PROSES PENGAMBILAN NIRA NIPAH DARI PERSPEKTIF PENGHASILAN DAN SEJARAHNYA
Oleh: MOKHTAR A.K.
NIRA NIPAH adalah air yang disadap daripada mayang pokok nipah. la merupakan air yang manis dan bermutu tinggi jika dibandingkan dengan air yang disadap daripada pokok-pokok lain seperti tebu atau kelapa.
Menurut pandangan dan pengalaman seorang penduduk dari Kampung Panggau, Encik Mat Amin bin Ahmad, 65 tahun, beliau menerangkan bahawa manusia dapat mengesan nira nipah sejak tahun dua puluhan lagi. Manusia dapat mengesan ketika melihat air jernih sedang menitis daripada mayang nipah. Mayang nipah itu terkulai kerana buah nipah terlalu berat. "Pada suatu had", terang Encik Mat Amin yang tinggal kira-kira 3 kilometer dari bandar Kangar, "ada seorang manusia yang melihat beberapa ekor babi hutan sedang berulang alik melalui di bawah mayang nipah sehingga mayang itu luka dan menitis air.." cerita Encik Mat Amin.

Encik Mat Amin Ahmad (Gambar : Mokhtar A.K)
MENITIS
Air yang sedang menitis itu, dirasainya dan didapati manis. Lantas, cuba diproses pada mayang-mayang lain dan temyata ada potensi ke arah mempopularkan nira itu kepada orang ramai.
Pokok nipah tumbuh di kawasan-kawasan paya dan di pesisiran sungai. Jenis tumbuhan ini ternyata memberi pelbagai penghasilan kepada kehidupan manusia.
Penghasilan Dart Pokok Nipah
1. Nira Nipah (air sadapan yang berbeza dan berkhasiat daripada nira kelapa atau tebu)
2. Atap Nipah (daun nipah disemat untuk menjadi atap rumah)
3. Pucuk Nipah (ditakik pucuknya untuk mengeluarkan daun muda, dijemur hingga kering untuk dijadikan rokok daun yang popular sekarang)
4. Nisan Nipah (diproses daripada nira nipah hingga menjadi manisan dan menjadi bahan cicahan kuih-kuih basah)
5. Daun Nipah (selain untuk atap rumah, ia juga boleh dibuat tudung saji serta boleh dibuat 'samiak', iaitu atap untuk bumbung perahu ke laut)
6. Lidi Daun Nipah (boleh dijadikan lekar untuk alas periuk dan sebagainya) (boleh dibuat penyapu sampah)
7. Buah Nipah (isi buah nipah di peringkat muda boleh dimakan clan boleh juga dibuat halua; rasanya manis)
8. Pelepah Nipah (boleh dibuat lantai rumah dan bahan kayu api)
9. Batang Nipah (boleh dibuat lantai rumah dan juga kayu api atau galah/pengik)
Nira nipah dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, penat atau lelah dan sakit jantung. Nira nipah juga dapat membersihkan segala kekotoran dalam badan. Nira boleh diminum semampu yang boleh tanpa mendatangkan mudarat kepada badan. Apabila diminum waktu malam, nescaya pada paginya air kencing menjadi jernih. Nira yang menjadi khasiat kepada tubuh badan adalah nira yang diambil/dikutip pada waktu malam.
Nira nipah memang enak diminum dan kini sudah menjadi kegemaran dan "ketagih" sekiranya tidak dapat diminum pada musimnya. Nira nipah kebiasaannya diminum lewat malam dan sudah menjadi suatu tradisi bahawa bagi mendapatkan nira nipah yang asli (fresh) mesti terlebih dahulu membuat tempahan dari siang-siang lagi atau memesan seku rang-kurangnya dua atau tiga hari.
Bagaimana nira nipah itu diproseskan? Pada peringkat permulaan, kita perlu mem buang/melekangkan pembalut mayang atau kulit yang melekat pada mayang nipah. Ukuran mayang nipah itu biasanya berukuran 2 1/2 kaki dan mempunyai enam ruas atau buku
Mayang itu hanya boleh diproses ketika buah nipah berumur dua bulan. Kita juga perlu pastikan bahawa mayang buah itu tunduk (melentur ke bawah). Sebelum mayangnya di kupas atau dibuang kulitnya, kita perlu pastikan yang buah nipah itu berisi, dan pula boleh dimakan isinya. Ketika itulah masa yang sebaik-baiknya mayang itu dikupas kulitnya.
Proses selanjutnya, kita perlu menggosok mayang nipah itu dengan telapak kaki untuk melentur dan melembutkan mayang.
Bagi melicinkan gosokkan pada mayang itu, telapak kaki mestilah dicelup dengan air selut (lumpur), lantas proses urut mayang dengan kaki kanan itu akan lebih melicinkan. Kemudian, dibiarkan masa tiga hari bagi memulihkan luka-luka di mayang. Air selut itu boleh memulihkan luka pada parut kulit mayang yang telah dikupaskan sebelumnya.
MEMULIHKAN
Selepas tiga hari barulah boleh diurut atau digosok semula. Kerja mengurut mayang dilakukan waktu pagi, iaitu dari atas ke bawah selama tujuh hari, kemudian direhatkan se lama tujuh hari dan proses demikian berjalan berselang tujuh hari.
Untuk mendapatkan aliran nira yang berpanjangan dan baik serta tidak terputus-putus, kita perlu mengurut mayang nipah itu selama tujuh hari berturut-turut dari atas ke bawah, sekali di bahagian rusuk, di bahagian kanan dan kiri mayang serta di bawah mayang sekali atau dua kali. Ketika mengurut, pastikan urutan itu melalui celah ibu jari kaki meliputi mayang dari atas ke bawah dan dibiarkan hingga tujuh hari.
Cara mengupas kulit mayang dengan menggunakan pisau. (Gambar: Mokhtar A.K.).
Mayang yang berdekatan dengan pangkal buah itu hanya boleh dipotong selepas tempoh proses mengurut. Mayang itu dipotong waktu pagi dan di sebelah petang pula dibalas (cantas) atau dipotong bagi kali keduanya.
Mayang yang berdekatan dengan pangkal buah itu hanya boleh dipotong selepas tempoh proses mengurut. Mayang itu dipotong waktu pagi dan di sebelah petang pula dibalas (cantas) atau dipotong bagi kali keduanya. Cara potong atau kerat (sadap) ialah dari bawah ke atas dengan menggunakan sejenis pisau atau sadap khas yang berbentuk bulan sabit. Lepas 'balas' mayang itu, maka dimain-mainkan (dibidas-bidaskan) pada pagi dan petang selama tiga hari. Apabila mayang itu putus setelah dipotong waktu pagi, maka pada waktu petang dibalas bagi kali kedua. Pada hari yang kedua mayang itu dibalas pada waktu pagi dan tebalnya potongan yang dibalas itu ialah kira-kira setebal kulit kayu manis.
Selepas tiga hari baharulah mayang itu dipasang 'cakuk' bagi membolehkan mayangnya itu cekam ke tanah. Dengan jalan demikian, mayang itu melentur atau tunduk ke tanah. Selepas dipasang cakuk dan mayang pun sudah tunduk, maka bolehlah dikesan aliran nira. 'Tuke' itu hanya boleh ditahan/sangkut pada penghujung mayang setelah empat hari dari tarikh potong atau pasang cakuk.
Ketika hendak memasang tuke, pastikan tuke ditahan pada waktu petang dan niranya dikutip pada waktu malam. Pada peringkat permulaan, mayang itu dibalas/potong sekali sahaja pada tiap-tiap pagi selama tujuh pagi. Kerja-kerja memotong/balas mayang itu hanya dilakukan pada ketika hendak menahan tuke sahaja, sehinggalah mayang itu mampu mengeluarkan nira.
Menurut pengalaman Encik Mat Amin, pokok nipah mampu mengeluarkan niranya hingga tiga bulan. Tegas beliau lagi kalau pandai mengendali/menjaga mayangnya, nira itu akan mengalir sehingga enam bulan atau selagi mayang itu berada di paras yang terlalu pendek, dan sukar pula untuk menahan tuke.
Biasanya tuke (alat/bekas) tahan nira diperbuat daripada buluh 'duri'. Buluh duri yang tebal akan kekal lama, dan buluh itu pula mestilah yang tua atau pertengahan umur kerana hendak mengelak daripada kecut atau 'kiat' (bengkok). Satu ruas buluh boleh dijadikan satu tuke. Tuke itu akan dicuci dengan pencuci khas yang diperbuat daripada mayang nipah. Setelah dicuci baharulah ditunggang untuk dikeringkan. Apabila tuke itu kering, dilayur pula dengan asap api. Tempat layur tuke itu dibuat khas dan dinamakan 'krung'. Sombong/sumbu krung itu dibuat dengan tin untuk disarung tuke itu dilayur sekali atau dua kali 'perasap'.
MAYANG
Bahan untuk dibakar supaya mengeluarkan asap ialah dengan daun tebu kering. Apabila tuke dilayur dengan asap daun tebu yang dibakar itu, maka tuke itu akan menjadi wangi dan sekali gus nira juga akan turut rasa wangi apabila diminum. Bahan bakaran untuk mendapat asap yang kedua ialah jemari atau 'roman' (gemai padi yang dihirit) dan ketiga ialah bahan daun kelapa kering.
Terdapat dua jenis musuh yang sering mengganggu nira. Pertama, tikus dan kedua, tebuan. Sebelum ini, musuh utama yang sering mengganggu ialah kera, tetapi sekarang musuh ketat itu sudah tiada lagi.
Pada masa dahulu minuman nira hanya sekadar untuk berseronok clan tidak sampai ke peringkat 'ketagih', dan nira tidak dijual. Cuma sekadar pertukaran mata benda sahaja. Mulai tahun enam puluhan nira mendapat perhatian orang ramai. Satu jag nira dijual dengan harga RM3.00 atau lebih. Kini pasaran nira nipah mendapat perhatian. Bahan makan sampingan ketika minum ialah kacang goreng.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 6, 1994
