Accessibility Tools

Y.A.B. DATO’ HJ. JAAFAR BIN HASSAN

Y.A.B. DATO’ HJ. JAAFAR BIN HASSAN, SPMP., DA. (Sarawak) PJK., JP.
Menteri Besar Perlis Keempat

Jaafar bin Hassan, lahir pada 16 Mei 1925 di Kampung Jarak, Bintong, Perlis. Beliau telah menjawat jawatan Menteri Besar Perlis yang ke-3 bermula 1 Januari 1972 hingga 31 Oktober 1981.

Nama Isteri:

  1. CHE HATON BT OSMAN

         Tarikh Perkahwinan 1945

         Bilangan anak : 7 orang (Latifah, Zulkifli, Hasnah, Jamilah, Asiah,   Sabariah, Kamarudin)

      ii. WAN HALIMAH BT. CHE ABDULLAH

         Tarikh Perkahwinan : 1.5.1957

         Bilangan anak : 3 orang (Norjismah, Mariah, Jasmi)

 

BUTIR-BUTIR PERSEKOLAHAN

  1. Sekolah Melayu, Bintong.
  2. Maktab Penguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Maktab Pertanian Serdang, Selangor.
  3. L.C.E & S.C. (kelas malam persendirian)
  4. Memasuki Universiti Lincoln's Inn London,  Jurusan Undang-Undang.

 

PERKHIDMATAN KERAJAAN

  1. Menjadi Guru Pelatih.
  2. Penolong Penghulu di Mukim Kayang (1945) dan di Mukim Beseri hingga tahun 1961.
  3. Bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis, Pegawai Pentadbir Negeri Perlis (SCS).
  4. Menyertai Judicial And Legal Service.
  5. Menjadi Pengadil Litar Mahkamah Kangar.
  6. Menjadi Peguambela dan Peguamcara.
  7. Menjadi ADUN Sanglang.
  8. Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  9. Menjadi MB Perlis (ADUN Bintong).

 

KEGIATAN POLITIK

  1. Tahun 1945 Ahli Persatuan Melayu Perlis.
  2. Tahun 1946 Menyertai UMNO.
  3. Tahun 1964 Ketua UMNO Perlis.
  4. Tahun 1968 Ketua UMNO Bhg. Perlis Utara (Sekarang Bahagian Kangar).
  5. Menang Pilihanraya Kaw. Sanglang (1969)
  6. Menang Pilihanraya Kaw. Bintong (1974)
  7. Menang Pilihanraya Kaw. Bintong (1978)
  8. Pernah Menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi UMNO semasa Tunku menjadi Presiden dan semasa menjadi MB Perlis.

 

BUTIR-BUTIR MENGENAI KURNIAAN

SPMP., DA. (Sarawak) PJK., JP.

Telah kembali ke Rahmatullah pada 25/9/1987.

 

SUMBER ARTIKEL

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil.XVII, 2005