Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • SEJARAH KAMPUNG NESAM

    SEJARAH KAMPUNG NESAM

    Oleh: RAMLI ISMAIL

    Kampung Nesam, Bintong, terletak kira-kira lima kilometer di bandar Kangar. la merupakan sebuah kampung yang menyimpan banyak sejarah jika kita rajin mengkajinya. Menurut bekas wakil rakyat kawasan tersebut yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Kaya bakti Syed Omar bin Syed Hussain, 78, perkataan Nesam berasal dari perkataan Siam iaitu "Nai" dan "Sam".

  • SEJARAH KASTAM DI PERLIS

    SEJARAH KASTAM DI PERLIS

    Oleh: RAMLI ISMAIL

    Sejarah awal kewujudan aktiviti perkastaman secara tradisional di Perlis dipercayai bermula sejak abad ke 16 lagi. Menurut catatan buku sempena perasmian Kompleks Kastam Negeri Perlis, Jalan Kampung Pondok, Kangar, pada waktu itu Sultan Muzaffar Shah II yang memerintah Negeri Kedah antara tahun 1544 hingga 1602 telah menjadikan Kuala Perlis sebagai "pelabuhan" utama bagi Negeri Kedah.

  • SEJARAH PANGKALAN TEBING TINGGI

    SEJARAH PANGKALAN TEBING TINGGI

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    TEBING TINGGI yang terletak di kawasan Bintong, kira-kira empat kilometer dari bandar Kangar adalah merupakan satu kawasan yang memainkan peranan amat penting dalam urusan dagangan di Negeri Perlis suatu ketika dahulu.

  • SEJARAH PEMERINTAHAN TUANKU RAJA SYED ALWI JAMALULAIL

    SEJARAH PEMERINTAHAN TUANKU RAJA SYED ALWI JAMALULAIL

    Oleh: REJAB F.I.

    Syed Alwi Jamalullail Ibni Almarhum Syed Saffi  Jamalullail, raja negeri perlis yang keempat, dilahirkan pada 12 Jamadil Awal 1298 bersamaan bulan April 1881, dan bersekolah di St. Xavier Institution, Pulau Pinang. Bonda baginda berketurunan Siam dari Istana Bangkok (memeluk agama Islam) diberi nama Wan Saadiah.

  • SEJARAH PEMERINTAHAN TUANKU SYED AHMAD JAMALULLAIL Raja Negeri Perlis Yang Ke-2

    SEJARAH PEMERINTAHAN TUANKU SYED AHMAD JAMALULLAIL Raja Negeri Perlis Yang Ke-2

    Oleh: REJAB F.I.

    SYED AHMAD JAMALULLAIL Ibni Almarhum Syed Hussain Jamalullail, raja Negeri Perlis yang kedua, ditabalkan menjadi raja oleh Raja Siam Chulalongkorn (Rama ke -V) di Bangkok pada 12 Muharam 1291, bersamaan awal bulan Mac 1874, selepas kemangkatan ayahanda baginda Tuanku Raja Syed Hussain Jamalullail pada bulan Disember 1873.

  • SEJARAH PENEROKAAN LADANG TEBU DI PERLIS

    SEJARAH PENEROKAAN LADANG TEBU DI PERLIS

    Oleh : SHUKOR BIN MAT

    Ladang tebu di Chuping Perlis terkenal dengan air minumnya yang sedap dan rasa puas apabila diminum. Pada peringkat awal penerokaannya ramai orang dari dalam dan luar Perlis yang pergi ke ladang tersebut semata-mata untuk mengambil air minumannya. Sekarang rasa air itu tidak lagi sedap seperti dahulu, mungkin faktor penggunaan racun dan penebangan pokok-pokok besar yang mengakibatkan penapis  air asal musnah.

  • SEJARAH PENGAKAP DI NEGERI PERLIS

    SEJARAH PENGAKAP DI NEGERI PERLIS

    Oleh: RAMLI ISMAIL

    PERGERAKAN Pengakap Negeri Perlis adalah merupakan badan beruniform yang tertua di wu­ judkan di Negeri Perlis. la diasaskan pada tahun 1928 dengan galakan Penasihat British di Perlis ketika itu, P.S. William. Ketua Pengakap Negeri Perlis yang pertama bernama Encik Mahmud, bertugas sebagai Ketua Penjara Negeri Perlis. Ahli asas ketika itu hanya seramai 20 orang dalam dua pasukan terdiri daripada murid-murid Sekolah Melayu Kangar. Dua murid sekolah berkenaan terdiri daripada Abdul Ghani dan Che Noh Itam telah dilantik menjadi Ketua Pengakap di sekolah tersebut.

  • SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD ( SMKDSA )

    SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN
    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD ( SMKDSA )

    Oleh : SHUKOR BIN MAT

    Di Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad (SMKDSA) telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Menengah Rancangan Khas, bersama-sama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan.

  • Sejarah Penubuhan UMNO Perlis Hingga Merdeka

    Sejarah Penubuhan UMNO Perlis Hingga Merdeka

    Oleh : MUHAMMAD BIN HARUN

    Malayan Union menyebabkan orang Melayu mula bersatu padu. Kalau sebelumnya tidak ada kesedaran ke arah mengadakan pertubuhan maka kedatangan Malayan Union menggerakkan orang Melayu bersatu padu dan menubuhkan persatuan. Maka pada masa itu, tertubuhlah persatuan-persatuan Melayu di tiap-tiap negeri untuk menjaga kepentingan mereka. Di negeri Perlis, sebuah pertubuhan dinamakan "Persatuan Melayu Perlis" ditubuhkan.

  • SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SYED SAFFI SIMPANG EMPAT, PERLIS

    SEJARAH
    SEKOLAH MENENGAH SYED SAFFI
    Simpang Empat, Perlis

    Oleh : NASIR ALI

    Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang: begitu bunyi pepatah Melayu. Namun, tiadalah sekarang, kalau tiada masa lalu. Begitulah dengan Sekolah Menengah Syed Saffi, Simpang Empat, Perlis.

  • SEJARAH STADIUM DATO' SHEIKH AHMAD

    SEJARAH STADIUM DATO' SHEIKH AHMAD

    Nukilan : RAMLI ISMAIL

    Stadium Dato' Sheikh Ahmad, Kangar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia terletak di Jalan Kolam di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar. Kewujudannya adalah untuk mengganti Padang Bandaran tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutama pertandingan bola sepak.

  • SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI KAYANG, PERLIS

    SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI KAYANG, PERLIS

    Sedetik masa berlalu bererti terciptalah satu sejarah dalam denyut nadi kehidupan manusia serta ketamadunannya

  • SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN, PERLIS

    SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN, PERLIS

    Oleh : NASIR ALI

    MASA BERLALU PANTAS meninggalkan sejarah yang terungkap dalam kenangan. Bagi mereka yang melalui saat itu dapat merakamkan berbagai kenangan. Begitu juga Bandar Kangar yang dahulunya hanya terdiri dari beberapa bangunan penting sahaja kini sudah berubah wajah. Sama juga dengan bangunan Sekolah Kebangsaan Kangar (L) yang kini sudah tiada lagi dibelakang Pejabat Pos Kangar, di tapak bangunan Jabatan Pendidikan sekarang.

  • SIRI PENGKISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS KALI KEDUA 1993 "ZAMAN JEPUN DI PERLIS" (Kertas Kerja 1)

    SIRI PENGKISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS KALI KEDUA 1993 "ZAMAN JEPUN DI PERLIS" (Kertas Kerja 1)

    Oleh- WAN AHMAD CHE ABDULLAH)

    Pagi ini saya akan bercakap secara umum kisah "Zaman Jepun di Negeri Perlis" dan beberapa orang sahabat saya, yang sama-sama berada di Negeri Perlis pada zaman ini, dan turnt hadir di majlis ini, akan mengulas dan menceritakan pengalaman mereka mengenai perkara-perkara yang akan saya sentuh nanti.

  • SIRI PENGKISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS KALI KEDUA 1993 "ZAMAN JEPUN DI PERLIS" Kertas Kerja II (Pendidikan) 

    SIRI PENGKISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS KALI KEDUA 1993 "ZAMAN JEPUN DI PERLIS" Kertas Kerja II (Pendidikan) 

    Oleh- ENCIK WAN DIN CHE MAT

    1. PENDAHULUAN - Satu perkara yang perlu difahami mengenai tajuk rencana ini ialah bahawa negeri pada zaman itu terletak di bawah pemerintahan tentera. Dalam semua aspek pentadbiran adalah pentadbiran tentera. Demikian juga dengan pendidikan yang akan dibicarakan di bawah ini.

  • SISTEM PENTADBIRAN PENGHULU DI PERLIS SUATU LINTASAN SEJARAH (untuk masa pentadbiran 1895-1945)

    SISTEM PENTADBIRAN PENGHULU DI PERLIS SUATU LINTASAN SEJARAH
    (untuk masa pentadbiran 1895-1945)

    Oleh: MOKHTAR AK.

    PADA tahun 1895 hingga 1945 negeri Perlis yang dikenali sebagai nama Indera Kayangan memperlihatkan betapa pengaruhnya peranan dan kuasa mutlak seseorang Penghulu dalam segala pentadbiran.

  • TERUSAN TERTUA DI SEMENANJUNG

    TERUSAN TERTUA DI SEMENANJUNG

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Sungai atau terusan memainkan peranan penting dalam masyarakat di negara ini sejak beratus tahun dahulu. Ketiadaan teknologi moden untuk membina jalan perhubungan, menyebabkan sungai atau terusan berfungsi sebagai jalan perhubungan pada masa itu.

  • WANG KELIAN

    WANG KELIAN

    Oleh: ALWI SUDIN

    Wang Kelian sebuah perkampungan Melayu terletak paling ke utara di negeri Perlis malah di Semenanjung Malaysia. Wang Kelian yang bersempadankan negara Thai di utara dilingkungi banjaran bukit-bukau keseluruhannya. Justeru lokasinya sedemikian, maka perkampungan ini begitu terasing, lambat membangun dan tidak banyak diresapi pengaruh luar. Selain dari Wang Kelian dalam Wang ini terdapat Wang Burma dan Wang Tangga. Wang Burma terletak berhampiran dengan Pos Imigresen Wang Kelian, Kerajaan negeri Perlis telah mengisytiharkan Wang Burma sebagai sebahagian dari 'Taman Negeri' dan di jajaran Bukit Wang Burma terdapat kawasan perkelahan dan terowong-terowong gua yang menarik.

Page 3 of 3