melib atkan lakonan, tarian, nyanyian, lawak jenaka dan permainan alat muzik. Masyarakat Thai di negeri Perlis telah mengamalkan keseni­an ini sejak negeri ini belum lagi wujud dan masih menjadi salah sebuah wilayah Negeri Kedah.

  • SONGKRAN MASIH JADI TERAS TRADISI MASYARAKAT SIAM DI PERLIS

    SONGKRAN MASIH JADI TERAS TRADISI MASYARAKAT SIAM DI PERLIS

    Oleh : ADNAN JAHAYA

    Setiap kali tiba 13 April, masyarakat keturunan Siam di Perlis tanpa mengira usia dan jantina akan dibasahi air pada pesta Songkran yang masih kekal menjadi teras tradisi masyarakat itu.