Y.A.B. DATO’ HAJI ALI BIN AHMAD, AMP.,JP.,SPMP.
Menteri Besar Perlis Keempat
Ali bin Ahmad lahir di Behor Temak, Kangar, Perlis, berkahwin dengan Datin Som bt. Abd. Rahman dan dikurniakan lima orang anak. Beliau gemar bercucuk-tanam dan menetap di Alor Lanchang, Jejawi, Perlis.
BUTIR-BUTIR PERSEKOLAHAN
- Peringkat rendah di Sekolah Melayu.
- Maktab Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak.
PERKHIDMATAN KERAJAAN
- Guru Penolong / Guru Besar.
- Ahli Dewan Negara (mulai 29/5/77 - 30/7/77).
- ADUN Kawasan Oran.
- Pilihanraya Tahun 1978 menang tanpa bertanding.
- Ahli EXCO (mulai 17/7/78 hingga 1981)
- Disamping menjadi Ahli EXCO dilantik menjadi Pemangku Menteri Besar pada 22/1/81 dan dilantik sepenuhnya menjadi Menteri Besar pada 1/11/81.
- Menang Pilihanraya 1982 bagi kawasan Oran dan dilantik semula menjadi Menteri Besar Perlis hingga 13/8/86.
KEGIATAN POLITIK
- AJK Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
- Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perlis.
- Ketua Badan Perhubungan UMNO Perlis.
- Ketua UMNO Bhg. Kangar, Perlis.
- Ketua Cawangan UMNO Behor Temak
- Parti UMNO dianggotai sejak Tahun 1946.
PERTUBUHAN SUKARELA
- Pengerusi Persatuan St. John Negeri Perlis.
- AJK Masjid Jejawi.
- Pengerusi Syarikat Kilang Padi Jejawi.
- Timb. Yang Di Pertua Persatuan Akademik Pendidikan Islam Negeri Perlis.
- Pengerusi Belia MAYC Negeri Perlis.
- YDP Persatuan Pengakap Negeri Perlis.
- Melibatkan diri dalam syarikat Pembangunan Daerah dan Syarikat Pembangunan Tanah.
- Penaung Koperasi Guru-Guru Negeri Perlis, Koperasi Perumahan Guru-Guru Negeri Perlis, Koperasi Gudang Guru Negeri Perlis, Koperasi Pegawai - pegawai Kerajaan Negeri Perlis.
BUTIR-BUTIR MENGENAI KURNIAAN
Pingat J.C. (1965), P.P.L. (1966), A.M.P. (1974), J.P. (1978), S.P.M.P. (1983)
LAWATAN RASMI KE LUAR NEGERI
Melawat ke Taiwan, Bangkok, Korea, Jepun, Hong Kong, Hadyai, Songkhla, Mesir, England (London), Istanbul, dan Makkah.
Telah kembali ke Rahmatullah pada 3/6/1992.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil.XVII, 2005
