Bismilahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera.
“Raja Berdaulat Rakyat Berilmu,
Negeri Sejahtera Perlis Maju”
Selamat datang ke Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Portal ini merupakan satu platform yang menghubungkan perpustakaan dan masyarakat dengan menyediakan maklumat lengkap tentang jabatan ini seperti bahagian dan unit – unit, rangkaian perpustakaan, statistik, ringkasan ulasan buku baharu, pangkalan data atas talian pnmdigital dan pelbagai lagi secara atas talian.
Diharapkan dengan maklumat yang dipaparkan di portal ini dapat membantu dalam membuat kajian atau rujukan para pelayar portal. Anda dijemput berkunjung ke 45 rangkaian perpustakaan kami sama ada Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desa atau Perpustakaan Bergerak bagi melihat secara lebih dekat perkhidmatan dan koleksi bahan bacaan yang kami sediakan.
Adalah menjadi harapan saya untuk melihat Perpustakaan Awam Negeri Perlis terus maju dan mengorak langkah dalam mencipta pelbagai kejayaan disamping mewujudkan koleksi yang bermutu untuk masyarakat. Disamping itu, perpustakaan akan terus giat mempromosi serta menggalakkan masyarakat untuk membudayakan membaca di negeri Perlis.
Saya juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen dalam proses penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan pada masa hadapan.
Terima kasih.
“Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan”
ABD RAHIM HUSIN
Pengarah,
Perpustakaan Awam Negeri Perlis