Koleksi Perlis

PENGENALAN

Unit Koleksi Negeri Perlis ditubuhkan pada 2 Mac 1989 oleh satu Jawatankuasa Khas bagi mengendalikan bahagian ini. Ia diwujudkan atas usaha untuk mengumpul dan memelihara warisan dan khazanah Negeri Perlis. Dengan adanya bahagian ini, para pengguna akan mendapat segala manfaat dan pengetahuan mengenai sejarah, kebudayaan dan adat resam dari Negeri Perlis serta hasil karya anak tempatan bagi tujuan penyelidikan dan rujukan.

OBJEKTIF

  1. Melahirkan kesedaran pengguna tentang pentingnya sejarah, kebudayaan dan adat resam Negeri Perlis.
  2. Memudahkan para pengguna membuat penyelidikan dan rujukan.
  3. Memastikan warisan Negeri Perlis dipelihara agar tidak terhakis ditelan zaman.
  4. Memupuk minat generasi baru agar menerokai warisan dan mendalami sejarah dalam arus perkembangan moden.

KOLEKSI

Bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi ini terdiri daripada:

  1. Kumpulan Koleksi Monograf
  2. Kumpulan Koleksi Bibliografi
  3. Kumpulan Koleksi Pendokumentasian & Penyelidikan
  4. Kumpulan Koleksi Artikel
  5. Kumpulan Koleksi Kertas Kerja
  6. Kumpulan Koleksi Terbitan Kerajaan dan Firma Swasta
  7. Kumpulan Koleksi Tesis & Jurnal
  8. Kumpulan Koleksi Album Gambar
  9. Kumpulan Koleksi Manuskrip & Buku Nadir
  10. Kumpulan Koleksi Pelan Bangunan
  11. Kumpulan Koleksi Peta & Peta Lot Tanah
  12. Kumpulan Koleksi Bahan Pameran
  13. Kumpulan Koleksi – Koleksi Peribadi
  14. Kumpulan Koleksi Keratan Akhbar

FUNGSI

Bahagian ini berfungsi sebahagian unit yang menjalankan aktiviti pengumpulan dan pemeliharaan bahan sejarah serta bahan hasil karya penulis Negeri Perlis. Bahan-bahan di dalam koleksi ini tidak boleh dipinjam tetapi pengguna dibenarkan membuat salinan fotokopi bagi bahan-bahan yang diperlukan.

SUMBER PEROLEHAN

Bahan-bahan mengenai Negeri Perlis dalam semua bidang perkara tidak kira rupa bentuk bahasa digunakan. Bahan-bahan ditulis oleh anak Negeri Perlis atau bermastautin di Negeri Perlis dan semua bahan diterbit dan dicetak di Negeri Perlis. Unit ini juga menerima bahan seperti seni kebudayaan Malaysia, tesis, laporan praktikal pelajar dari pelajar praktikal, tokoh – tokoh dan pelbagai bahan yang penting serta digunakan sebagai bahan rujukan dan penyelidikan pengguna.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup