Pinjaman Buku (Sirkulasi)

Pendaftaran Keahlian

Pendaftaran keahlian adalah percuma. Bagaimana untuk menjadi ahli perpustakaan:

Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun dan terbuka kepada orang awam tanpa had umur.

Proses Keahlian

  1. Pengguna yang ingin menjadi ahli perpustakaan perlu melengkapkan borang keahlian yang terdapat di kaunter utama.
  2. Sila bawa mykad atau mykid semasa mendaftar.
  3. Semua pengguna (dewasa, kanak-kanak dan pelajar) yang berwarganegara Malaysia akan menggunakan kad pengenalan sebagai kad keahlian.
  4. Keahlian yang telah tamat tempoh selepas 1 tahun mesti memperbaharui keahlian mereka untuk membolehkan pinjaman bahan dilakukan seterusnya.

Pinjaman Dan Pemulangan Buku

Cara Pinjaman:

  1. Seorang ahli berdaftar dibenarkan meminjam maksimum 6 buah buku dalam tempoh 3 minggu (21 hari).
  2. Sila tunjukkan mykad/mykid kepada petugas semasa berurusan di kaunter.
  3. Bahan koleksi pinjaman terbahagi kepada 2 iaitu buku fiksyen dan bukan fiksyen bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa meliputi pelbagai bidang perkara dalam pelbagai bahasa.
  4. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam.

Cara Pemulangan:

  1. Bahan yang dipinjam boleh dipulangkan di kaunter sirkulasi atau di peti pemulangan buku yang disediakan di luar bangunan perpustakaan untuk memudahkan pengguna memulangkan bahan sewaktu perpustakaan ditutup.
  2. Bahan pinjaman WAJIB dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

Pembaharuan Pinjaman

Pembaharuan boleh dibuat dengan datang sendiri ke perpustakaan, melalui telefon atau secara atas talian.

Sila nyatakan nombor mykad/mykid atau nombor barkod buku yang hendak diperbaharui.

Lanjutan pinjaman boleh dibuat sekiranya buku tersebut tidak ditempah oleh pengguna yang lain.

Pembaharuan pinjaman dibenarkan 2 kali sahaja selama 3 minggu.

Tempahan Buku

Tempahan boleh dibuat sekiranya buku tersebut telah dipinjam oleh pengguna lain melalui telefon, datang sendiri atau secara atas talian.

Semasa tempahan, sila berikan tajuk atau nombor barkod buku dan dapatkan slip tempahan.

Ahli akan dihubungi apabila buku sedia untuk dipinjam dan diberi masa seminggu untuk mengambil buku tersebut.

Denda

Ahli yang lewat memulangkan buku dari tarikh tamat tempoh pinjaman akan dikenakan denda sebanyak 10 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan TIDAK TERMASUK hari Ahad dan cuti umum.

Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga asal buku dan kos proses buku sebanyak RM10.

Kemudahan Lain

  Loker Berkunci

Perkhidmatan ini adalah percuma.

Sila dapatkan kunci loker di kaunter pinjaman dan rekodkan butiran diri dalam buku yang disediakan.

Kunci loker tidak boleh dipindah milik atau dibawa keluar dari perpustakaan.

Sekiranya kunci tersebut hilang, sila laporkan di kaunter utama dan bayaran denda RM10 akan dikenakan.

Kunci loker perlu diserahkan kembali sebelum keluar dari perpustakaan.

  Book Drop / Peti Pemulangan Buku

Peti pemulangan buku yang disediakan di luar bangunan perpustakaan untuk memudahkan pengguna memulangkan bahan sewaktu perpustakaan ditutup.

  Peti Cadangan

Peti cadangan untuk pengguna membuat aduan disediakan untuk mengenalpasti ketidakpuasan pengguna agar perkhidmatan yang diberikan dapat dipertingkatkan.

  Pameran Buku Baharu

Setiap bulan buku-buku baharu yang siap diproses meliputi pelbagai bidang perkara akan dipamerkan di rak pameran buku baharu untuk makluman pengguna perpustakaan.

  OPAC

OPAC adalah singkatan untuk Online Public Access Catalogue (Katalog Umum Atas Talian) dan merupakan katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakan OPAC untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer.
OPAC merupakan sistem katalog yang dapat diakses secara umum dan pengguna dapat mencari sesuatu bahan yang diperlukan dengan cepat kerana terdapat informasi tentang lokasi bahan. Jika sistem katalog dihubungkan dengan sistem sirkulasi, maka pengguna dapat mengetahui apakah bahan yang dicari ada atau tidak di perpustakaan.

Koleki Umum

Semua bahan disusun di atas rak terbuka dan boleh diakses sendiri oleh pengguna. Koleksi perpustakaan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Dewey (Dewey Decimal Classification).

Panduan Pencarian Bahan

Pencarian bahan di perpustakaan menggunakan Sistem Pengkelasan Dewey. Sistem pengkelasan ini memudahkan para pengguna untuk mencari dan merujuk bahan rujukan yang dikelaskan mengikut bidang tertentu:

000 - Karya Am
100 - Falsafah
200 - Agama
300 - Sains Kemasyarakatan
400 - Bahasa

500 - Sains Tulen
600 - Teknologi
700 - Kesenian
800 - Kesusasteraan
900 - Sejarah dan Geografi

  Peraturan Am Perpustakaan

Objektif perpustakaan adalah untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Peraturan dan pengawalan diperlukan oleh perpustakaan untuk mencapai objektif tersebut. Setiap ahli dan pengguna perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan ini. Pengguna adalah dilarang:

  • Membawa masuk beg, fail, buku-buku dan barangan sendiri serta barangan tajam seperti gunting. Barang-barang tersebut perlu disimpan di loker yang telah disediakan kecuali barang-barang berharga. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang tersebut.
  • Sebarang buku teks atau rujukan persendirian yang hendak dibawa masuk ke dalam perpustakaan hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan yang bertugas.
  • Bahan-bahan dari bahagian rujukan (tingkat 1) tidak dibenarkan dibawa ke bahagian pinjaman atau kanak-kanak.
  • Merokok serta membawa masuk sebarang makanan dan minuman kecuali air mineral atau air kosong semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Mengalihkan, merosakkan atau memusnahkan sebarang perabot seperti kerusi, meja dan peralatan lain di dalam perpustakaan
  • Menempah tempat duduk. Sebarang item yang ditinggalkan di atas meja tanpa kawalan dan jika berlaku kehilangan atau kerosakan pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang item peribadi pengguna.
  • Berpakaian tidak sopan, menjolok mata dan tidak kemas.
  • Telefon bimbit hendaklah berada dalam keadaan ‘silent mode’.
  • Tidur atau baring di dalam perpustakaan.
  • Menyalahgunakan bahan-bahan perpustakaan seperti menconteng, menggunting, mengoyak, menanda pada halaman muka surat atau sebarang perlakuan yang menyebabkan bahan tidak boleh digunakan lagi.
  • Membawa masuk binatang peliharaan ke dalam perpustakaan.
  • Berbual dengan kuat, berkelakuan tidak senonoh atau kurang sopan yang boleh mengganggu ketenteraman pengguna lain.
  • Meninggalkan bahan-bahan perpustakaan yang telah digunakan bersepah di atas meja. Bahan-bahan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan mana-mana kumpulan pengguna melaksanakan sesi perbincangan, taklimat, mesyuarat atau mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana-mana ruangan terbuka di dalam perpustakaan kerana ini akan mengganggu pengguna lain.
Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup