SIRI PENGKISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS KALI KEDUA 1993 "ZAMAN JEPUN DI PERLIS" (Kertas Kerja 1)
Oleh- WAN AHMAD CHE ABDULLAH)
Pagi ini saya akan bercakap secara umum kisah "Zaman Jepun di Negeri Perlis" dan beberapa orang sahabat saya, yang sama-sama berada di Negeri Perlis pada zaman ini, dan turnt hadir di majlis ini, akan mengulas dan menceritakan pengalaman mereka mengenai perkara-perkara yang akan saya sentuh nanti.
- PEPERANGAN BERMULA - Serangan Tentera Udara Jepun ke alas Pearl Harbour pada 8 Disember, 1943 dan pengisytiharan perang oleh British dan Amerika ke atas Jepun tidak memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Perlis pada amnya pada waktu itu. Pejabat, sekolah dan kedai masih terns dibuka pada hari itu dan juga pada pagi esoknya.
- JAMBATAN KANGAR DILETUPKAN - Pemusnahan atau letupan jambatan yang menyambung Jalan Besar dengan Jalan Raja Syed Alwi di Kangar oleh tentera British pada lewat pagi 9 Disember, 1941 diikuti dengan tindakan bernndur meninggalkan Negeri Perlis oleh Baginda Raja Syed Alwi, Penasihat British dan beberapa orang pegawai luar yang berkhidmat di Negeri Perlis. Pada esok harinya ia membimbangkan ketua pejabat dan pegawai tempatan yang tinggal itu. Bertambah-tambah lagi apabila mereka dapat tahu bahawa wang yang ada dalam Perbendaharaan Negeri telah dibawa oleh Penasihat British. Pejabat Kerajaan pada hari itu lengang dan tidak bekerja. Ketua ketua pejabat mula mencari tempat yang selamat untuk perlindungan keluarga mereka.
- PUNJAB REJIMEN BERUNDUR - Pasukan tentera yang terdiri dari Rejimen Punjab yang ditempatkan di Mata Ayer bernndur meninggalkan kem mereka. Perlis tidak ada lagi sebarang pertahanan.
- TENTERA JEPUN MASUK - Kemasukan tentera Jepun ke Negeri Perlis melalui Padang Besar pada 12 Disember, 1941 memberi berbagai reaksi kepada penduduk Negeri Perlis pada masa itu. Ada yang 'curious' dan ingin tahu dan hendak melihat sendiri akan bala tentera Jepun dari dekat. Penduduk pada amnya tidak dapat gambarkan apa yang akan berlaku. Askar-askar Jepun masuk dengan berjalan kaki. Perhubungan dengan Padang Besar pada masa itu hanyalah dengan kereta api, tidak ada jalan raya ke Padang Besar. Dalam perjalanan mereka, tentera Jepun itu akan mengambil apa sahaja kenderaan - basikal atau motokar - jika mereka perlukan untuk menernskan kemaraan mereka. Dalam kemaraan mereka itu banyak juga motokar yang diambil oleh tentera Jepun. Tuan punya motokar bernasib baik jika dia boleh dapat motokar ganti, iaitu motokar yang ditinggalkan mereka kerana rosak atau kehabisan minyak. Motokar ayah saya, yang masih barn diambil dan dapat gantian dengan kereta yang lebih tua umurnya. Dia juga diberi surat akuan menggunakan kereta yang digantikannya itu. Tidak ada pertempuran di bumi Perlis.
- ZAMAN JEPUN - Untuk mengikuti cerita atau kisah yang berlaku pada zaman Jepun dan tahun yang berikutnya (tahun 1941 hingga 1945) iaitu tempoh masa lebih kurang setengah abad yang lalu, kenalah pihak generasi muda pada masa ini mendapat gambaran keadaan Negeri Perlis 50 tahun - iaitu sebelum Jepun masuk. Generasi muda hari ini hendaklah pejamkan mata dan tutupkan pandangan dan gambaran Bandar Kangar sebagaimana yang kita semua lihat pada hari ini. Bandar Kangar sekarang jauh lebih besar dan indah berbanding dengan Pekan Kangar pada zaman itu. Jalan yang bertar yang panjang adalah dari Panggung Wayang Lama (Panggung Empire) ke Simpang Tiga. Dari Simpang Tiga pergi ke Kaki Bukit dan dari Simpang Tiga juga ke Jelempok sempadan dengan Kedah. Jalan Penjara yang ada ini hanya setakat depan Bangunan ini sahaja yang bertar. Jalan Raja Syed Alwi pada masa itu masih jalan tanah. Jalan Behor Temak pada masa itu masih jalan kampung. Minyak tanah digunakan untuk lampu lampu jalan. Kuasa elektrik masuk ke Kangar pada masa zaman Jepun apabila pemerintah membina sebuah janakuasa di tempat di mana Pejabat Tenaga Nasional ada sekarang. Bekalannya terhad, walau bagaimanapun itulah sejarah kemasukan bekalan elektrik untuk kegunaan awam. Lot-lot tanah yang kosong begitu banyak antara deretan kedai di Jalan Kangar. Di kawasan Medan Syed Alwi pada masa itu terdapat Sekolah Perempuan dan beberapa buah bangunan rumah pegawai-pegawai kerajaan. Di Medan Dato Jaafar dahulu terdiri berek anggota Polis. Tidak ada bank di Negeri Perlis pada masa itu. Di tempat di mana sekarang dijadikan tapak penjaja (berhampiran lbu Pejabat Polis Trafik) ialah Bangunan Mahkamah (Mahkamah Besar dan Mahkamah Kecil). Pada zaman sebelum perang, peguam tidak dibenarkan ke mahkamah bagi mewakili pihak yang mendakwa atau yang didakwa. Itulah gambaran sepintas lalu Pekan Kangar pada masa itu.
- PENGANGKUTAN ZAMAN JEPUN - Pengangkutan awam di Pekan Kangar selepas perang terdiri dari beberapa buah bas yang lama - bukan besar seperti sekarang naik ikut pintu belakang tempai duduknya daripada bangku kayu. Bas, pada zaman itu menggunakan wap daripada bakaran arang. Basikal dan beca roda tiga banyak digunakan oleh orang ramai. Pegawai-pegawai kerajaan yang sebelumnya perang menggunakan motokar untuk ke pejabat, tidak lagi dapat menikmati kemudahan itu. Mereka sama ada menggunakan basikal atau roda tiga. Baginda Raja - pada masa itu Tuan Syed Hamzah Jamalulail sendiri menaiki beca roda tiga dari Arau ke pejabat di Kangar.
- KERETA API - Kereta api pada masa itu menggunakan wap dan membawa barang barang dari Siam (sekarang Thailand) ke Selatan dan ke Singapura. Ada juga orang orang Perlis yang menggunakan kereta api untuk membawa barang jualan mereka ke Selatan hingga ke Singapura.
- PENGANGKUTAN LAUT - Pengangkutan laut dari Kuala Perlis ke Sungai Baru dan Kuala Sanglang ialah dengan perahu yang menggunakan layar atau berdayung. Bagi perjalanan dari Pekan Kangar ke Pulau Pinang ialah tongkang Cina yang masuk atau keluar mengikut waktu air pasang. Tongkang-tongkang itu akan berlabuh di dalam Sungai Perlis di kawasan di mana sekarang terdapat titi kecil ke Pasar Besar Kangar.
- PERUSAHAAN DOBI - Bahan pencuci kain baju terhad bekalannya. Bagi pengusaha kedai dobi, mereka terpaksalah mencari jalan membuat barang menggantikan sabun dan soda.
- MINYAK - Pada zaman Jepun bekalan minyak tanah sangat kurang dan pada akhir akhirnya tidak dapat dibeli oleh orang ramai. Dalam keadaan begitu berbagai ikhtiar untuk mendapat bahan lain sebagai gantian minyak tanah. Untuk menerangi ruang rumah
- ada yang mengguna minyak kelapa dan yang istimewa sekaii minyak daripada biji getah. Menyebut tentang getah berbagai barang pada zamanJepun dihasilkan daripada getah. Tayar untuk basikal dan kasut daripada getah keping, umpamanya. - MAKLUMAT DAN BERITA- Tidak ada radio apatah lagi television pada zaman Jepun. Surat khabar yang diketahui yang dikeluarkan di luar Negeri Perlis tidak sampai ke tangan mereka yang suka membaca. Orang ramai tahu tentang apa yang berlaku di hadapan matanya atau yang diceritakan kepadanya oleh kawan-kawan. Pernah pada satu tahun kerana sukarnya mendapat maklumat maka masyarakat Islam menjadi keliru tentang tarikh hari raya.
- KEMUDAHAN RAWATAN - Pada zaman Jepun tidak ada klinik perubatan swasta. Bagi orang sakit yang memerlukan rawatan, pilihan sama ada hospital, kedai ubat Cina atau bomoh (sebut berkenaan bomoh, ada bomoh Melayu dan ada bomoh Siam). Di hospital ada hanya seorang doktor. Dialah doktor, dialah pakar bedah, dialah ahli farmasi dan dialah juga pegawai kesihatan.
- WABAK TAUN - Wabak taun yang melanda Kuala Perlis pada zaman Jepun meragut banyak nyawa. Orang-orang di Pekan Kangar takut hendak pergi ke Kuala Perlis. Mereka begitu takut hendak makan ikan.
- PEJABAT KERAJAAN -Undang-undang yang digunakan sebelum perang, terns dipakai masa penaklukan Jepun. Pejabat-pejabat yang banyak mengutip hasil untuk kerajaan ialah Pejabat Tanah dan Pejabat Kastam. lbu Pejabat Kastam bertempat di Kangar. Ada pula pejabat luar Kastam di Arau, Padang Besar, Kaki Bukit, Kuala Perlis, Sungai Baru dan Kuala Sanglang. Pejabat-pejabat luar itu dianggotai oleh kerani dan pegawai luar yang dipanggil Chinteng. Pejabat Kastam, selain mengutip hasil dan cukai, juga turut menjual candu. Penghisap-penghisap yang berdaftar sahaja boleh membeli candu. Seseorang itu mestilah menjalani pemeriksaan doktor dan diakui perlu baginya menghisap candu. Kebanyakannya sudah tua umumya. Dia akan diberi buku belian (seperti buku simpanan bank), yang ditulis nama dan gambarnya, berapa banyak dibenar membeli dan berapa lama sekali. Berat candu itu dikira dengan Hoon. Harga candu adalah ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Candu-candu itu datangnya dari Siam (Thailand).
- CADANGAN AMPANGAN DI KAKI BUKIT - Pentadbiran Jepun ada mencadangkan hendak membina sebuah ampangan di Kaki Bukit iaitu di kawasan di hadapan lubang keluar Gua Kelam. Pada satu pagi kakitangan pejabat kerajaan di Kangar termasuk saya telah dikerah menaiki lori-lori yang disediakan. Kami dibawa ke Kaki Bukit untuk mendengar ucapan Gabenor Jepun yang datang dari Alor Setar serta menyaksikan upacara meletak papan tanda tapak ampangan yang dicadangkan. Rancangan itu tinggal begitu sahaja dan tidak ada sebarang tindakan susulan. Selepas tamat perang, saya bertanya kepada dua orang pegawai kanan Pejabat Tanah zaman Jepun yang turut hadir pada hari letak papan tanda itu tentang rancangan tersebut. Masalahnya ialah untuk memindahkan penduduk Kampung Wan Kelian dan pihak pentadbiran pihak Jepun mendapati tempat itu tidak sesuai mengikut pandangan tukang tilik mereka.
- DI BAWAH PEMERINTAHAN SIAM - Siam mengambil alih pentadbiran dari Jepun pada bulan Oktober,1943. Pejabat-pejabat kerajaan berjalan seperti biasa dan tidak ada perubahan atau pindaan undang-undang. Wang keluaran pentadbiran Jepun terus digunakan. Tempat hiburan di Kangar menjadi tumpuan golongan muda dan mereka yang sukakan keseronokan. Judi dan permainan nasib menjadi tarikan.
- JEPUN KALAH -Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dibom oleh Tentera Udara Amerika pada 14 Ogos,1945. Tentera British tidak masuk atau mendarat di Semenanjung Tanah Melayu dengan sertamerta. Pasukan tentera British yang terdiri daripada Gurkha Rifles tiba di Perlis pada bulan September, 1945. Dalam tempoh antara kekalahan Jepun dan ketibaan tentera British, pasukan MPAJA (dikenali sebagai Bintang 3 kerana lambang pada topi pasukan itu) telah keluar dari pangkalan mereka dan masuk ke Pekan Kangar. Pasukan ini di bawah perintah seorang pegawai bangsa Cina dan berpakaian seragam dengan dilengkapi senjata automatik yang dibekalkan oleh South East Asia Command. Pasukan ini mengawal di tempat-tempat yang strategik dan juga di pintu masuk ke Pejabat Kerajaan. Markas pasukan itu ialah di Bangunan Kwangtung Kong Hoay di Jalan Kangar. Pada pagi hari pasukan itu tiba di Kangar, saya telah dinasihati supaya pulang ke rumah di Simpang Tiga. Dalam perjalanan pulang, saya buat kali pertama melihat anggota-anggota MPAJA beruniform dan lengkap dengan senjata. Saya melihat mereka itu tenang dan berdisiplin walaupun berhadapan dengan tentera Jepun yang masih ada di Pekan Kangar dengan keadaan bersiap sedia untuk bertempur. Sepanjang masa pasukan MPAJA itu berada di Pekan Kangar, saya tidak pernah melihat mereka mengganas atau membuat kacau-bilau. Saya juga tidak pemah mendengar sebarang cerita buruk berkenaan mereka. Kes seorang Imam di Kangar yang telah dibawa ke balai polis tidak ada kena mengena dengan pasukan MPAJA atau anggota-anggotanya. Orang-orang yang terlibat adalah terdiri daripada penduduk tempatan. Berhubung dengan perkara penculikan seorang bekas mata-mata di Alor Tampang, Beseri, ia juga membabitkan orang awam. Kes penculikan itu berakhir dengan tertangkapnya seorang keturunan Cina. Dia telah didakwa di Mahkamah Majistret di Kangar dan satu Preliminary Enquiry atau Siasatan Awal telah diadakan. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Alor Setar. Pada masa itu saya bekerja sebagai kerani kes di Mahkamah Kangar. Bagi sesiapa yang berminat hendak membuat kajian bolehlah cuba menghubungi Mahkamah Tinggi Alor Setar. Pembicaraan telah diadakan dalam tahun 1946 atau awal 1947.
- PENUTUP - Akhir kata, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Arkib Negara Malaysia dan Perbadanan Awam Negeri Perlis kerana menjemput saya untuk memberi ceramah pada hari ini. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu :
- Tuan Haji Mohd. Zain Tan Sri Sheikh Ahmad
- Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman
- Encik Abdullah bin Haji Mohd. Akhir
- Ku Yot bin Ku Jasin
- Tuan Haji Hashim bin Haji Ahmad Adam
- Encik Yeow Chow Thien
- Encik Lee Hong Guan
yang sudi turut sama untuk mengulas dan menceritakan pengalaman mereka atas perkara-perkara yang saya telah sentuh dalam ceramah ringkas saya. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang sudi melapangkan masa mendengar ceramah ringkas ini, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 6, 1994
