PressReader menyediakan kemudahan akses kepada lebih dari 6,237 judul suratkhabar/majalah tempatan dan luar negara secara mudah dan segera dalam format replikasi digital, samada dengan menggunaan komputer, telefon pintar dan tablet (versi iOS, Android, Windows 8 dan Blackberry10 - menerusi PressReader mobile apps.
Ia menawarkan pengalaman membaca yang paling menarik kepada berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ia boleh diakses dan didapati secara percuma di beberapa perpustakaan terkemuka, institusi perbankan/perhotelan, syarikat penerbangan, pejabat korporat dan kerajaan, di lapangan terbang, di lounge, sekolah-sekolah dan restoran di seluruh dunia (yang melanggan kepada PressReader).
Platform:
![]() |
![]() |
![]() |
Panduan akses
Langkah 1: Buka u-Pustaka dan login akaun u-Pustaka anda.
Langkah 2: Klik E-Resources > Online Databases dan klik pautan atau logo Press Reader.
Langkah 3: Anda boleh pilih bahan bacaan kegemaran anda (sama ada majalah atau surat khabar).
Anda juga boleh mengakses dengan memuat turun aplikasi "PressReader: News & Magazines" di Microsoft, Apple App Store atau Google Play Store. Pastikan peranti anda telah dihubungkan ke talian Wifi Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar (hotspot@perlislib) atau institusi yang melanggan/menawarkan akses kepada Press Reader. Klik di sini untuk panduan penuh