KEDATANGAN ORANG CINA KE KANGAR
Oleh: ALWI SUDIN
MINAT terhadap Semenanjung Tanah Melayu berpunca pada mulanya hubungan China dengan Kerajaan Funan. Dipercayai sebuah kerajaan besar atau gugusan kerajaan di hilir Sungai Mekong. Sejak tahun 200 Masihi, kerajaan tersebut mula mengembangkan penga ruhnya ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun orang Cina menyedari akan adanya hasil-hasil pengeluaran Semenanjung Tanah Melayu di pasaran Funan, namun barangan asing yang paling diminati mereka ketika itu adalah barangan mewah dari Asia Barat yang disebut dalam sumber Cina sebagai "Perdagangan Parsi".
Sebelum kurun ke-5 barangan ini diangkut melalui "Jalan Darat" dari Asia Barat ke utara China. Peralihan ke jalan laut bermula apabila suasana politik di selatan China pada tahun 420 Masihi dengan wujudnya dinasti baru iaitu Liu Sun menguasai seluruh Selatan China. Akibat penguasaan tersebut dan kemakrnuran di Lembah Yangtze mendorong saudagar-saudagar Asia Barat mengubah jalan perdagangan mereka kepada penghantaran melalui kapal laut.
Perkembangan ini memungkinkan wujudnya beberapa pelabuhan di sepanjang laluan dari Asia Barat ke China. Ketenangan laut Selat Melaka dan dianggap sebagai "kerongkong" yang harus ditempuhi oleh semua lalu-lintas asing, mendorongkan lagi persinggahan-persinggahan kapal pada sepanjang pantai Semenanjung Tanah Melayu. Sejak itu Semenanjung Tanah Melayu mula dikunjungi oleh pelbagai saudagar-saudagar dari negara China.
Berdasarkan penemuan alat-alat tembikar di kawasan "Kota Indera Kayangan" jelas membuktikan orang Cina telah pun bertapak di Perlis sejak abad ke-16lagi. Kenyataan tersebut dapat diperkuatkan dengan kedudukan Kuala Perlis ketika itu.
Secara nyata dan rasmi hubungan antara Tanah Melayu dengan China bermula pada awal abad ke-15 apabila kerajaan Melayu Melaka mengadakan lawatan pertama ke negara China. Lawatan tersebut membawa kepada terjalinnya hubungan persahabatan Melaka dengan China. Ekoran hubungan tersebut, ramai orang Cina berkunjung ke Tanah Melayu khususnya ke Melaka dan terus menetap di sini.
PERSAHABATAN
Daerah Kayang (Negeri Perlis) sebuah daerah negeri Kedah yang terletak di Utara Semenanjung Tanah Melayu juga tidak ketinggalan dari tempisan penghijrahan orang- orang Cina.
Berdasarkan penemuan alat-alat tembikar di kawasan "Kota Indera Kayangan" jelas membuktikan orang Cina telah pun bertapak di Perlis sejak abad ke-16lagi. Kenyataan tersebut dapat diperkuatkan dengan kedudukan Kuala Perlis ketika itu. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah II yang memerintah Kedah pada tahun 1544 hingga 1602 Masihi, baginda menjadikan Kuala Perils sebagai "pelabuhan" utama bagi negeri Kedah.
Justeru itu, ramailah saudagar yang berkunjung dan melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan di Kuala Perlis. Menurut catatan Encik Ahmad Ismail, sebilangan besar peda gang adalah dari negara China. Lantaran terdapat peluang perniagaan yang luas di persegi taran Kuala Perlis dan menarik sebilangan orang Cina untuk terns menetap dan membuat perkampungan di Kuala Perlis.
Imigrasi orang Cina secara besar-besaran berlaku pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi. Tumpuan utama mereka ialah ke Negeri-Negeri Selat. Menurut Encik Cheah Pit Hoe, kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Perlis adalah berasal dari Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Encik Liew Shi Thoo menyatakan, ramai juga orang Cina di Kangar yang datang terns dari negara China. Menurutnya lagi, bapanya juga datang dari China dengan "tongkang" kecil dalam keadaan yang sangat daif.
Perlis menjadi sebuah negeri berasingan dari negeri Kedah pada tahun 1839 (1842) maka bandar Kangar telah menjadi bandar utama bagi negeri Perlis. Sehubungan dengan itu, tumpuan orang Cina mula beralih ke Kangar sebagai destinasi barn. Dan sejak itu, aliran kemasukan orang-orang Cina ini disebabkan oleh ketiadaan sumber kekayaan seperti bijih timah di Kangar.
Dengan itu, Kangar hanya dikunjungi oleh suku kaum Hock Men, Hai Lam dan Hock Chew. Manakala suku kaum Kek dan Teow Chew berhijrah ke Utara Perlis bagi menjalankan kegiatan pertanian dan perladangan. Kebanyakan kedai perniagaan di bandar Kangar dimiliki oleh suku kaum Hock Men. Manakala kedai kopi dan makanan dipunyai oleh puak Hai Lam dan Hock Chew. Suku kaum Kantonis yang mahir dalam bidang perlombongan bijih timah di Perlis.
PELADANGAN
Menurut Encik Hussain Baba, dalam JMBRAS Vol. XIII, Sejarah Negeri Perlis dan Raja-Raja Perlis, pada tahun 1901 Masihi, terdapat 62 buah rumah kedai yang dimiliki oleh orang orang Cina di Bandar Kangar. Sehubungan dengan pertambahan bilangan orang Cina dan perubahan-perubahan yang sedang berlaku di Perlis khasnya di Kangar, maka pada tahun 1897, Tuanku Raja Syed Saffi telah melantik Lee Pen Chin menjadi "Kapitan Cina". Maka kedudukan orang Cina lebih teratur dan dapat menyelesaikan banyak masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat Cina khususnya.

Lee Pen Chin, Kapitan Cina pertama di Perlis
Sayugia diingat Syed Saff adalah Raja Perlis yang ke-3, yang menaiki takhta kerajaan Perlis pada tahun 1897 sehingga tahun 1905. Walaupun hayat pemerintahannya tidak lama jika dibandingkan dengan raja-raja terdahulu namun pada zaman bagindalah era pembangunan negeri Perlis bermula. Pada zaman pemerintahannya jalan jalan raya mula dibina, sekolah-sekolah mula diasaskan dan baginda dihantar belajar ke Pulau Pinang iaitu Penang Free School.
Adalah diketahui umum matlamat awal penghijrahan orang Cina ke Semenanjung Tanah Melayu ke Perlis dan ke Kangar adalah semata-mata untuk memperolehi kekayaan. Dan kehadiran mereka adalah bersifat sementara, kebanyakan yang datang terdiri daripada kaum lelaki. Tetapi akhirnya, sebilangan besar mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di negara ini. Perubahan ini berlaku berpunca daripada galakan pihak pemerintahan British di Tanah Melayu yang memberi pelbagai kelonggaran, sementara pula Tanah Melayu mempunyai kekayaan sumber alam yang masih belum dieksploitasi. Akhirnya, orang-orang Cina ini secara sah diterima menjadi warganegara dan terus bersama melanda arus yang belaku di negara ini ber sama dengan orang-orang Melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia.
Rujukan:
1. Encik Ahmad Ismail/Yazid Mat - Sejarah Negeri Per/is - Perpustakaan Per/is - 1992
2. Buku Cenderamata Ulang Tahun ke-50 Persatuan Kantonis (Edisi Bahasa Cina)
3. Hussain Baba -JMBRAS Vol. XJJJ
Temubual:
1. Encik Cheah Pit Hoe - Kangar, Perlis
2. Encik Liew Shi Thao - Kangar, Perlis
