Accessibility Tools

Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
  • MATRI MENGUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM DI PERLIS

    MATRI MENGUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM DI PERLIS

    Oleh : OMAR YAACOB

    MATRI ringkasan nama kepada Ma'had Al-Tarbiyah Al-Islamiyah, yang terletak di atas sebidang tanah seluas 16.2 hektar di Perkampungan Tunjung, Tunjung, Mukim Beseri, Perlis, kira-kira 12 km dari bandar Kangar. Ma'had ini dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk perkampungan Tunjung dan berlatarbelakangkan pohon-pohon getah, sawah padi dan Bukit Tunjung.

  • MENORA

    MENORA

    Oleh : HAIZAL DAN HANNA HUSSAINI

    MENORA berkembang di negeri-negeri yang menerima pengaruh Siam ataupun yang mem­punyai komuniti Siam seperti Perlis, Kedah dan Kelantan. Kesenian ini telah menjadi begitu popular pada satu ketika dahulu bukan sahaja di kalangan orang-orang Thai malah telah juga diminati oleh masyarakat Melayu. Persembahan menora melib atkan lakonan, tarian, nyanyian, lawak jenaka dan permainan alat muzik. Masyarakat Thai di negeri Perlis telah mengamalkan keseni­an ini sejak negeri ini belum lagi wujud dan masih menjadi salah sebuah wilayah Negeri Kedah.

  • NAMA BANGUNAN DATO’ MAHMUD MAT DIAMBIL SEBAGAI MENGENANG JASA ALLAHYARHAM DATO’ MAHMUD MAT

    NAMA BANGUNAN DATO’ MAHMUD MAT DIAMBIL SEBAGAI MENGENANG JASA ALLAHYARHAM DATO’ MAHMUD MAT

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Nama Bangunan Dato’ Mahmud Mat diambil daripada nama Allahyarham Dato’ Mahmud bin Mat, seorang yang begitu berjasa di Negeri Perlis dan mempunyai sejarah tersendiri dalam hidupnya, baik semasa berkhidmat di negeri Perlis mahupun di tempat-tempat lain di negara ini.

  • PADANG BANDARAN BANYAK BERJASA

    PADANG BANDARAN BANYAK BERJASA

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    Apabila di sebut Padang Bandaran, pasti seluruh rakyat di negeri Perlis mengetahui tentangnya. Ia adalah sebuah padang yang menjadi tempat tumpuan rakyat daripada pelbagai pihak bagi menganjurkan segala bentuk aktiviti sejak zaman penjajah British lagi.

  • PAYA

    PAYA

    Oleh: ALWI BIN SUDIN

    Paya merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional. Letaknya di sebelah utara negeri Perlis iaitu dalam kawasan Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri kawasan Santan, jarak dengan bandar Kangar 8 km. Kampung Paya berada di kiri kanan Jalan Kaki Bukit, iaitu memanjang dari Km 7.5 hinggalah ke Km 10, manakala lebarnya di bahagian timur bersempadankan Sungai Santan dan bahagian baratnya bersempadankan Sungai Perlis (Sungai Korok) kira-kira 2 km jauhnya. Adalah dipercayai kampung ini merupakan kampung-kampung terawal didiami penduduk berdasarkan kedudukannya yang berhampiran sungai dan perkuburan-perkuburan lama yang ditemui.

  • PEMBANGUNAN KUALA PERLIS

    PEMBANGUNAN KUALA PERLIS

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    BERASAL dari sebuah perkampungan nelayan yang serba mundur, kini Kuala Perlis sedang bergerak ke arah pembangunan yang pesat. Berbagai usaha dijalankan dalam memenuhi matlamat tersebut. Semuanya sudah pasti untuk memberi faedah kepada penduduk Kuala Perlis sendiri di samping penduduk Perlis umumnya.

  • PEMBUKAAN PELABUHAN KUALA PERLIS Mengembalikan Nostalgia Peranannya Sebagai PELABUHAN

    PEMBUKAAN PELABUHAN KUALA PERLIS
    Mengembalikan Nostalgia Peranannya Sebagai PELABUHAN

    Oleh: RAMLI ISMAIL

    USAHA kerajaan negeri Perlis di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membina pelabuhan di Kuala Perlis mengembalikan nostalgia lama tentang peranan yang pernah dimainkan oleh kuala tersebut sebagai sebuah pelabuhan.

  • Pengenalan dan Lokasi Bandar Kangar

    Pengenalan dan Lokasi Bandar Kangar

    Oleh: SHUKOR BIN MAT

    Kangar merupakan bandar purba yang terus berkembang dan kekal sehingga ke hari ini sejak dari zaman awal pertubuhannya pada awal abad ke 16 (1506). Walaupun peranannya dahulu dan sekarang berbeza, tetapi apa yang seharusnya diberi perhatian ialah keadaan dan kedudukannya yang terus mantap hingga ke hari ini. laitu daripada sebuah pengkalan perahu tambang berkembang menjadi pengkalan tongkang sehinggalah menjadi ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

  • PENGHULU DI PERLIS

    PENGHULU DI PERLIS

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    INSTITUSI Penghulu adalah merupakan sebuah institusi yang mempunyai sejarah tersen­diri di Negeri Perlis suatu ketika dahulu. Peng­hulu pada masa itu merupakan orang harapan Raja dan rakyat. Paling tepat mereka adalah sebagai orang pengantaraan.

  • PENGKALAN ASSAM Dari Perspektif Sejarahnya

    PENGKALAN ASSAM
    Dari Perspektif Sejarahnya

    Oleh : MOKHTAR A.K.

    DARI PERSPEKTIF SEJARAHNYA, NAMA PENGKALAN ASSAM didasarkan sempena sepohon pokok assam yang tumbuh besar (di tebing seberang pengkalan, di sudut kiri ke seberang) iaitu arah ke Kangar. Mengikut sejarahnya iaitu hasil penemuan dengan beberapa orang kampung yang umur mereka menjangkau 80-an, "Pengkalan Assam" diambil sempena pokok assam tersebut. Pengkalan Assam terletak di pinggir sungai, kira-kira 1 kilometer dari bandar Kangar.

  • PENGKISAHAN SEKOLAH INGGERIS DERMA KANGAR

    PENGKISAHAN SEKOLAH INGGERIS DERMA KANGAR

    Dari awal-awal lagi sehinggalah masa lepas perang dunia kedua, tahun 1945 tidak ada sebuah sekolah Inggeris pun yang wujud dalam negeri Perlis ini. Yang ada pada masa itu hanyalah Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Arab iaitu Sekolah Menengah Agama Alawiyah Aran Perlis. Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendapat pelajaran Inggeris terpaksalah meng­hantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris di Pulau Pinang seperti Penang Free School.

  • PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DARAT DI PERLIS

    PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DARAT DI PERLIS

    Oleh : ADNAN JAHAYA

    Lebih seabad lalu, hutan meliputi hampir segenap ruang negeri Perlis dan tiada jalan perhubungan yang lebih selesa kecuali sungai-sungai utama dan lorong-lorong kecil yang tercipta daripada himpunan kudrat manusia.

  • PROSES PENGAMBILAN NIRA NIPAH DARI PERSPEKTIF PENGHASILAN DAN SEJARAHNYA

    PROSES PENGAMBILAN NIRA NIPAH DARI PERSPEKTIF PENGHASILAN DAN SEJARAHNYA

    Oleh: MOKHTAR A.K.

    NIRA NIPAH adalah air yang disadap daripada mayang pokok nipah. la merupakan air yang manis dan bermutu tinggi jika dibandingkan dengan air yang disadap daripada pokok-pokok lain seperti tebu atau kelapa.

  • Rencana Kesenian SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN HADRAH DI PERLIS

    Rencana Kesenian
    SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN HADRAH DI PERLIS

    Oleh : REJAB F.I

    HADRAH sebenarnya suatu permainan yang tumbuh dan berkembang di negeri-negeri selatan dan utara Semenanjung Malaysia, akan tetapi corak persembahan antara kedua tempat ini adalah berlainan. Di negeri-negeri selatan Semenanjung Ma­laysia permainan ini tanpa tarian, sebaliknya di negeri-negeri utara Semenanjung khususnya di negeri Perlis (sekarang ini permainan tersebut begitu popular) bukan sahaja mempunyai tarian tetapi juga mempunyai puteri-puterinya yang tersendiri.

  • SEJARAH ASAL KOMPLEKS PENYAYANG DR. SITI HASMAH

    SEJARAH ASAL KOMPLEKS PENYAYANG DR. SITI HASMAH

    Oleh: ROSLAN BIDIN

    Tidak siapa yang inginkan dirinya susah. Mengalami kecacatan. Dan disisihkan dari orang yang dikasihi. Kenyataan ini adalah kejadian yang berkehendakkan kita berserah kepada- Nya. Sesuatu kejadian itu adalah di bawah kehendakNya. Namun kita sebagai khalifah di muka bumi ini mesti menerima realiti ini.

  • SEJARAH AWAL KAMPUNG PADANG NYU

    SEJARAH AWAL KAMPUNG PADANG NYU

    Oleh: SHUKOR MAT

    Lokasi asal Kampung Padang Nyu ialah sebuah kawasan hutan yang letaknya di sebelah kanan dan kiri jalan yang menuju ke UiTM. lanya bermula dengan padang yang berhampiran dengan Masjid Kampung Guar Gajah menuju ke kawasan perumahan Taman Ria di Simpang Tiga berhampiran dengan Klinik Gial. Asalnya Kampung Padang Nyu meliputi Kampung Guar Gajah, Kampung Guar Lepai dan Kampung Padang Nyu. Pada masa tersebut tidak ada batas sempadan atau perenggan yang membahagikan antara satu kampung dengan kampung yang lain.

  • SEJARAH AWAL PENDIDIKAN DI PERLIS

    Sejarah Awal Pendidikan Di Perlis

    Oleh: SHUKOR MAT 

    Tumbuhnya aliran dan aktiviti pendidikan awal di Perlis adalah dalam bentuk yang sama dengan apa yang berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, terutama sekali keadaannya hampir sama dengan apa yang berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang mengambil contoh tanah jajahan British berupa Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

  • SEJARAH BUKIT CHUPING

    SEJARAH BUKIT CHUPING

    Oleh : RAMLI ISMAIL

    BUKIT Chuping Gua Berangin,

    Tempat orang mengambil baja,

    Putih kuning jangan dok ingin,

    Banyak orang yang balik saja..

    Demikianlah bunyi serangkap pantun asli Perlis yang popular dan sering didendangkan dalam lagu-lagu tempatan.

  • SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PANTUN

    SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PANTUN

    Oleh : REJAB F.I.

    Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang begitu popular di samping puisi-puisi tradisional yang lain seperti syair, gurindam, seloka, teromba, talibon dan dikir. Pantun mendapat tempat di hati orang-orang Melayu semenjak dahulu hingga masa kini jika dibandingkan dengan puisi-puisi tradisional yang lain. Pada masa kini, pantun masih digunakan oleh para pemimpin dalam sesuatu ucapan dalam majlis-majlis keramaian dan jamuan dan dalam majlis-majlis pertunangan atau perkahwinan di beberapa buah negeri di Malaysia.

  • SEJARAH DAN STRUKTUR MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

    SEJARAH DAN STRUKTUR
    MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

    Oleh : OMAR BIN YAACOB

    Sejarah awal Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Perlis bermula sebelum zaman merdeka lagi. Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "Town Board Enactment F.M.S. Cap 137" melibatkan tujuh kawasan pekan. Pekan-pekan tersebut Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat, Kaki Bukit, Padang Besar dan Pauh.

Page 2 of 3