Pinjaman Berkelompok

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok telah diperkenalkan di Perbadanan Perpustakaan Awam (PPANPs) sejak tahun 1994 lagi. Perkhidmatan ini disediakan kepada institusi/jabatan yang tidak mempunyai bahan bacaan yang mencukupi untuk kegunaan penggunanya.

Tujuan

Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menyediakan Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok dengan tujuan:

  1. Memberi sokongan dan galakkan kepada jabatan kerajaan, organisasi swasta, persatuan, kelab, pertubuhan, sekolah dan institusi pendidikan yang sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan bahan bacaan kepada orang ramai.
  2. Membantu mempelbagaikan koleksi bahan bacaan yang sedia ada di bilik bacaan/perpustakaan kecil yang tidak mempunyai bahan bacaan yang mencukupi.
  3. Salah satu usaha untuk menyebarkan bahan bacaan dan memperluaskan lagi perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perlis kepada penduduk yang jauh dari pusat bandar bagi menikmati kemudahan dalam mendapatkan bahan bacaan yang disediakan oleh PPANPs.
  4. Salah satu usaha untuk memupuk dan meningkatkan lagi minat membaca di kalangan masyarakat khususnya di negeri Perlis.

Keahlian

Peraturan dan syarat-syarat untuk menjadi ahli pinjaman berkelompok ialah:

  1. Pemohon boleh datang sendiri ke PPANPs atau membuat permohonan melalui telefon, e-mel atau surat rasmi.
  2. Pemohon hendaklah mengisi borang keahlian pinjaman berkelompok dengan lengkap.
  3. Seorang pegawai yang bertugas hendaklah bertanggungjawab ke atas pinjaman.
  4. Pihak jabatan/organisasi/persatuan/kelab/pertubuhan/sekolah/institusi hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
  5. Pihak jabatan/organisasi/persatuan/kelab/pertubuhan/sekolah/institusi bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam tempoh pinjaman.

Koleksi Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok

Koleksi pinjaman berkelompok terdiri daripada:

  1. Koleksi Pinjaman yang terdapat di PPANPs.
  2. Koleksi Kanak-kanak di PPANPs

Kuantiti Dan Tempoh Pinjaman

  • Jumlah Pinjaman(Buku) Maksimum 150 buah buku
  • Tempoh Pinjaman 1 bulan

Lanjutan pinjaman boleh dibuat sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup