Accessibility Tools

SEJARAH PENGAKAP DI NEGERI PERLIS

SEJARAH PENGAKAP DI NEGERI PERLIS

Oleh: RAMLI ISMAIL

PERGERAKAN Pengakap Negeri Perlis adalah merupakan badan beruniform yang tertua di wu­ judkan di Negeri Perlis. la diasaskan pada tahun 1928 dengan galakan Penasihat British di Perlis ketika itu, P.S. William. Ketua Pengakap Negeri Perlis yang pertama bernama Encik Mahmud, bertugas sebagai Ketua Penjara Negeri Perlis. Ahli asas ketika itu hanya seramai 20 orang dalam dua pasukan terdiri daripada murid-murid Sekolah Melayu Kangar. Dua murid sekolah berkenaan terdiri daripada Abdul Ghani dan Che Noh Itam telah dilantik menjadi Ketua Pengakap di sekolah tersebut.

Abdul Ghani kemudian bertugas sebagai salah seorang kakitangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis sementara Che Noh pula menjadi kerani di Pejabat Setiausaha Sulit Raja Perlis. Salah seorang ahli asas pasukan tersebut ialah anak Penasihat British bernama William Junior.

Seorang anak tempatan yang turut mencurah khidmat bakti dalam perkembangan Pergerakan Pengakap di Negeri Perlis ialah Allahyarham Datuk Indera Perkasa Mustaffa Mohd Saad. Semasa belajar di Maktab Perguruan Tanjung Malim, beliau dilantik menjadi Patrol Pengakap di maktab berkenaan.

 

Allahyarham Penghulu Datuk Jndera Perkasa Mustaffa Saad melihat gambar kenangannya semasa menjadi anggota Pengakap.

 

Setelah pulang ke Perlis, beliau terus bergiat dalam pergerakan itu. Pada peringkat awal, masyarakat Perlis kurang memberi sambutan terhadap penubuhan Pasukan Pengakap tersebut kerana menganggap ia sebuah badan orang-orang Kristian.

Di sebalik mengetahui sejarah Pengakap di Negeri Perlis, elokjuga dilihat sepintas lalu sejarah wujudnya Pergerakan Pengakap di Malaysia. Sebenarnya sejarah pengakap di negara ini bermula di Singapura-dalam tahun 1910. la telah diusahakan dan diperkenalkan oleh seorang rakyat British bernama F.C. Sands, melibatkan seramai 30 ahli asas.

 

SEJARAH

Selepas itu, pergerakan tersebut berkembang ke negeri-negeri lain di Semenanjung iaitu Pahang Darul Makmur pada tahun 1912, Sabah (1913), Sarawak dan Pulau Pinang (1915), Perak Darul Ridzuan dan Johor (1920), Kedah (1922), Melaka dan Negeri Sembilan (1925), Selangor Darul Ehsan dan Terengganu(l 926), Kelantan (1927) sementara Perlis (1928).

Melalui usaha yang dijalankan oleh pemimpin di setiap negeri, pergerakan tersebut terns berkembang subur hingga menjadi pasukan yang semakin mantap dari semasa ke semasa.

 
 

Sama seperti di negeri-negeri lain, Pergerakan Pengakap di Perlis juga pada asalnya digerakkan oleh pegawai-pegawai tadbir Inggeris sementara pemimpin dan ahli terdiri daripada guru-guru dan murid-murid, kakitangan jabatan kerajaan, para Penghulu dan Penggawa, Polis serta anggota Tentera.

Penglibatan tentera dalam Pergerakan Pengakap bukan sesuatu yang mustahil kerana Pergerakan Pengakap diasaskan oleh seorang anggota tentera, Robert Stephenson Smyth Baden Powell, berasal dari London, England pada tahun 1907.

Selepas itu ia dikembangkan ke merata negara di seluruh dunia yang berada di bawah Jajahan British, hinggalah ke Malaya ketika itu dengan bertapak pertama kali di Singapura tahun 1910 sebelum dikembangkan ke negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada zaman sebelum merdeka, Pergerakan Pengakap di Semenanjung termasuk di Singapura dikenali dengan panggilan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggeris, "Federation of Malaya Boy Scout Association".

Selepas Perang Pasifik, Malaya dan Singapura telah berasingan sebagai Persekutuan Budak­ Budak Pengakap Tanah Melayu dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura. Kedua­ duanya diterima menjadi Biro Pengakap Sedunia.

Setelah Malaysia diwujudkan tahun 1963, terbentuklah pula Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia mengandungi negeri-negeri Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi apabila Singapura terpisah dari Malaysia tahun 1965, turut terasing Persekutuan Budak­ Budak Pengakap Singapura.

Tahun 1970-an, perkataan "Budak-Budak" telah ditinggalkan menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia yang kekal panggilannya seperti itu hingga sekarang.

Walaupun Pergerakan Pengakap di Perlis merupakan negeri terakhir diwujudkan, tetapi ia tetap aktif untuk terns berfungsi hingga sekarang. Kini Pergerakan Pengakap di negeri ini mengandungi lebih 3,000 anggota.

Mereka yang menjadi ahli Pengakap selain daripada murid-murid sekolah dipanggil anggota Pengakap Kelana. la meliputi bekas murid dan pegawai-pegawai kerajaan. Pengakap Kelana di Perlis mula diwujudkan tahun 1936.

 

BERFUNGSI

Pada tahun 1974, Pergerakan Pengakap Laut ditubuhkan oleh seorang guru, Allahyarham Sudin Man di Kuala Perlis, tetapi selepas kematian Cikgu Sudin, Pergerakan Pengakap Laut terhenti begitu sahaja kerana tidak ada pemimpin pelapis.

Bagaimanapun, sebagai ganti telah diwujudkan pula Pasukan Pengakap Udara pada Jun 1991 yang kini mempunyai 25 anggota lelaki dan perempuan terdiri daripada pelajar beberapa buah sekolah menengah di negeri ini.

Pergerakan Pengakap Udara menjalankan aktiviti mereka di Tapak Penerbangan Sungai Batu Pahat. Inilah satu-satunya Pengakap Udara yang diwujudkan di negara Malaysia setakat ini. Sudah pasti ia merupakan satu kebanggaan kepada Pergerakan Pengakap di Negeri Perlis keseluruhannya.

Majlis Pengakap Negeri Perlis telah dianugerahi sebidang tanah seluas 18 hektar di Sungai Batu Pahat akhir tahun tujuh puluhan dahulu. Sebelum itu mereka sudah memiliki sebuah bangunan sendiri, iaitu bangunan asrama Sekolah Menengah Derma yang tidak digunakan. Bangunan asrama tersebut dipindahkan ke Padang Katong, Kangar.

 

Para anggota pengakap Perlis semasa menyertai satu perhimpunan di bandar Kangar.

 

Pada tahun 1974, Pergerakan Pengakap Laut ditubuhkan oleh seorang guru, Allahyarham Sudin Man di Kuala Perlis, tetapi selepas kematian Cikgu Sudin, Pergerakan Pengakap Laut terhenti begitu sahaja kerana tidak ada pemimpin pelapis.

Bagaimanapun, apabila kerajaan mengambil bangunan berkenaan untuk dijadikan Bangunan Pusat Giat Mara, Majlis Pengakap Negeri diberi tanah di Sungai Batu Pahat yang kemudian telah dibina pula sebuah bangunan gantian di situ.

Majlis Pengakap Negen Perlis sekarang diketuai oleh Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Haji Ishak Arshad apabila mengambil alih daripada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Indera Jaya Mahmud Haj i Hashim, sementara Pesuruhjaya Pengakap Negeri sekarang ialah Cikgu Abdul Rani Omar.

 

RUJUKAN:

I. Bekas Setiausaha Maj/is Pengakap Negeri, Haji Husain Haji Hassan

2.  Bekas Yang Dipertua Maj/is Pengakap Negeri, Datuk Jndera Jaya Mahmud Haji Hashim

3.  Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Abdul Rani Omar.

 

WARISAN

Bahagia orang bersifat pemurah bukan kerana kurangnya; bahagia orang yang merendahkan diri bukan kerana lemahnya; dan lebih bahagia orang yang mengamalkan ilmunya, serta menafkan hanya ke jalan Allah.

-Maksud Hadis

 

SUMBER ARTIKEL 

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 7, 1995