Objektif
- Menyediakan bahan-bahan bacaan untuk pinjaman dan rujukan kepada penduduk Negeri Perlis.
- Merancang program dan aktiviti ke arah menambah rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri Perlis.
- Menganjur serta menggalakkan pembacaan di kalangan masyarakat negeri Perlis.
- Memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang memerlukan bimbingan atau latihan dalam bidang ilmu perpustakaan.
- Mewujudkan koleksi yang bermutu untuk kegunaan masyarakat mengikut citarasa masyarakat berlandaskan Wawasan Negara.
- Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berwibawa melalui rangkaian maklumat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
- Menyediakan prasarana pembacaan awam yang berkualiti dan tenaga kerja terlatih.
FUNGSI
- Menubuh, melengkap, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
- Menganjur dan menggalakkan aktiviti pembacaan kepada masyarakat terutama sekali dalam Bahasa Melayu.
- Menganjur dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk tujuan rujukan dan pinjaman oleh pengguna.
- Memperolehi secara menyeluruh bahan-bahan / buku terbitan dalam negeri untuk simpanan dalam Koleksi Negeri Perlis.
- Menyediakan bahan-bahan / buku untuk perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dengan lain-lain perpustakaan di Malaysia
- Menyediakan kemudahan dan persekitaran perpustakaan yang kondusif dan selesa kepada pengguna untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
- Merancang dan melaksanakan program / aktiviti kempen galakan membaca secara berterusan kepada semua golongan masyarakat khususnya dalam negeri Perlis bagi mejadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.
- Menjadikan perpustakaan sebagai tempat untuk aktiviti riadah, kebudayaan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.
- Merancang untuk penambahan rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri melalui penubuhan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Desa dan Bas Bergerak bagi meliputi semua lapisan masyarakat terutama di luar bandar.