.

Khamis, 09 Jun 2022 09:50

Pesta Buku Perlis 2022

Written by
Rate this item
(6 votes)
  Klik tajuk aktiviti untuk info lanjut dan pendaftaran penyertaan

Anda boleh mencetak peraduan mewarna di SALAH SATU pautan berikut dan cetak Peraduan mewarna SAIZ A4:

  Gambar JPG   Gambar PDF

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempelawa semua kanak-kanak untuk menyertai Peraduan Mewarna My Mobile Planetarium sempena Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2022. Apa yang adik-adik perlu lakukan adalah mencetak borang peraduan mewarna ini warna dan tambah lakaran mengikut kreativiti sendiri! Sebanyak 25 hadiah ditawarkan kepada pemenang. Peserta sendiri yang perlu menghantar hasil lukisan dan pihak penganjur berhak MEMBATALKAN PENYERTAAN sekiranya bukan peserta yang menghantar peraduan mewarna tersebut.

 

SYARAT-SYARAT

  1. Terbuka kepada kanak - kanak   berumur 6-12 tahun. Para peserta perlu mewarna & menambah lakaran mengikut kreativiti masing-masing.
  2. Borang Peraduan Mewarna ini bersaiz A4 dan boleh dicetak /difotostat. Pensel warna dan lain-lain medium  seperti crayon, pen, marker dibenarkan untuk kreativiti. 
  3. Para peserta perlu  MENGHADIRKAN DIRI SENDIRI untuk menyerahkan peraduan mewarna ini pada 25 Jun—29 Jun 2022 sempena Pesta Buku. Pihak Urus Setia berhak untuk MEMBATALKAN PENYERTAAN sekiranya terdapat mana-mana wakil yang menghantar penyertaan dan bukannya DIRI peserta sendiri.
  4. Lebih dari 25 hadiah untuk dimenangi. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah basikal sekiranya menyertai peraduan mewarna ini.
  5. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau facebook. Sekiranya tidak dihubungi selepas tarikh 31 Julai 2022 dikira tidak berjaya.

 

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri dalam karya lukisan
  • Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri,
  • Mempromosikan Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2022 kepada masyarakat negeri Perlis dan sekitar.
  • Menggalakan masyarakat negeri Perlis dan sekitar membaca dan berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

 

MAKLUMAT LANJUT :

Pn. Zairina Hashim 0174696110 (HP) 049764436 PEJABAT

Tarikh : 25 & 26 Jun 2022 (SABTU & AHAD) | 9.00 PAGI – 10.00 MALAM
               27,28 & 29 Jun 2022 (ISNIN, SELASA, RABU) | 8.00 PAGI – 8.00 MALAM
Tempat : Auditorium, Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Yuran : RM15.00   RM5.00 SAHAJA. Rebut peluang ini!

Rasai pengalaman yang menakjub dan menyeronokkan dalam menerokai ruang angkasa lepas melalui program MY MOBILE PLANETARIUM. Kanak-kanak akan dibawa pengembaraan bersama-sama Kapten Mega meneroka tentang jenis-jenis planet di angkasa lepas, jenis-jenis awan dan kitaran air manakala golongan belia dan dewasa meneroka tentang angkasa ‘Dawn of Space Age’.

Setiap penyertaan akan mendapat gelang “GLOW IN THE DARK’. Terhad kepada 2000 penyertaan sahaja. Jangan lepaskan peluang!

Menangi hadiah melalui Kuiz My Mobile Planetarium.

 

BAGAIMANA SERTAI?

Terbuka kepada semua. Anda boleh datang terus ke Auditorium, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg – 4.00 ptg
Tempat : Aras Atas, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
Setiap penyertaan disediakan sijil.

 

SYARAT-SYARAT

  • Pertandingan Mewarna Bersama Keluarga ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan mestilah mempunyai 2 orang peserta.
  • PESERTA PERTAMA (WAJIB) berumur 5-12 tahun (kanak-kanak)
  • PESERTA KEDUA (WAJIB) berumur 5-70 tahun (kanak-kanak, belia, dewasa). Samada adik beradik, ibu bapa/penjaga, saudara mara kepada peserta pertama. (Mestilah tinggal serumah)
  •  Peserta boleh menggunakan sebarang medium mewarna iaitu pensel warna, Krayon, Pen, Pensel, marker. Cat Air atau sebarang warna yang boleh merosak dan menjejaskan  kertas lukisan  adalah tidak dibenarkan.
  • Penyertaan adalah terbuka kepada 100 keluarga sahaja.

 

HADIAH

JOHAN BAUCAR PESTA BUKU RM150.00
NAIB JOHAN BAUCAR PESTA BUKU RM100.00
TEMPAT KE 3 BAUCAR PESTA BUKU RM80.00
7 SAGUHATI BAUCAR PESTA BUKU  RM30.00

*E-sijil untuk setiap penyertaan.
Dengan Baucar Pesta Buku anda dapat membeli belah di Pesta Buku Perlis pelbagai jenis barangan seperti buku, alat tulis, permainan, kraf tangan, makanan dan boleh sertai MY MOBILE PLANETARIUM.

 

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak dan dewasa dalam menonjolkan bakat dan potensi diri dalam karya lukisan
  • Mempromosikan Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2022 kepada masyarakat negeri Perlis dan sekitar.
  • Menggalakan masyarakat negeri Perlis dan sekitar membaca dan berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
  • Menyemarakkan nilai-nilai murid dalam Keluarga Malaysia iaitu saling bekerjasama dan berkasih sayang.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Pn. Zairina Hashim 0174696110 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online

Daftar Sekarang

PERTANDINGAN MEWARNA KATEGORI A (6-8 TAHUN)

Tarikh : 26 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi

 

PERTANDINGAN MEWARNA KATEGORI B (9-12 TAHUN)

Tarikh : 26 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang – 5.00 petang
 
Tempat : Aras Atas, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
Setiap penyertaan disediakan sijil.

 

SYARAT-SYARAT

  • Penyertaan terbuka kepada 2 kategori iaitu  kanak-kanak berumur 6-8 tahun & 9-12 tahun.
  • Peserta boleh menggunakan sebarang medium mewarna iaitu pensel warna, Krayon, Pen, Pensel, marker. Cat Air atau sebarang warna yang boleh merosak dan menjejaskan  kertas lukisan  adalah tidak dibenarkan.
  • Setiap peserta hanya layak untuk satu sahaja kertas. Saiz kertas adalah A4. 
  • Pelajar dikehendaki untuk mewarna dan melukis (untuk lebih kreativiti). Kreativiti dan kekemasan diutamakan.
  • Masa mewarna bagi kategori ini ialah 1 jam sahaja.
  • Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad dan penganjur berhak meminda mana-mana syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.
  • Setiap penyertaan akan disediakan sijil.

 

HADIAH

JOHAN BAUCAR PESTA BUKU RM100.00
NAIB JOHAN BAUCAR PESTA BUKU RM80.00
TEMPAT KE 3 BAUCAR PESTA BUKU RM50.00
7 SAGUHATI BAUCAR PESTA BUKU  RM20.00

*E-sijil untuk setiap penyertaan.

Dengan Baucar Pesta Buku anda dapat membeli belah di Pesta Buku Perlis pelbagai jenis barangan seperti buku, alat tulis, permainan, kraf tangan, makanan dan boleh sertai MY MOBILE PLANETARIUM.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Pn. Zairina Hashim 0174696110 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online

Pendaftaran online Pertandingan Mewarna 6-8 tahun & 9-12 tahun.

Daftar Sekarang

  • Kuiz Jejak Maklumat ini adalah terbuka kepada semua tanpa mengira umur yang mengunjung Pesta Buku dan Karnival Pembaca Perlis 2022 pada 25 Jun – 29 Jun 2022.
  • Tarikh tutup kuiz adalah pada 29 Jun 2022, 8.00 malam.
  • Sebanyak 20 hadiah ditawarkan kepada para pemenang yang bertuah.
  • E-sijil untuk setiap penyertaan.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Pn. Zairina Hashim 0174696110 (HP) 049764436 PEJABAT

.

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk penyertaan online

Penyertaan Kuiz Jejak Maklumat

Daftar Sekarang

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 3.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Kaunter Utama, Aras Bawah Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan diiringi oleh DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Semua dijemput hadir.

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang – 6.30 petang
Tempat : Kaunter Utama, Aras Bawah Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
Penyertaan : 13 tahun ke atas / Belia / Dewasa
Yuran : RM50.00
Anjuran : Kolej Komuniti Arau Perlis dengan kerjasama PPANPs
Setiap penyertaan disediakan Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti.

Wow! Anda pening nak hadiahkan kepada orang tersayang hadiah bouquet. Yelah, mahal kan. Nak hadiahkan kepada rakan-rakan, keluarga, guru dan sebagainya. Usah risau, kami akan ajarkan anda!. Para peserta akan diajar tentang cara bagaimana untuk membuat 3 jenis bouquet bunga dan coklat dengan harga bajet. Anda juga boleh buat duit dengan kemahiran anda menghasilkan bouquet tersebut!

Sila bawa peralatan seperti gunting dan alat tulis.

 

Nota :
Sila buat pembayaran sebelum atau pada 22 Jun 2022, Rabu. 5.00 petang di Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis.
Pihak penganjur akan menyediakan sijil dari Kolej Komuniti dan bahan-bahan bouquet sahaja. Makanan untuk peserta tidak disediakan. Makanan boleh didapati di gerai makanan sepanjang Pesta berlangsung.

Maklumat lanjut :
Asmah Ali 0175774443 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online
Pendaftaran online Diy Bouquet Bajet

Daftar Sekarang

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam – 12.00 tgh malam
Tempat : Kaunter Utama, Aras Bawah Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
Yuran : RM10.00
Setiap penyertaan disediakan sijil.

 

SYARAT-SYARAT

  • Terbahagi kepada 2 kategori :
    1. Pertandingan Karaoke Bintang Kecil : 12 tahun ke bawah
    2. Pertandingan Karaoke Dewasa : 13 tahun ke atas / belia / dewasa
  • Peserta hanya perlu menyanyikan sebuah lagu sahaja dalam BAHASA MELAYU.
  • Nyanyian adalah secara solo.
  • Pertandingan ini adalah terhad kepada 15 peserta terawal sahaja. Sila daftar dengan kadar yang segera.
  • Peserta adalah dilarang sama sekali untuk menukar tajuk lagu di saat-saat akhir.
  • Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad dan penganjur berhak meminda mana-mana syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.
  • Sila buat bayaran RM10, hantar lagu dalam bentuk CD minus one / VCD karaoke, pendrive kepada pihak Urus Setia Pesta Buku Perlis di Kaunter Utama, Aras Bawah, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis selewatnya 20 Jun 2022.

 

HADIAH :

JOHAN WANG TUNAI RM200.00 X 2 kategori
NAIB JOHAN WANG TUNAI RM150.00 X 2 kategori
TEMPAT KE 3 WANG TUNAI RM100.00 X 2 kategori

Saguhati dan sijil setiap penyertaan

 

MAKLUMAT LANJUT : [PENYERTAAN DITUTUP / PENUH]
Mohd. Ridzuwan Mohd Radzi 0194464447

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online

Pendaftaran online Pertandingan Karaoke Bintang Kecil & Dewasa

Daftar Sekarang

Kemahiran komputer amat penting dalam tugasan seharian samada di sekolah mahupun di tempat kerja. Pihak Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempelawa semua untuk sertai bengkel seperti ketetapan berikut :

Tempat : Bilik Hipermedia, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Yuran : RM10.00
Peserta : Belia / Dewasa

BIL AKTIVITI TARIKH MASA
1. Bengkel Microsoft Word (Asas) 25 Jun 2022 Sabtu 8.30 pagi – 1.00 tgh hari
2. Bengkel Microsoft Excel (Asas) 26 Jun 2022 Ahad 8.30 pagi – 1.00 tgh hari
3. Bengkel Microsoft Excel (Pertengahan) [PENUH] 26 Jun 2022 Ahad 2.00 petang – 6.00 petang
4 Bengkel Microsoft Word (Asas) 27 Jun 2022 Isnin 8.30 pagi – 1.00 tgh hari
5 Bengkel Microsoft Word (Pertengahan) 27 Jun 2022 Isnin 2.00 petang – 6.00 petang
6 Bengkel Microsoft Excel (Asas) 28 Jun 2022 Selasa 8.30 pagi – 1.00 tgh hari
7 Bengkel Microsoft Excel (Pertengahan) 28 Jun 2022 Selasa 2.00 petang – 6.00 petang
8 Bengkel Google Form, Google Slides dan Google Sheet 29 Jun 2022 Selasa 8.30 pagi – 5.00 petang

NOTA:

  • Sila buat PEMBAYARAN SEBELUM ATAU PADA 22 Jun 2022, Rabu. 5.00 petang di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
  • Setiap penyertaan akan disediakan sijil dan nota dari Kolej Komuniti Arau, Perlis.
  • Makanan untuk peserta tidak disediakan. Makanan boleh didapati di gerai makanan sepanjang Pesta berlangsung.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Asmah Ali 0175774443 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online
Pendaftaran online Bengkel Microsoft Word, Excel, Google Form, Slides & Sheet

Daftar Sekarang

Tarikh : 26 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 2.00 Petang – 6.00 petang
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : 12 tahun ke bawah
Yuran : RM25.00
Anjuran : Kolej Komuniti Arau Perlis dengan kerjasama PPANPs
Setiap penyertaan disediakan Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti.

Mencanting batik merupakan salah satu teknik popular dalam penghasilan kain batik dalam industri tekstil tempatan di masa kini. Aktiviti mencating batik ini dilakukan supaya kanak-kanak dapat didedahkan dengan kraftangan tradisional warisan negara.
Sepanjang aktiviti ini, kanak-kanak akan mencating batik dengan menggunakan bahan dan alatan yang disediakan oleh pihak penganjur seperti alat canting, pencelup warna dan bingkai bergambar. Setiap peserta dapat membawa pulang hasil canting batik untuk dijadikan sebagai hiasan dan kenangan.

 

NOTA:

  • Sila buat PEMBAYARAN SEBELUM ATAU PADA 22 Jun 2022, Rabu. 5.00 petang di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
  • Kanak-kanak berusia 9 tahun ke bawah perlu pengawasan dewasa.
  • Setiap penyertaan akan disediakan sijil dan nota dari Kolej Komuniti Arau, Perlis.
  • Makanan untuk peserta tidak disediakan. Makanan boleh didapati di gerai makanan sepanjang Pesta berlangsung.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Asmah Ali 0175774443 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online

Pendaftaran online DIY Canting Batik

Daftar Sekarang

Tarikh : 27 Jun 2022 (ISNIN)
Masa : 8.30 Pagi – 1.00 tgh hari
Tempat : Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : Belia / Dewasa
Yuran : RM10.00
Anjuran : Kolej Komuniti Arau Perlis dengan kerjasama PPANPs
Setiap penyertaan disediakan Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti.

Bagaimana untuk menjalankan transaksi tanpa tunai, pembayaran bil, jualan dan pembelian barang secara tunai. Anda tidak perlu bersesak-sesak beratur panjang, jimat masa anda hanya dengan satu klik sahaja. Jom belajar di sini!

 

NOTA

  • Sila buat PEMBAYARAN SEBELUM ATAU PADA 20 Jun 2022, Isnin. 5.00 petang di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
  • Setiap penyertaan akan disediakan sijil dan nota dari Kolej Komuniti Arau, Perlis.
  • Makanan untuk peserta tidak disediakan. Makanan boleh didapati di gerai makanan sepanjang Pesta berlangsung.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Asmah Ali 0175774443 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online
Pendaftaran online Celik Digital E-Wallet

Daftar Sekarang

Tarikh : 27 Jun 2022 (ISNIN)
Masa : 2.00 petang – 6.30 petang
Tempat : Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : Belia / Dewasa
Yuran : RM10.00
Anjuran : Kolej Komuniti Arau Perlis dengan kerjasama PPANPs
Setiap penyertaan disediakan Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti.

 

Penggunaan aplikasi TikTok sebagai satu ruang perkongsian pelbagai ilmu bukan sahaja boleh dimanfaat oleh satu golongan malah pelbagai masyarakat umum. 17 juta pengguna Tiktok di Malaysia menjadikan ianya sesuai sebagai medium penyampaian maklumat, pemasaran dan informasi yang ringkas sesuai untuk sesuatu organisasi dan orang perseorangan. Setiap kandungan video menampilkan kaedah pembelajaran ringkas yang kreatif, padat dengan fakta penting untuk dipelajari dan dihayati sehingga menarik perhatian pengguna TikTok.

Melalui bengkel ini, anda akan diajar tentang bagaimana untuk menghasilkan tiktok yang menarik sekaligus dapat menyampaikan maklumat dan pemasaran digital.

 

NOTA

  • Sila buat PEMBAYARAN SEBELUM ATAU PADA 22 Jun 2022, Rabu. 5.00 petang di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
  • Setiap penyertaan akan disediakan sijil dan nota dari Kolej Komuniti Arau, Perlis.
  • Makanan untuk peserta tidak disediakan. Makanan boleh didapati di gerai makanan sepanjang Pesta berlangsung.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Asmah Ali 0175774443 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online

Pendaftaran online Bengkel Tiktok

Daftar Sekarang

Tarikh : 29 Jun 2022 (RABU)
Masa : 2.00 petang – 6.30 petang
Tempat : Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : Belia / Dewasa
Yuran : RM10.00
Anjuran : Kolej Komuniti Arau Perlis dengan kerjasama PPANPs
Setiap penyertaan disediakan Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti.

 

Anda nak bijak bisnes? Jom belajar whatsapp bisnes. Aplikasi WhatsApp Business mempunyai beberapa alat untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda dengan cekap. Melalui bengkel ini, kami akan bantu anda bijak dengan menjalankan bisnes melalui whatsapp bisnes

 

NOTA

  • Sila buat PEMBAYARAN SEBELUM ATAU PADA 22 Jun 2022, Rabu. 5.00 petang di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar Perlis.
  • Setiap penyertaan akan disediakan sijil dan nota dari Kolej Komuniti Arau, Perlis.
  • Makanan untuk peserta tidak disediakan. Makanan boleh didapati di gerai makanan sepanjang Pesta berlangsung.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Asmah Ali 0175774443 (HP) 049764436 PEJABAT

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk pendaftaran online

Pendaftaran online Bijak Bisnes

Daftar Sekarang

Tarikh : 28 Jun 2022 (SELASA)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : Pelajar Tingkatan 5 aliran Sastera
Anjuran : Pusat Pengajian Pendidikan UUM dengan kerjasama PIBKS Negeri Perlis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Pengetua Negeri Perlis, Persatuan Tonggak Negeri Perlis, Pemuisi dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Sesi perkongsian ilmu berkaitan penulisan puisi kepada pelajar tingkatan 5 aliran Sastera seluruh negeri Perlis.Turut diadakan bengkel Tunas Cipta dan Pelita Bahasa.

HADIAH

JOHAN WANG TUNAI           RM200.00
NAIB JOHAN WANG TUNAI          RM150.00
TEMPAT KE 3 WANG TUNAI           RM100.00

*E-sijil untuk setiap penyertaan.

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Penyertaan terbuka kepada semua tanpa mengira umur.
  • Peserta perlu menghasilkan TIKTOK berkenaan “Meriahnya Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2022”.
  • Video hendaklah berdurasi sekurang-kurangnya 15 saat dan tidak melebihi 60 saat.
  • Suntingan dan ubah suai adalah bebas dan hanya menggunakan Bahasa Melayu.
  • Peserta boleh hantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja akan dipilih sebagai pemenang sekiranya berjaya.
  • Setiap video mestilah asli, hak milik sendiri, terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan bercetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.
  • Setiap penyertaan yang dikemukakan akan menjadi hak milik penganjur.
  • Penganjur berhak sepenuhnya untuk untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media sosial atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur.
  • Nama pemenang akan dihubungi oleh urus setia dan akan diumumkan di facebook Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
  • Pihak penganjur berhak meminda apa jua peraturan atau syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

CARA PENGHANTARAN

  • Sila muat naik video penyertaan anda di aplikasi TIKTOK. Gunakan tanda pagar #Pestabukuperlis2022
  • Isi butiran di google form dan sila sertakan copylink tiktok tersebut.. Copylink google form https://forms.gle/5gwdSqxT4cyrSpcE9

 

Cara-cara copylink Video TIKTOK.

  • Buka aplikasi TIKTOK
  • Klik “Profile”
  • Pilih Video penyertaan
  • Tekan tombol “Titik Tiga” pada video
  • Pilih Share to : Other
  • Klik “Copy to clipboard”
  • Paste di google form Pertandingan TIKTOK “Pelajar IPT Celik Maklumat

 

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN

Tarikh tutup pertandingan SEBELUM atau PADA 29 Jun Rabu, 12.00 tgh malam.

 

MAKLUMAT LANJUT :

  • Pn. Zairina Hashim 0174696110 (HP) 049764436 PEJABAT

 

Berminat sertai?, klik pautan di bawah untuk penyertaan online

Penyertaan online Pertandingan Tiktok

Sertai Sekarang

Tarikh : 25 Jun 2022 (SABTU)
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Bestari, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : Pelajar sekolah Menengah
E-sijil disediakan.

Bagaimana caranya untuk menjadi deklamasi terbaik? Yakin dan berani? Melalui bengkel ini anda akan diajar tentang teknik-teknik untuk menyampaikan deklamasi berkesan oleh tenaga pengajar yang pernah menjadi johan Peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan Deklamasi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar sekolah menengah.

Sertai Sekarang

Tarikh : 26 Jun 2022 (AHAD)
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis
Penyertaan : Terbuka kepada semua
E-sijil disediakan

Pokok bonsai dianggap sebagai tanaman unik kerana ia mempunyai seni yang menarik dan nilai estetika yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai pokok bantut di Malaysia. Masyarakat Cina mempercayai bahawa pokok ini dapat memberikan semangat positif, memancarkan aura kehidupan baik bagi penanamannya.

Bagaimana untuk menghasilkan pokok bonsai yang cantik, kreatif dan menarik. Anda adalah dialu-alukan untuk menyaksikan demonstrasi Seni Bonsai yang akan disampaikan oleh Sifu Eekram Ibrahim. Penyertaan adalah percuma.

Sertai Sekarang

Additional Info

  • Tarikh: 25 - 29 Jun 2022
  • Lokasi: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Read 7406 times Last modified on Selasa, 21 Jun 2022 13:02
Mohamad Bukhari Ismail

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat, PPANPs

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup