Perpustakaan Bestari

Sejarah

Perpustakaan Bestari Samsung, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, Kangar, Perlis. Merupakan penubuhan yang kedua selepas penubuhan Perpustakaan Bestari Samsung di Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Bestari Samsung terletak bersebelahan Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar, Perlis. Selain itu, ianya merupakan satu-satunya perpustakaan yang mempunyai buku digital di Malaysia hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta antara Perpustakaan Negeri Perlis, Perpustakaan Negara Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

Pelancaran telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 12 Januari 2015. Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir ialah Pn. Hajah Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Machita Othman, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan wakil Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd, Pengarah Perhubungan Korporat Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Roh Jae Yeol.

Pengenalan

Perpustakaan Bestari Samsung (Samsung Smart Library) bertujuan untuk memberi pengalaman digital dimana orang ramai boleh menggunakan peranti elektronik untuk membaca dan belajar.

Perpustakaan Bestari Samsung yang dilengkapi aplikasi direka khas ini juga bertujuan meluaskan penggunaan ICT dalam membantu Malaysia mencapai taraf negara membangun berasaskan ilmu pengetahuan.

Perpustakaan Bestari Samsung menyediakan pengalaman pembacaan yang baharu dan interaktif untuk rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak dan remaja dalam persekitaran perpustakaan berkeupayaan teknologi. Direka dan dibina dengan kelengkapan e-Buku, kawasan seluas 69 meter persegi ini memiliki tiga konsep khusus iaitu Zon Kanak-Kanak, Zon Interaktif dan Zon Bacaan.

Terdapat lebih 35 peranti Samsung untuk pengguna termasuk tablet dan paparan berformat besar atau ‘Smart Signage’ dengan keupayaan skrin sesentuh. Pengguna Perpustakaan Bestari mempunyai akses kepada 4,300 tajuk e-Buku dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina di Zon Bacaan.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk mencuba pengalaman baru di Perpustakaan Bestari Samsung yang unik dan interaktif, satu inovasi dibawakan oleh Samsung di Malaysia. Ianya dilengkapi dengan peranti Samsung seperti Galaxy Tab, Notebook, Desktop AIO dan smart TV.

Kemudahan

samsung-kids

Zon Kanak-Kanak

Zon ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 5-9 tahun. Ia mempunyai kandungan dan perisian yang direka untuk kanak-kanak. Menawarkan pelbagai koleksi bahan bacaan dalam bentuk e-Buku dalam pelbagai kategori seperti, novel, motivasi, sukan dan sebagainya.

Zon Interaktif

Zon Interaktif

Dilengkapi dengan kandungan dalam talian interaktif seperti e-akhbar, e-majalah dan laman web interaktif dengan berkeupayaan pandang dengar.

Zon Bacaan

Zon Bacaan

Menawarkan pelbagai koleksi bahan bacaan di dalam bentuk e-book dalam pelbagai kategori seperti novel, motivasi, sukan dan sebagainya.

Waktu Operasi

Isnin – Sabtu : 9.00 pagi – 6.00 petang
Jumaat : 12.00 tengah hari – 2.45 petang (REHAT)
Ahad & cuti umum : TUTUP

Cuti Sekolah
Isnin – Sabtu : 9.00 pagi – 6.00 ptg
Jumaat : 12.00 tengah hari – 2.45 petang (Rehat)
Ahad & cuti umum : TUTUP

Lawatan Sambil Belajar

Perpustakaan Bestari Samsung mengalu-alukan lawatan sambill belajar dari sekolah dan lain-lain jabatan, setiap hari 9.00 pagi – 6.00 ptg (kecuali hari Ahad dan Cuti Umum).

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup