Accessibility Tools

Y.A.B. TAN SRI DATO’ SHEIKH AHMAD BIN MOHD. HASHIM

Y.A.B. TAN SRI DATO’ SHEIKH AHMAD BIN MOHD. HASHIM, SPMP.,PMN.,PJK.,JP.
Menteri Besar Perlis Ketiga

Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim, lahir di Pulau Pinang pada 26 Disember 1896, menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perlis dari 28 Mei 1959 hingga 31 Disember 1971. Beliau berkahwin dengan Datin Putih bt. Mohd Hashim.

BUTIR-BUTIR PERSEKOLAHAN

Mendapat didikan asas Sekolah Melayu, Pulau Pinang dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

 

PERKHIDMATAN KERAJAAN

Mula berkhidmat sebagai Pegawai Rendah di Perlis, kemudian menjadi Pegawai Pentadbir Negeri Perlis.

 

KEGIATAN POLITIK

  1. Beliau telah menyertai anggota yang menentang Malayan Union, kemudian memasuki Persatuan Melayu Perlis dan memasuki UMNO setelah Persatuan Melayu Perlis dibubarkan.
  2. Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Kawasan Kuala Perlis dan Bintong.
  3. Dilantik menjadi Menteri Besar Perlis sejak Merdeka hingga Tahun 1971.
  4. Semasa menjadi Menteri Besar Perlis, dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
  5. Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan Ketua UMNO Bahagian Kangar.
  6. Selepas bersara, Allahyarham telah dilantik menjadi Duta Malaysia ke Saudi Arabia selama 3 tahun mulai 1.1.1972.

 

PERTUBUHAN BADAN SUKARELA

  1. Pengasas dan Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Menjadi Pengasas dan Pengerusi Koperasi Melayu Kebangsaan.
  3. Pengerusi Tabung Haji, Bank Rakyat, dan Kolej Islam Kelang.
  4. Pengasas dan Yang Di Pertua Lembaga Sekolah Menengah Derma.
  5. Pengasas Masjid Alwi Kangar.

 

BUTIR-BUTIR MENGENAI KURNIAAN

  1. Bintang-Bintang Kebesaran : SPMP., SMJK., PMN., PJK., JP.
  2. Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Canselor Universiti Malaya di atas jasa beliau menubuhkan Koperasi di Malaysia.

Telah kembali ke Rahmatullah pada Tahun 1982.

 

SUMBER ARTIKEL

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil.XVII, 2005